A.R.



Aqasha - Aku peminat setia dia :)

"LEBIH BANYAK BERANGAN DARI KENYATAAN"

ya itu yang aku rasa sekarang. entah bila aku lihat dia, aku rasa ada sesuatu rasa berbeza. aku takkan dapat dia, tapi aku mahu teman hidup seperti dia. tak dinafikan aku pernah suka seseorang serupa dengan dia, tapi cinta tak kekal lama. entah mana silapnya, tak mengapa cerita lama.

sekarang bila jumpa ayat ini keluar dari hati aku:-

"Mata dia buat saya cair, pandangan dia buat saya teruja" 

kenapa? biarkan saja..  layankan jelah :) #Hope aku masih boleh bertemu dengan dia(Abd Rahman) #Amin

Orang baru pulak :)

kalian percaya atau tidak "Benci akan menjadi sayang"?? apa yang aku ingin kongsikan adalah kisah aku yang bermula dengan kebencian dan lama-lama timbul rasa sayang. aku jatuh hati dengan senior aku sendiri. ya aku pernah bencikan dia dulu tapi benci tu lama-lama bertukar jadi sayang. pelikkan, mungkin kami rapat ketika produksi shooting.

benar kata orang tua-tua, jika kita tak suka seseorang jangan kita membenci sebab benci tu boleh jadi sayang dan aku percaya kata-kata mereka. namun sayang yang aku rasa sudah bertukar menjadi tawar hati. mana mungkin aku memiliki hati orang yang aku benci kerana dia sudah berpunya. tapi aku tidak sakit hati dan tidak terasa hati cuma untuk lebih mendekati dia aku tawar hati. namun tak mengapa aku sering doakan dia bahagia bersama pilihannya dan kini hati aku bebas dari rasa cinta yang satu itu. rasa sayang pada dia hanya sebagai teman biasa dan cinta itu semakin pudar untuk dia.

alhamdulillah aku boleh lupakan dia, dan aku rasa perjalanan aku mengenali dia manis dan comel macam novel. hehehe.. aku pun dah tak mengharap apa-apa dari dia maklumlah hati aku sudah kosong dan hanya tunggu masa untuk menerima seseorang yang lebih menghargai aku.. 


inilah gambar terakhir aku dan dia. takdelah comel mana tapi bolehlah disimpan buat kenangankan. lagipun lepas ni kami akan buat haluan masing-masing dan aku harap hubungan kawan kami tak terputus sampai disini. lagipun perasaan aku untuk dia hanya sekadar kawan biasa.

dan kini hati aku mula mengejar impian aku yang satu untuk mencipta nama di industri hiburan satu hari nanti, sebagai apa?? bukan sebagai selebriti tapi sebagai.. hehe.. nantikan. insyaallah.

ada lagi satu, aku sudah mula jatuh hati dengan Nushrul Aliff B. Othman. seorang jejaka yang comel dan sukakan kpop. paling buat aku jatuh hati pada dia, dia sukakan fesyen dan seorang yang sangat bergaya. kata-katanya juga lembut dan senyumannya mampu mencairkan hati wanita yang memandangnya. Aishhh.. Nushrul Alif ♥

 
inilah Nushrul Alif saya.

ouh ya semalam bersamaan hari ahad 9/12 saya telah bertemu kekasih lama saya iaitu Shah Iskandar Mahfuz di Uptown Damansara. makin hitam dan makin tembam saya lihat dia. tapi kacak tetap maintain, tak lari. hehehe..

shah iskandar mahfuz

12tahun perkenalan #BFF

kali nie aku nak story tentang my #BFF yang hampir 12tahun kami berkawan sejak sekolah lagi sampai sekarang. dari sekolah sampailah sekarang banyak perubahan berlaku. aku ada 4orang sahabat baik, iaitu farhana, intan, nabilah dan juga atiqah. 

sampai sekarang kami masih berhubung, cuma atiqah sudah bawa haluan dia sendiri walau macam mana pon hubungan kami tetap statusnya berkawan cuma tidaklah serapat dulu.

 

nie gambar aku time #FORM5 baru lepas SPM. jadi masa ni enjoy sakan la kan, mana tidaknya kami dah MERDEKA!! dari kiri : farhana, nabilah, aku dan intan. lelaki kat belakang tu nama dia Hafis aku panggil abang hafis, time nie abang hafis abang angkat farhana sampai sekarang tau :) 

tukang tangkap gambar nie, atiqah. kesian dia takde dalam gambar nie. takpe nanti aku akan tunjuk muka dia okeh. jadi banyak pengalaman kami bersama, time SPM kami selalu pergi libary shah alam. hampir setiap hari, tapi bukannya belajar, banyak berborak dan melawat muzium sampai pernah satu hari kami sesat dalam muzium gara-gara asyik bergurau. #PADAN MUKA

tapi tu semua kenangan, nak dicerita satu-satu pasti mengambil masa yang lama. jadi biarlah ia tersimpan rapi dalam diari hati aku sendiri.


nie pulak baru-baru nie, 2disember nabilah kahwin. aishhh kahwin dah kawan baik aku sorang nie. dulu nabilah kalau nak keluar malam mesti sorok-sorok takut kena pukul tapi sekarang takde dah, dah ada suami kan. hope bahagia hingga akhir hayat nabilah ibrahim.

masing-masing muka dah matured kan, makin lawa. intan pun dah bertunang, farhana pula tahun depan bakal berkahwin. aku.. masih keseorangan tanpa teman. biarkan jodoh itu datang suatu hari nanti.. 

aku harap perkenalan kita nie sampai bila-bila. ingat tak dulu kita pernah plan kalau semua dah kahwin nak duduk rumah sebelah-sebelah sebab taknak berpisah. aku masih ingat.. kelakar. 

aku sayang korang ketat-ketat #LOVE my BFF ever ever and ever

filem pendek

hye kawan-kawan, aku nak promote filem pendek aku dan teman-teman sekuliah. projek nie kami buat untuk subjek Bengkel Produksi. dimana kami pelajar filem harus menyiapkan satu produk filem pendek mengikut story yang telah dipilih oleh pensyarah.

terdapat 3kumpulan yang terdiri daripada pengarah, pengurus produksi, pengarah seni, audioman, sinematographer dan editor. setiap kumpulan harus menjalani PRE PRO seterusnya PRODUCTION dimana shooting dijalankan dan akhir sekali POST PRODUCTION bahagian terakhir produk dimana setiap footage diedit.

untuk kumpulan aku, kami memberi sepenuh komitmen dalam proses awal hingga akhir siap produk. hasilnya kumpulan kami telah dipuji oleh dekan dan pensyarah dan juga panel yang datang untuk sesi mini viva. pada kalian yang ingin menonton, kami akan adakan tayangan tarikh belum ditetapkan. apa-apa aku akan update pada kalian ya.


 

ini filem pendek kumpulan kami yang bertajuk "FRAME" arahan Syakira Pauzi, PM Aliff Shahuddin, Pengarah seni Eeka Azmi(aku), sinematographer Yasran Aiman, audioman Syahmi dan Editor Hafiz Akmal.. 

kisah entang seorang photographer yang membunuh untuk mendapatkan gambar yang mempunyai cerita pada setiap gambar yang diambil namun kerjanya dihidu oleh ben rakan sepejabatnya. bagaimana ia terjadi dan apa kesudahannya.. saksikan FRAME akan datang. hope anda terhibur.

