kak bie operate jantung berlubang

lama betul tak update blog, tak tahu nak bual apa, tak tahu nak cerita apa. sekarang banyak kerja nak kena buat. sebelum tu aku nak bagitau korang adik aku baru selesai operation jantung berlubang dan injap tersumbat. aku berharap die akan cepat sembuh.

okeh bye :)

aku akan mulakan sem baru minggu depan.. YEAH!!

aku terdampar di persisiran ombak rindu

aku masih ingat kali pertama kita bertemu,
sesuatu menarik aku untuk mengenali kamu,
YA walaupun kita saling mengenali namun kita tak mampu beritahu,
ada sesuatu tersembunyi dalam diri masing-masing,
sesuatu yang aku tahu dan kamu rasa,
namun lidah kelu untuk berkata,
di biarkan saja sesuatu itu menjadi layu..

     kisah ini aku cuba rungkaikan lama dulu, sejak aku kenali dia. namun dia tak pernah mengerti perasaan aku dan aku tahu dia sembunyi perasaan dia dari aku, mungkin kerana aku cuba menjauhkan diri. aku masih ingat pertemuan pertama dulu, dia pelik dimata aku namun dia nampak seperti memerlukan seseorang untuk bersuka ria dan aku muncul untuk mengenali dirinya. ternyata dia baik dan turut saja apa yang aku mahukan.

     bila lihat mata dia, aku jadi sayu untuk bertanya. mata dia banyak menyimpan seribu kemusykilan. walau banyak berkata tentang dia, namun aku hanya pekakkan telinga supaya aku boleh terus kuat di sisi dia.

bila perasaan datang tanpa di pinta,
aku cuba lari supaya aku tak terperangkap,
dalam diri sendiri,
dalam dunia fantasi yang makin gelap,
dan ketika itu aku lihat dia berdiri,
jauh..jauh.. dan semakin jauh..

    sejak kisah itu, aku dan dia makin renggang. entah kenapa perasaan aku ketika itu tertekan tapi aku buat seperti tiada apa-apa berlaku. baru aku sedar ketika itu, aku mula menyayangi dia dan dia sudah jauh untuk aku. aku berharap perasaan lama kami muncul kembali.

jika itu kemahuannya aku turutkan..
jika itu kehendaknya aku ikutkan..

     tiada siapa tahu hari ini apa perasaan aku untuk dia. tiada siapa mengerti tentang apa yang aku rasai ketika ini, tiada siapa ambil peduli. aku berharap kami akan bertemu lagi untuk kali kedua dengan perasaan yang sama. kini baru aku sedar dia terlalu baik untuk aku walaupun sikapnya kadang-kadang menjengkelkan pada pandangan aku. aku berharap kami rapat kembali.. aku berharap ;)