jam sudah pukul 9.30pm. aku baru saja siap mandi selepas pulang dari tasik perdana. penat. apa tidaknya aku secara spontan mendapat idea untuk shortfilm terbaru aku. tanpa sebarang skrip dan hanya berbekal idea dan kamera aku serta rakan aku amir hamzah meneruskan misi kami iaitu membuat shortfilm secara spontan.
apa jalan cerita kami? apa kisah yang kami mahu sampaikan? tunggu dan lihat. lakonan dari amir hamzah secara spontan juga turut mengasyikkan. hehe..
thanks pada amir yang sudi ikut kerenah aku dan pada ying yang sudi meminjamkan kamera kepada aku. pada mulanya aku kesian tengok amir lompat sana, lompat sini tapi di sebabkan komitmen die buat aku tersenyum. nasib baik kau sudi jadi pelakon spontan aku amir. :)
gilakan? aku memang giler. pantang ada kamera mahu saja aku shot cerita-cerita baru. aku bukan orang yang reti duduk diam ada saja yang mahu aku lakukan. aku sukakan dunia baru aku sekarang, seronok.. mencabar..
hidup aku makin gembira dengan kerja aku sekarang bukan CINTA!! :)
ini hasilnya...