 

ini pula arahan Eric fuzi dan teman kumpulannya. filem pendek yang bertajuk inses(sumbang mahram). kisah tentang seorang remaja lelaki yang obses pada video porno dan telah kantoi oleh kakaknya sewaktu dia leka menonton video lucah. akhirnya dia menyimpan dendam untuk merogol kakaknya. adakah ia akan terjadi?? saksikan INSES lakonan fimie don..

SURAT TERAKHIR

siang tadi aku ada exam, dia pon ada exam tapi kalau boleh aku tak nak jumpa dia sebab.. entah, mungkin tawar hati agaknya. buat apa lagi aku mahu berjumpa dengan dia sedangkan aku dengan dia hanya teman biasa. aku terasa sebenarnya.. :'(

okey macam mana aku tahu dia ada exam harini, sebabnya aku bukak portal pelajar dia jadi aku boleh lihat jadual exam dia. sorry sebab bukak tanpa pengetahuan kau, tapi ada aku kisah?! aku dah tengok semuanya tentang kau kat portal pelajar kau. dari result exam sem 1 sampai ke PeTA. gambar kau pun giler old school. gambar time muda-muda. hutang kau dengan kolej pun bapak banyakkan. bukan kau anak orang kaya ke? Errr.. whatever!! malas amik kisah pasal kau.

takpe-takpe tu tak penting, ada lagi penting pasal siang tadi..

terima kasih pada Aizie kawan baik aku yang sudi bagi sampul kad pada dia. dia keluar awal sebelum tamat tempoh exam. pandai ke tidak entahlah. selepas ijie bagi kat dia, dia terus telefon aku. sedihnya bila dengan suara dia. waktu tu aku betul-betul sayangkan dia, aku mahu jumpa dia tapi ego aku tinggi. buat apa aku saja yang selalu terhegeh-hegeh mahu ketemu dia sedangkan dia? lantaklah..

tapi seego hati aku, ada lembutnya. aku call dia aku tanya dia kat mana. dia mahu datang makan kat cafe, aku juga ada kat cafe waku tu. pertama kali dia tegur aku depan kawan-kawan aku. ermmm.. aku biarkan saja ajakan dia, mungkin dia pun tak kisah aku ada ataupun tidak. sumpah aku memang tak boleh pandang muka dia, entahlah. selama aku kat situ aku tak pandang muka dia langsung. tipulah tak pandang tapi pandang sesaat, masa cakap pun aku tunduk.

aku terasa bila dia balik, dia blah macam tu je. takpe aku buat siapa-siapa dalam hidup dia jadi buat apa aku perlu terasa, betul tidak. tapi kalau dia tahu dan sedar betapa aku mahukan dirinya dan tak mahu kehilangan dia, alangkah bagusnya.. tapi dia tak pernah tahu. aku tahu itu.

malam, aku tulis blog ini aku rasa seperti kehilangan. aku rasa dia makin jauh dengan aku. ya kad itu kad terakhir untuk dia. lepas ni, kami tidak akan bertemu lagi sampai bila-bila. dia busy kerja dan kekasihnya dan aku, masih busy akan kerja projek akhir dan mencari kekasih baru.

moga kau bahagia dengan kekasih kau. aku tak suka di tipu, begitu juga kau kan. aku rasa bodoh di tipu!!

Aku yang tersakiti


Aku Yang Tersakiti

aku memang aku sering disakiti oleh mereka-mereka yang tidak menghargai hati aku. sedih, terlalu sedih.

okey aku mahu kau baca nie!!

jika kau sudah dimiliki dan menjadi tunangan orang, aku harap kau bahagia bersama teman kau tapi tolong jangan biarkan jawapan aku tergantung tanpa kata. aku pernah ajukan satu soalan pada kau selepas aku meluahkan segalanya pada kau, soalan aku dibiarkan sepi tanpa jawapan. lama aku cuba bertahan namun hari nie aku benar-benar sakit hati.

jawapan yang dibiarkan sepi itu sudah dijawab oleh kau sendiri dan pengakuan kau di laman sesawang. terima kasih kerana telah beri aku satu jawapan pasti.

semoga kau bahagia dengan dia :')

Komen "Istanbul Aku Datang"



OMG OMG OMG..

aku baru balik dari tengok "INSTANBUL AKU DATANG".. bagi aku, aku rasa filem nie sangat sangat menarik. romantik komedi yang aku rasa sangat neatural, lawak tak dibuat-buat. paling seronok adalah keserasian antara lisa surihani dan beto kusyairi. mereka betul-betul membawa watak dengan baik sekali.

sebagai student filem, saya melihat bukan saja dari sudut hiburannya saja tapi dari sudut perjalanan ceritanya bermula Act 1, Act 2 dan Act 3. bagaimana filem ini bermain dengan 3act ini. saya rasakan filem ini cukup sempurna dengan perjalanan 3act.

setiap transisi antara act 1 ke act tu mempunyai plot point yg jelas dan sama juga dengan transisi act2 ke act3. filem ini ada kekurangan dan kelebihannya, jadinya ia cukup sempurna dan menghiburkan. apa pun setiap orang berbeza pandangan masing-masing, tidak perlu menilai sesuatu filem atas sebab filem itu filem melayu dan filem itu di COP filem BODOH.

setiap orang mampu menilai kelebihan dan kekurangan setiap filem dan penilaian itu harus bernas dan bukan kerana mengiku perasaan. saya agak kesal kerana kebanyakkan orang tidak suka menonton filem melayu atas sebab filem melayu bodoh dan tak best.

kebanyakkannya berkata-kata sebegini adalah dari pelajar-pelajar filem sendiri. mereka adalah generasi yang akan mengeluarkan produk filem sendiri suatu hari nanti mengantikan pengarah-pengarah lain. jadinya kawal kata-kata bila berbicara tentang filem ya kawan-kawan.

filem melayu memang adat ceritanya sama dan membosankan tapi kita belajar dari kesilapan mereka supaya kita tidak buat sepertimana mereka buat. tak salah kita menyokong filem kita sendiri sedangkan kita juga bakal menghasilkan filem sendiri.

jadi kawan-kawan sama-sama kita menyokong filem melayu dan tidak lagi menghemburkan kata-kata mengikut perasaan. berbicara mengikut akal fikiran yang bernas, ianya lebih boleh diterima masyarakat.

apa-apa pun saya tetap akan menyokong filem melayu biarpun filem itu teruk. hope industri filem malaysia akan lebih maju dari hari ke hari..

Lumpur hitam

Bila aku fikir kamu, aku terawang awang dalam dunia khayalan tapi sedarkah kamu yang aku memerlukan kamu dalam jiwa aku? itu apa yang kamu tidak tahu sebaliknya yang kamu tahu adalah sekeping hati yang terlalu buat-buat tahu dan mahu terus bersama kamu sedangkan kamu tahu yang aku bukan si permpuan penagih cinta yang kamu kedekut untuk kamu berikan pada aku.

tidak mengapa, kamu sedar apa yang kamu lakukan sedangkan aku hanya terus menanti dan menunggu. kamu suka sebegitu kerana kamu punyai rasa egois yang tinggi kerana permata mengejar batu biasa, itulah kamu.

sememangnya kamu lagi bodoh kerana jauh dan cuba melupakan aku sedangkan aku berusaha memberi sesuatu pada kamu, kebahagian yang kamu impikan selama ini. ini bukan omongan kosong tapi omongan dari hati aku yang ada sedikit rasa kesal dan geram atas perbuatan kamu yang gila dan terlalu menjaga maruah itu.

apa lagi mahu aku lakukan, korbankan, sedangkan kamu seperti raja menghulur kaki untuk aku jilat. kamu tidak pernah rasa mahu menyambut tangan kotor ini untuk kamu bersihkan dan pegang dalam kepanasan haba tangan kamu. itu yang aku mahu. tapi kamu...

biarkan segalanya dalam kenangan dan tiba masa untuk aku pula lupakan dan kamu jangan lagi mencari dimana aku. moga kita tidak lagi bertemu lagi. itu doaku yang terakhir untuk kamu.

FA semakin aku lupakan..

10.11012

10.11.12

indah tarikh nie bukan, namun tidak seindah hati dan fikiran aku saat ini. aku terlalu memikirkan dia sedangkan dia tidak langsung memikirkan tentang aku. mana tidaknya dia langsung tidak ambil tahu tentang baik sakit aku, perasaan aku dan juga hati aku.

sebenarnya aku sudah cukup letih mahu mengejar cinta dia, sepertinya aku dilihat terhegeh-hegeh dengan dia. jika dia tahu perasaan cinta ini untuk dia, alangkah bagusnya jika dia menerima seadanya.. :'(

aku sudah penat menanti jawapan yang pasti,
kini aku nekad untuk mengundur diri..

bila di fikirkan semula, aku rasa aku menunggu sia-sia, ia aku berani kata begini kerana aku tahu dia bukan untuk aku, dan dia sudah memiliki seseorang yang baru. mungkin... arghhh aku tidak kisah!! aku sudah mula boleh menerima takdir yang telah tuhan tuliskan untuk aku. mungkin aku dan dia ditakdirkan bersahabat baik.

aku mula tenang bila sudah meluahkan segalanya walaupun hati aku susah mahu menerima keputusan ini. takpe masih ada yang lebih baik menanti.

aku cuba untuk melupakan,
penat mengejar dan mencuba..
dan biarlah aku tidak lagi merasa cinta dia..

itu lebih sempurna tanpa dia..

Kebenaran

Lama tidak menaip. terlalu banyak kisah yang ingin aku coretkan namun hati dan jari jemari lemah untuk bercerita. kesedihan mula melanda, fikiran mula memikirkan dia, kenangan lama, keluarga, teman seperjuangan..

secara terbuka aku ingin meluahkan di sini,

aku benar-benar kecewa bila setiap persoalan aku tidak dijawab dengan jujur oleh kau sahabat baik. aku tak mengaharapkan kau terima aku, tapi cukup menjaga hati dan perasaan aku ini dengan kata-kata manis kau. kata-kata manis kau yang buat hati aku terluka. kepalsuan dalam kesamaran. ya mungking kau rasa aku hanya teman baik kau saja tapi pada aku, kau terlalu istimewa untuk aku. cinta pertama yang aku cari, bunga yang aku mahu ianya tumbuh mekar namun segalanya itu hanya sia-sia. baja yang aku curah untuk kau sudah menjadi racun. 

kebenaran telah terbuka depan mata aku sendiri. mengapa masih lagi mahu tutup kebenaran itu sedangkan ianya sudah pasti? jika kau sudah berpunya, aku doakan kebahagian kalian. moga bahagia menanti kalian. satu pesan aku, jangan lagi kau sakiti dia seperti mana aku rasa kini.

kau masih lagi teman baik aku, namun pergaulan dan keakraban kita mungkin sudah ada dinding pemisah. kita tidak boleh seperti dulu lagi. aku rasa ada hikmah kenapa segalanya terjadi, tuhan maha agung, maha berkuasa. sesungguhnya dia tahu yang terbaik untuk umatnya. 

selamat berbahagia sahabat baik ku.

FA

BAHAGIA DALAM PERPISAHAN

Aku lihat lagi laman sesawang kau,
Kali ini perubahan muka sangat ketara,
mengigil menahan kesedihan yang datang tiba-tiba,
melihat kau dengan dia..

Sesungguhnya terlalu serasi kalian,
aku cuba menerima kenyataan,
antara kita hanya sekadar kawan,
aku satu persinggahan untuk kau kala kesusahan..

jika itu takdirnya,
aku doakan kau bahagia di sisi si dia,
hanya kenangan yang aku isikan,
peneman aku dalam perjalanan,
yang tiada kepastian..

aku bahagia melihat kau bahagia..
BAHAGIA DALAM PERPISAHAN..

perginya seorang sahabat : AMIRUL MAZLAN

Semalam 30/9/2012 perginya seorang insan bernama AMIRUL MAZLAN menghadap ilahi. pemergian beliau memberi kesan kepada seluruh warga ASWARA dan teman-teman rapatnya. sesungguhnya beliau sangat baik dan happy go lucky. 

:'(

aku ingat lagi pertemuan kami yang pertama ketika aku mencari pelakon untuk projek iklan aku bersama teman. dia junior pertama yang berlakon untuk iklan kami. di situ pertemuan dipertemukan. dia seorang yang suka tersenyum dan tutur katanya lembut. aku senang berkerja dengan beliau.

tidak ku sangka, dia pergi dahulu menghadap ilahi ketika para pensyarah sedang berhempas pulas menggilap bakatnya. YA, dia memang seorang yang berbakat. seorang pelakon yang talented dan pengarah yang bagus. 

AMRUL atau nama manjanya di ASWARA MEI YO, pergi memberi kesan hebat pada kami semua. apa tidaknya malam terahir teater TRAJEDI SALMAH kali terakhir aku melihatnya. paginya itu dia pergi meninggalkan kami. sesungguhnya tuhan lebih menyayangi dirinya.

kawan, semoga kau ditempatkan di tempat orang-orang beriman dan aman di sana. insyaallah, kita akan bertemu kelak bila tiba masanya nanti. kawan, pemergian kau tidak direlai oleh kami semua namun jika ini suratannya kami REDHA. moga kau tenang di alam baru kawan.

AL-FATIHAH untuk sahabatku AMIRUL MAZLAN


KELMARIN YANG BERANI

Kelmarin,
Aku cuba beranikan diri untuk beritahu dia "AKU CINTA KAU". sememangnya semangat aku itu tidak kuat dan apabila kawan-kawan memberi semangat untuk aku, aku teruskan niat untuk menyampaikan hasrat hati ini.

sememangnya sejak dua menjak ini, aku mula jatuh hati padanya. Ya dulu aku pernah menyimpan perasaan suka pada dia, namun kini perasaan SUKA sudah bercambah menjadi SAYANG dan berbunga menjadi CINTA.

aku kata padanya aku CINTA dia. aku tak malu untuk memulakan dulu, sedangkan isteri nabi memulakan lamarannya terhadap nabi. tiada istilah perigi cari timba dalam hidup aku. perempuan tidak boleh mengharap sangat lelaki memulakan dulu, lelaki juga ada malu dan egonya.

aku luahkan pada dia.. tapi aku hampa. HAMPA apabila luahan aku di biarkan sepi begitu saja. aku tidaklah mengharap balasan apa-apa darinya tapi aku mahukan jawapan atas persoalan yang aku tujukan pada dia. jawapan itu di biar sepi.

"SELAMA PERKENALAN KITA, KAU PERNAH JATUH HATI KAT AKU TAK?"

jawapan yang terlalu mudah untuk dijawab tapi terlalu berat untuk meluahkan. ya aku tahu dia tidak mahu ada komitmen dalam hubungan yang dia akan jalinkan. aku juga tidak mengharapkan hubungan itu, namun cukup BAHAGIA untuk aku bila dia sentiasa dengan aku dan masih mengaggap aku teman baiknya.

sayang ini memang untuk dia. dia cinta pertama aku, aku benar-benar jatuh cinta pada dia. jika dia juga merasainya aku harap ada takdir untuk kami. ianya nanti bukan lagi satu harapan tapi satu kebahagian yang akan aku beri sepenuhnya untuk perjalanan kisah cinta kami.

aku berharap dia merasai apa yang aku rasai saat ini. aku berikan dia masa untuk berfikir tentang soalan yang aku beri. aku tidak mahu dikatakan gelojoh. sesungguhnya tuhan sudah menetapkan segala jalan cerita kehidupan ini. aku hanya menadah tangan memohon doa dan terus berusaha dan berusaha.

aku harap masih ada sinar bahagia antara aku dan dia. mungkin bukan pasangan bercinta tapi juga pasangan teman baik. 

AKU CINTA KAU
ikhlas : EA

Promo Video Couple :) F.A.iLOVEu

Hai teman, arini aku mahu share sama kalian tentang video yang pernah aku buat untuk orang yang paling aku sayang, iaitu teman baik aku.

video ini sebenarnya aku buat untuk memberi semangat pada dia untuk menempuhi sesi VIVA PeTA Degree Filem & Video. apa itu PeTA? Penialaian Tahun Akhir bagi student tahun akhir ASWARA. jadinya aku buat video ini untuk die.

kisah tentang kami :) hope u olls enjoy. 


SANGAT SAYANG TEMAN BAIK SAYA :)

*bakal imam saya*
F.A. iLOVEu

Audio Class

apa benda kat atas nie eh?

inilah tempat mengedit sound untuk filem. siang tadi aku kelas audio, kami belajar tentang bagaimana mahu buat suround sound macam kat dalam movie dimana ada 5 buah speaker sayap kiri, sayap kanan, center, sayap kiri belakang, sayap kanan belakang.

jadinya untuk semester baru nie, kami diminta buat sound bagi video yang telah kami pilih. seronok sebenarnya belajar sound nie. ENJOY. tapi tulah nak belajar sound nie pecah kepala sebab banyak yang perlu tahu. kalau aku cerita mungkin akan memeningkan kepala kalian saja. jadinya.. buat buat mengerti saja situasi aku ya.


ini bilik recording pula dimana, jika mahu record lagu atau soundtrack boleh buat kat dalam nie. ada lagi satu bilik untuk penyanyi dan pemuzik berkarya. nampak macam seronokkan tapi susah. aku belajar PRO TOOLS dari semester I dari kelas Audio I, kelas Audio II dan kini kelas Audio III aku masih tak mahir menggunakan PRO TOOLS. pecah kepala gak weh. tapi aku sangat enjoy :)


selesai kerja dan kelas, apa lagi recording suara sendiri la. melepaskan tension kami karoke ramai-ramai. bukan selalu dapat buat macam nie. lepas nie kena record suara orang pula. rupanya sedap juga suara aku kan :)

itu je untuk hari ini. ASSALAMUALAIKUM..

SERABUT SIAL

Hari nie aku tidak boleh membuat kesimpulan tentang mood aku sendiri. apa yang sebenarnya aku sedang fikirkan?

KENING KIRI ASYIK BERGERAK TANPA HENTI DARI MALAM TADI HINGGA KINI..

kenapa agaknya YA?

aku sedih. sedih sebab apa? entah aku sendiri tidak tahu. fikiran ini sering memikirkan sesuatu, sesuatu yang aku tak pasti. pada luarannya memang aku sedang bergembira tapi dalamannya. aku runsing memikirkan tentang sikap pelik aku kini.

aku sebenarnya sedang ligat berfikir tentang sesuatu.
sesuatu yang aku tahu dan aku cuba untuk membuang jauh dari pemikiran aku. tentang seseorang.

KENAPA aku sering TERINGAT tentang dia??

sedangkan dia.. NAMA aku tidak langsung bertakhta dihatinya inikan pula untuk dia memikirkan tentang aku di fikirannya. MUSTAHIL ini berlaku..

kerana aku terlalu berfikir, aku mula penat dan lemah untuk teruskan kerja-kerja yang tergendala. mana tidaknya, setiap hari aku akan fikir benda yang sama tentang dia. 

SUMPAH ini pertama kali terjadi dalam diri aku apabila aku benar-benar sayang seseorang dan tidak mahu kehilangan dirinya. 

seronoknya jika dia SEDAR!!

MAAF pada yang tertunggu-tunggu hasil nukilan dan kerja yang aku wajib lakukan, akibat ketidakwarasan berfikir kerja ini semuanya tergendala. MAAF KALIAN.

aku cuba menyiapkan satu persatu kerja, namun..

dia sudah berpunya agaknya. jika YA dia sudah berpunya, MAAF kerana menyimpan perasaan ini terhadap awak. perasaan ini tak mampu untuk di ikat. awak sering berlegar di fikiran saya.

MAAF.. MAAF..MAAF..

Musuh SAMPAH!!

Bukan aku lemah,
Bukan aku tidak tabah,
Bukan aku tidak kuat..
Bukan aku.. Bukan aku.. Bukan aku..

Kekuatan mula di bawah ketidakwarasan,
Ketabahan mula terkikis dengan pisau tajam musuh,
Fizikal dan mental terus berusaha untuk tidak gila!!

Aku menyusur akal ke depan..
Melihat keadaan akan datang..
Membuang angan-angan sampah kelmarin..
Untuk aku melangkah Gah di sisi musuh yang mencaci..

Langkah ini aku susur penuh longlai,
Tiada pautan,
Penuh kesukaran..

Biar hati menangis sekarang kerana musuh jiwa yang kuat menghina,
Biar aku kelihatan lemah,
Biar mereka mentertawakan aku sepuas-puas..

Aku tekad untuk membunuh jiwa musuh yang suka menghina,
Aku tekad membidik hati musuh yang busuk,
Segalanya aku bertekad..

Musuh di keliling aku musuh paling SIAL!!!

Sedondon Baju Kotak Kotak

"Aku masih terperangkap dalam jasad semalam
Aku masih trauma dengan kisah kelmarin"

Semalam : Diari cinta hati

Pertemuan semalam ada sesuatu yang tidak kena. mungkin kerana kami sama-sama penat dan terlalu banyak yang mahu di fikirkan. dia dengan kerjanya dan aku.. aku fikirkan apa sebenarnya ya?? PeTA, mungkin.. 

Syaitan   : Bila mahu dating masih ingat PeTA? 
Jasad      : itu bukan apa yang aku fikirkan!!
Syaitan   : Habis apa?! kau fikir dia? kau fikir apa!!
Jasad      : Sigh!

Malas mahu fikir, apa yang aku mahu ceritakan tentang dia yang seronok seronok saja.

Mula dari awal..
pertemuan antara kami semalam buat aku happy sebentar walaupun aku tahu dia gagahkan juga untuk ikut kemahuan aku. sesungguhnya aku kasihan melihat dia sebenarnya..

Aku sangat terharu bila dia sangat teruja menerima pemberian aku. sehelai baju kemeja yang ikhlas aku hadiahkan untuk dia. Baju Couple katanya :) aku seronok bila lihat dia happy, bila lihat gelak tawanya, bila lihat bebelannya. aku rindu segalanya tentang apa yang ada pada dia..

Baju kemeja yang aku beri itu terus ditukar si dia, nampak secocok kami. aku lihat dia tampan dengan pemberian aku, walaupun baju itu tidak kelihatan seperti baju mahal dia tapi cukup buat aku tersenyum apabila di memakai hasil pemberian dari titik peluh aku sendiri. aku mahu berkongsi dengan dia..

Sesungguhnya semalam buat aku bahagia walau sekejap cuma. jika dia tahu Aku benar-benar SAYANG kan dia. kalau dia tahu aku tak mahu kehilangan dia. kalau dia tahu.. itu semuanya kalau.. Sigh!

Mohd Farid B. Arshad : jika awak baca blog nie saya nak awak tahu Saya betul-betul ikhlas sayangkan awak, saya tak mahu kehilangan awak, awak musuh | sahabat baik | teman gaduh | kekasih | cinta hati dalam hidup saya.

-lelaki paling sombong di ASWARA. SUMPAH aku benci dia dulu!!-
Kini
♥ ♥ ♥

Broken Hearts itu pedih


Andai dia tahu,
hati ini sering menjerit nama dia..

Andai dia tahu,
sesaat tanpa melihat wajahnya, jiwa bisa memberontak..

Andai dia tahu,
segala yang aku lakukan untuk mencuri cintanya..

Andai dia tahu,
aku mahu jadi makmum dalam sembahyangnya..

Andai dia tahu,
aku terlalu menyayangi dirinya..

Andai dia tahu,
aku mahu dia membuka kunci cintaku..

Segalanya ANDAI DIA TAHU..

apa yang di tahu??

TIADA APA YANG DIA TAHU..

setiap lagu ada cerita. lagu ini aku berikan pada dia. mungkin dia tidak suka namun liriknya itu penuh makna. sesungguhnya tuhan beri dia padaku untuk terus kuat, kental dalam menempuh hidup baru.. dia sudah lama aku tinggalkan dalam jiwa ku..

tiada apa yang boleh digambarkan

sejak idea aku tidak di sukai Dekan aku sendiri, aku bukan menjauhkan diri dari teman teman tapi aku terlalu rendah diri. cerita aku ditolak kerana ianya drama biasa. YA sememangnya aku tidak kisah jika idea ini ditolak tapi.. susah untuk aku ceritakan. 

SYUKUR

sesungguhnya aku bersyukur pada 3 insan yang sealu memberi semangat pada aku. 

a) Shuhaimi Zulkifli seorang pengkritikan dan peransang idea yang hebat pada aku. Dia membuatkan aku membuka kembali otak yang tersepit dari kegagalan lepas. 

b) Abang Adam. Terima kasih abang sebab selalu bertanya tentang PeTA saya, terima kasih kerana beri saya idea baru, terima kasih kerana sentiasa menasihati saya, terima kasih kerana sentiasa bersama saya sepanjang saya keseorangan dan terima kasih dengan gelak tawa abang. cukup buat saya gembira dalam kepahitan.

c) Orang terakhir ini yang banyak beri aku kata kata semangat, yang selalu mengambil berat tentang aku, sentiasa bebel menasihati kedegilan aku, walaupun kadang kala ia tenggelam timbul namun aku mengerti kesibukkan kerjanya. cukup bila masa terluang dia banyak menghabiskan masa dengan aku bertanyakan tentang study, tentang kawan kawan, tentang cinta, tentang hidup dan tentang segalanya. dia adalah sahabat baik, kekasih, teman bergaduh, teman gelak tawa. sesungguhnya dia adalah insan yang telah menakluki hati aku sejak perkenalan kami yang pertama. terima kasih Fayeed kerana sentiasa di samping aku bersama

walaupun aku merasa rendah diri, cukup ada mereka untuk pulihkan semangat aku kembali. Terima kasih juga pada Pinky dan Anith yang sering melayan kerenah aku. 

tanpa teman teman sebenarnya membuatkan aku lebih berdikari sendiri tanpa mengharap bantuan mereka. mereka hebat dimata aku, aku hanya seorang pelajar yang kuat berangan dan tiada apa yang istimewa.

Nukilan ini ditulis kala sedih :'(

Dia berbaju melayu hitam

Bila mood menulis datang, banyak yang bermain difikiran..

dari mana aku mahu mulakan ya..

Oh ya kisah aku bertemu dengan dia tempoh hari.

Sememangnya aku benar benar mahu temui dia, bila sudah bertemu banyak benda yang kami cerita. Cerita mengenai segalanya, cumanya hati dan perasaan itu belum lagi di kisahkan. mungkin masing masing segan dengan perasaan yang timbul atau sememangnya aku saja yang merasai perasaan ini?

Tidak mungkin..

Aku tahu dia juga merasai apa yang aku rasai. kami sama sama merasai perasaan satu itu. tapi aku masih belum mampu untuk beranikan diri memberitahu.

kisah aku ini aku ceritakan pada mama dan mama cerita pada abah. mama kata bagi hint kat si dia supaya si dia sedar yang aku menyayanginya. ermmm.. tapi mama..

Aku SEGAN!!! aku perempuan..

mama kata, perempuan tidak semestinya berdiam dirikan. sekarang zaman moden, lelaki atau perempuan semuanya sama. perasaan kalau di simpan lama lama boleh mati dalam hati. HAHAHAHA..

mama memang sporting.. ABAH..

abah hanya diam dan mempersetujui apa yang mama kata.

Eh awak kalau awak baca, saya mahu bagitahu awak.. SAYA SAYANG AWAK KETAT KETAT :)

haritu awak pakai baju melayu, serius awak sangat manis dan hensem. saya saja je tak mahu mengaku yang awak nampak segak sebab kalau saya mengaku awak segak tentunya awak kembang semangkuk. bila awak kata "Kau suka aku ya".. awak seronok,tapi waktu tu saya berdalih tapi sememangnya memang saya suka awak. 

Awak suka saya?

Assalamualaikum blogger

Terlalu lama aku tidak menyentuh diari world wide aku, apa tidaknya sejak kebelakangan ini aku sedikit sibuk dan terlalu banyak yang aku fikirkan. aku masih tidak tahu apa yang aku cari sebenarnya. mungkin satu jawapan untuk sebuah kepastian.

Apa apa pun pada kalian yang bertanyakan tentang kisah aku, maaf terlalu banyak kisah yang mahu aku ceritakan cumanya..

Arghhh.. tunggu mood itu datang baru aku ceritakan.. 

bukti SIAL

hati aku tergerak mahu membuka butiran diri mukabuku kawan dia. ternyata ada sesuatu di situ. gambar yang tidak menarik untuk aku lihat, boleh aku katakan caption yang di tulis di situ buat jiwa ini beremosi membara mahu menikam dia!! SIAL!!

memang dari dulu aku menyangkal kata hati ini bila dia beritahu dia bukan seperti lelaki lembut lain yang berperasaan pada lelaki sejenisnya. aku ia kan kata-kata itu sampai aku sendiri melihat bukti yang aku fikir dia sudah menipu aku. tidak mengapa, aku mahu tahu dari mulutnya sendiri. 

hati aku mula ragu-ragu dengan kesempatan yang dia ambil. benarkah dia ikhlas ataupun sekadar mahu memperalatkan aku. entahlah. jiwanya sukar dibaca. aku mula membenci dia kembali seperti dulu. bukan kerana bukti yang aku lihat sendiri tapi kerana aku mula meragui keikhlasannya berteman dengan aku.

memang pisang sudah berbuah dua kali, aku tak pernah serik. 

kecewa. memang ya. tapi aku cuba mahu lupakan dia mulai saat ini. mungkin masih boleh berteman tapi bukan seperti dulu. maaf jika aku mula menjauhkan diri dan beremosi dengan kau nanti. mungkin kau harus disedarkan, memang kau masih tidak matang sebenarnya.

sudah! sakit hati bercerita tentang dia. memang kau @%#^!(*@

K A U

Tadi aku buka page kau, nampak gambar terbaru kau. muka kau macam ada simpan sesuatu, nampak sedih dengan senyuman yang sangat palsu itu. kau ada masalah? teringin aku mahu dengar kau bercerita tentang masalah kau, tapi aku bukan tempat kau mengadu. tak mengapa..

kau,
aku sangat-sangat rindu kat kau. macam mana aku mahu gambarkan rindu ini ya. Aku sentiasa berdoa kau juga merindui aku. hari tu, kita bertembung. muka kau nampak penat dan tak bermaya. mata aku lihat kau ego, mata hati aku lihat kau seperti sedang dilanda masalah. kenapa?? 

hari tu, aku tak puas tatap muka kau. mungkin pertembungan kita hanya sekejap cuma tapi cukup bila kau menyapa. hati sudah berbunga. 

kau,
aku ada hadiah mahu bagi kat kau. aku harap kau suka dan terima dengan gembira. aku mahu kau tahu aku betul-betul sayangkan kau. kau buat aku sentiasa tersenyum melihat telatah kau. aku tak kan lupa kenangan terindah kita bersama. 

kau,
aku cuma berharap, tepukan sebelah tangan aku ini berbalas dengan tepukan sebelah tangan kau. aku sangat berharap, dalam harapan aku pasrah dan hanya menyerah. 

aku mula c i n t a kau :'(

terlalu pantas masa berdetik. terlalu cepat memori semalam beredar digantikkan dengan memori baru. memori semalam takkan seindah memori hari ini.

moga perkenalan ini kekal selamanya..

BANGSAWAN SERI TERI BUANA - done!

berakhir lah pementasan BANGSAWAN SERI TERI BUANA pada 2 Jun 2012. segalanya belangsung dengan jayanya dan kami telah melakukan sebaik mungkin. Hasilnya pujian yang kami terima. terima kasih dan taniah kepada student Batch 2010/2011 Diploma atas kejayaan kalian semua.

Bila berakhirnya pementasan, masing-masing merindui. mana tidaknya, kerana Bangsawan ini kami semua rapat dari tak kenal jadi kenal, dari bergaduh terus mesra. Bangsawan telah merapatkan kami. sesungguhnya aku bangga dengan kalian dan akan merindui saat-saat kita menjalani proses Bangsawan.

Set kita gempak, Pemuzik kita hebat, Penari kita bagus di lantai tari(termasuk aku) :), Pelakon sudah memberikan yang terbaik dan kesemua penilai berpuas hati. segala penat lelah semasa proses Bangsawan telah kami luahkan di akhir show dimana kami semua lakukan yang terbaik dan terbaik. sebak semua orang ketika itu bila Bangsawan kami mendapat tepukkan gemuruh dari penonton. Kalian memang hebat!!

aku akan merindui Bangsawan Seri Teri Buana :'(














Hanya sebahagian suku dari gambar Seri Teri Buana. Hope korang Enjoy :)

Bangsawan "SERI TERI BUANA"


aku ingin berkongsi dengan kalian, kali ini kisahnya berkenaan tentang Exam kami Batch Diploma tahun 2 2010/2011 akan di nilai melalui pementasan teater BANGSAWAN SERI TERI BUANA. dimana kami keseluruhannya akan berlakon, menari, bermain muzik dan pelbagai lagi kami lakukan. 

Minggu ini sangat memenatkan kerana terlalu banyak kerja yang harus di settelkan, terlalu banyak latihan, terlalu banyak preparetion yg harus di lakukan.

namun sebenarnya penat ini pasti akan terbalas dengan ending produk yang bagus. aku berdoa semoga perjalnan pementasan dan preparetion akan berjalan dengan lancar. moga-moga. amin.


aku ingin berkongsi trailer hasil karya kami. saksikan :)

pada yang ingin menonton pementasan ini, pementasan ini berlaku pada:-
31/5 - 8.30malam
1/6 - 8.30 malam
2/6 - 3.00ptg & 8.30malam

tiket untuk dewasa 10.00
tiket untuk pelajar 5.00

datang beramai-ramai :) beri soongan pada kami.


AKU KAU & DIA

cinta..
ada pun sukar untuk di mengertikan,
bukan sekadar lafaz..

Belajar menghargai orang yang ada di depan mata kita,
sebelum kita kehilangan dia..

MEREPEK SAMBIL MAKAN KEREPEK

sejak kebelakangan nie aku menyimpan satu perasaan yang aku sendiri tidak tahu apakah yang aku rasa. biarpun aku bersama teman ataupun sesiapa saja. perasaan yang sering buat aku mudah marah dan mudah tersentuh. 

ya memang aku ini mudah terusik jiwanya, namun sejak akhir ini jiwa ini mudah rapuh akibat usikan nakal. rapuh itu maksudnya bukan hancur tetapi mudah tersentuh dek gurauan teman-teman. kenapa ya?? sikap aku juga ditegur teman mempunyai perubahan yang berbeza dari dulu. mungkin kerana ini dinamakan cinta. haha.. masih ada masa lagi aku berlawak. aku makin tidak sedarkan diri..

maaf teman jika sikap pelik aku buat kalian tidak senang, mungkin kerana aku tidak sedar perubahan ini. untuk pengetahuan kalian, susah sebenarnya kalian membaca hati aku dan pergerakkan aku. ya sememangnya aku seorang yang sangat pelik. 

sekarang ini, bila aku bersama dia, aku rasakan seperti biasa saja. tiada rasa jiwang-jiwang gitu atau lebih tepat feeling cinta kononnya. kenapa ya?? sudah aku khabar pada hati, jangan selalu melihat wajahnya, kini sudah hilang kasihnya itu untuk dia. tapi adakah betul-betul hilang? atau aku gila bayang sehingga aku mudah bosan? malas mahu aku pikirin perasaan ini.

bagaimana mahu aku ngertikan pada kalian ya tentang perubahan aku? aku juga buntu dengan kerenah aku sendiri, mungkin kerana aku terlalu penat. badan lesu perlukan rehat. mungkin juga adanya hantu yang duduk dalam tubuh ini. mungkin benar kata temanku, saka dia ada dalam tubuhku. sememangnya dia ada penjaga. takut seh.

kalian, waktu makin mencemburui kita. pertemuan yang terlalu singkat hampir berakhir. moga aku tidak merasa sedih dengan pemergian kalian, bukan kerana aku tidak menyayangi kalian tapi kalian sebenarnya tidak tahu apa yang akan aku lakukan akibat kesedihan itu. cukup kalian kenali aku sebegini bukan eeka azmi yang dulu.

susah mahu membaca aku tidak, kalian tidak perlu ambil tahu tentang aku sememangnya aku sentiasa mengambil tahu tentang kalian. aku bukan si pemujuk atau si pengambil tahu, namun dalam diam aku sebenarnya stalker keadaan kalian. aku terlalu kuat egonya, kalian pasti tidak percaya. itulah sebenarnya.

apa yang sebenarnya aku merepek di sini? jika kalian baca, abaikan saja kata-kata ini. mungkin aku sudah berlebihan dos rasanya, menulis entah apa-apa tanpa sedar. lupakan saja. 

selamat petang. tidur melihat pelangi biarpun di kiri bulan dikanan matahari, sesungguhnya 7 warna pelangi membuktikan 7 petala bumi, 7 petala langit di tengahnya ada tersimpan 7 petala cinta. cinta pada kalian dan dia.

selamat berbuka puasa pada yang berpuasa walaupun bukan bulan puasa. apa aku merepek? bye

ANDAI ITU TAKDIRNYA

"Malam nie bulan cuba sorokkan diri"

pertemuan disatukan adanya takdir,
perkenalan atas dasar manusia sesama manusia,
kebencian satu perangkap,
keseronokkan satu keistimewaan,
keegoaan satu kemurungan,
pergaduhan satu kesatuan,
kejujuran menjadi satu ikatan..

hati sering mencemburui hati lain,
jiwa sering merana dari hembusan angin pembawa kemarahan,
jantung bergetar menerima pujian,
mata kaku melihat senyuman,
bibir tidak putus senyuman,
mulut terkumat kamit kesyukuran..

langkah lembut itu masih dalam bayangan,
tingkah manja penuh keanak-anakkan,
suara penuh keasyikkan,
menjadi penarik berkasihan..

jiwa istimewa itu sering dikecewakan,
jiwa baru cuba menjalar,
masih duduk pada zahirnya,
batinnya keras di kepong keegoan..

andai jiwa ini bersatu,
tiada lagi kekecewaan,
tiada lagi kemurungan..

andai jiwa ini bersatu,
tersimpan rapi penuh penjagaan,
di simpan dalam kotak cinta penuh kemuliaan..

Bulan itu Indah

cantik sungguh bulan malam nie. aku rasakan sudah 3hari bulan mengambang penuh, 3hari juga bulan sangat indah. 

"Bulan sampaikan rindu aku pada si dia"

"Cantiknya bulan, aku hadiah untuk kau"

ya sungguh indah bulan malam ni. Indah dan Damai. Damai dalam pelukan hangat kasih sayang kita. sesungguhnya bulan mendekatkan kita berdua walaupun kita jauh dimata. i love you bulan :)

Pembunuh dalam diam

sejak kebelakangan nie, aku sering berfikir-fikir ke hadapan. berfikir tentang perjalanan hidup yang aku tempuh. semakin hari semakin hebat dugaannya. memang aku sering dipandangan bawahan oleh orang sekeliling akibat kerana aku yang sering mendiamkan perasaan berontak dalam celahan hati. mereka sering menindih aku bagai raksasa ganas..

tidak disangkakan, manusia yang nampak baik sifatnya, bersih suci raut wajahnya rupanya mempunyai taring yang tumbuh dalam jiwa mereka. taring yang membunuh jiwa lemah lain. jiwa aku telah dibunuh oleh mereka dalam diam, aku pasrah belum pasti redha. aku cuba keluar dari kepompong pembulian bagi memulihkan jiwa yang sudah hancur. 

dalam kesedihan jiwa dimamah taring berduri, masih ada manusia yang berdiri dibelakang aku. ingin aku sebut nama kalian supaya mereka tahu kalian penguat semangat aku tapi biarlah nama kalian aku simpan didalam hati menjadi satu rahsia hingga hancur jasad ini.

makin hari makin aku lemas dalam permainan manusia jahanam ini, aku hanya mengikut rentak permainan mereka. hanya sedikit waktu saja lagi untuk aku bebas dari genggaman manusia ini, aku perlu bersabar..sabar..


dalam aku bersedih kalian sering berada di belakang aku, terima kasih wahai sahabat yang aku sayangi. nama kalian sering berada dalam jiwa aku. hilang kalian di bumi realiti belum tentu akan hilang di jiwa ini. aku sangat menyayangi kalian seikhlas hati aku. :'(


Mohd Farid Arshad, boleh tidak jika aku letak kau dalam jiwa aku juga seperti teman yang lain? kau sering buat aku tersenyum dengan gelagat kau. aku juga sayang kau :'(

walaupun manusia jahanam sering mengejar aku dalam diam, aku masih ada kalian. walaupun suatu hari nanti jika ditakdirkan kalian juga memusnahkan jiwa ini, aku redha. sesungguhnya jiwa ini tetap akan terpahat nama kalian walaupun kalian sudah menghancurkannya. aku terlalu sayang kalian. terlalu.. :''(

*mood : Hampir putus asa / sedih tak terkata akibat ditindas :''(
*rindu keluarga tercinta..sangat rinduuuuu..rindu

KOSONG bersama SAHABAT ingin aku katakan I LOVE YOU

KOSONG
Lagu nie aku menggambarkan perasaan aku ketika ini yang kosong setelah apa yang berlaku. sangat kosong, kosong.. kosong tanpa apa yang indah untuk aku kenangkan. aku tawar hati dengan semuanya. Life must go on Baby :) YEAH!!! aku terus melangkah dengan semangat baru, semalam sudah mati, hari ini hidup untuk hari esok..

SAHABAT
aku dikelilingi sahabat yang perbagai ragam, pelbagai sikap namun aku selesa dengan sahabat yang datang pada aku. aku bersyukur masih ada sahabat yang mahu bersama aku meneruskan perjuangan bersama-sama. terima kasih kalian. sahabat yang PALAT, aku bersyukur kerana berkenalan dengan kalian. sesungguhnya aku berlajar sesuatu dari kalian, belajar untuk terus kuat menghadapi dugaan sahabat seperti kalian yang PALAT. pada sahabat yang sentiasa bersama aku susah senang, aku bahagia disisi kalian. tiada kata yang mampu aku luahkan melainkan terima kasih sangat-sangat. biar allah swt yang membalas budi baik kalian.

I LOVE YOU
dalam diam aku menyukai seseorang dan lagu ini ditujukan olehnya. seseorang yang baru muncul dalam hati aku. bukan kau Yazzid tapi seseorang yang baru. Oh YA tentang Yazzid, aku pernah suka kau dulu tapi suka bukan CINTA. kini perasaan tu dah tiada, jadi jangan perasan jika kau masih rasa aku suka kau. OKEH!! kepada awak terima kasih muncul dalam hidup aku walaupun hanya sekejap cuma. terima kasih :)

Lirik I LOVE YOU,
Mungkin kita pernah rasa tentang cinta,
Yang takdirnya bukan untuk kita,
Mungkin ini adalah cara meluah cinta,
Tanpa berkata atau berpandang mata,


I’m sorry but i love you,
I’m sorry if i miss you,
Even if i can’t have you ,
You know i’ll always be there for you,


Mungkin aku mencintaimu walaupun engkau tak pernah tahu,
Mungkin aku mencintaimu tanpa lelah atau pun jemu,
Mungkin kita tak bersama di takdirkan,
Tak mengapa asal kau bahagia,


Biar aku mencintaimu biar tiada siapa yang tahu,
Biar aku mencintaimu dalam diam ataupun bisu,


I’m sorry but i love you,
I’m sorry if imiss you,
Even if i can’t have you,
You know i’ll always be there for you.
I’m sorry but i love you..

emosi tanpa kawalan

hati aku ketika ini masih beremosi, seperti semalam dan kelmarin. terlalu banyak perkara yang aku lalui dalam setiap minit aku bergerak. aku sudah lemah longlai, ya mungkin luaran aku gagah namun dalaman.. aku hampir berderai!! aku hanya mampu menatap kesedihan sendirian tiada siapa menemani, mendengar luahan hati.. siapa yang mampu mendengar luahan ini, tiada siapa!! aku diam..

SIAL!!!
kenapa aku perlu rasa sebegini.. 
kenapa aku perlu lalui kisah ini..
aku menangis dalam hati,
tiada siapa peduli..

aku akur jika ini kisah yang aku harus tempuhi,
untuk redha aku sukar,
pasrah aku berserah..

aku cuba untuk bertenang,
cuba untuk mendamaikan hati yang berkecamuk,
aku cuba.. dan terus mencuba..

TAPI..

memang tiada siapa menyangka luaran aku berbeza dengan dalaman..
aku berjiwa lembut,
mudah tersentuh,
mudah beremosi,
namun aku simpan dari pandangan orang,
aku cuba tersenyum walaupun pura-pura..
aku cuba ketawa walaupun derita..
aku cuba.. bukan tak cuba la BODOH!!!

aku hampir menangis!!
aku sudah menangis!!

tiada siapa ambil peduli..

aku mahu pergi jauh..
jauh dari orang keliling..
jauh dari derita kota jahanam..
jauh dari emosi gila ini..

aku berlari jauh dari kota jahanam..

LUAHAN HATI

luahan hati kali ini lebih kepada emosi yang kurang stabil dimana emosi aku sering berkecamuk dengan terlalu banyak perkara tanpa aku tahu dimana kunci penyelesaiaannya. masa makin hari makin meninggalkan aku, pergi bersama angin tanpa berpusing ke belakang kembali. aku menghintung hari. membiarkan masa lalu pergi meninggalkan kenangan indah dalam kamus hidup ini.

emosi ini sering berubah, sebak, sedih berlegar dalam emosi menjadi hati tidak tentu hala. apa yang pasti emosi ini ikhlas aku rasai. masa membenci aku, pergi begitu laju tanpa aku mampu mencipta kisah indah antara aku dan mereka. ketika aku menaip kata-kata yang aku utarakan sekarang ini, hati aku sebak, rindu. aku tidak mahu melangkah ke hari esok.. 

Keluarga terCinta ♥
terlalu lama tidak aku pulang ke rumah, rindu pada keluarga. bila melihat tanggungjawab pada diri sendiri dan kerja, aku akur jika ini yang ditakdirkan. mungkin kerana kerja aku hampir abaikan keluarga. aku rindukan mereka. sebak..

keluarga yang terlalu banyak bersabar dengan kerenah aku, terlalu banyak berkorban untuk mendidik aku, terlalu menyayangi diri aku, terlalu banyak pengorbanan oleh mama dan abah untuk membentuk aku lebih maju. begitu juga adik-adik yang sering menghiburkan hati aku. aku terlalu cinta kalian. tiada siapa mampu ganti tempat kalian dihati aku. 

S.A.H.A.B.A.T
tidak dinafikan sejak kalian muncul dalam hidup aku, hidup aku makin gembira. sentiasa buat aku terhibur dengan telatah kalian. ya SAHABAT. sahabat sehingga akhir nyawa. insyaallah jika diizin tuhan. aku mulai kenal erti sahabat sejak aku kenal kalian. susah senang masih kukuh bersama. ya masa terlalu mencemburui kita, sekejap rasanya kita berkenalan kini kita hanya menunggu masa berpisah.  bila perpisahan berlaku aku harap kalian tidak lupa akan aku, sesungguhnya kalian tulang belakang aku dalam meneruskan perjuangan di ASWARA.

kak wa : lepas tamat pengajian, pasti aku tiada siapa untuk meluahkan rasa hati. kita ada perasaan yang sama. aku berterima kasih kerana kau sudi mendengar luahan aku yang kadang kala memuakkan.. semoga kau berjaya nanti. jenguk-jenguk aku ya :"(

ada : walaupun mulut kau bising tapi itu yang akan aku rindu nanti. sunyi bilik tanpa jeritan kau. kau buat aku sering tersenyum walaupun hati aku sedih. terima kasih :'(

ain : aku kenal kau lebih awal, aku hargai pertalian persahabatan kita. walaupun aku tak pernah beritahu yang kadang kala aku sentap dengan kata-kata kau, aku tetap tersenyum. terima kasih sebab sentiasa disisi aku :"(

pinky : ya dulu kau benci aku kan. aku berterima kasih sebab kau sanggup jadi kawan aku biarpun ada kisah dulu. walaupun sikap kau keanak-anakkan tapi itu yang menaikkan kebahagian kita bersama. sikap kau jauh berbeza dari pikiran kau. aku kagum. terima kasih masi sudi terima aku :'(

T.E.M.A.N

memang terlalu awal perkenalan kita, sejujurnya dulu aku cukup BENCI pada kau tapi benci itu bertukar menjadi sayang. sayang sebagai teman, sahabat. tidak dinafikan aku pernah kehilangan seorang teman baik seperti kau. aku selesa dengan kau, aku suka mendengar cerita kau, aku tersenyum lihat gelagat kau, aku suka perang mulut dengan kau. aku sayang kau Farid. aku akan rindui ketika kita berkerjasama di set shooting. jika diizinkan allah swt aku berharap perkenalan ini sampai bila-bila.

jiwa aku mudah tersentuh, mudah menangis. aku akan menangis untuk kalian jika aku kehilangan kalian. sayang aku benar-benar ikhlas untuk kalian. terima kasih kepada SAHABAT dan TEMAN kerana wujud dalam hidup aku juga keluarga yang terlalu aku cintai.

jika ada keizinannya, akan bertemu semula kelak. insyaallah.. terlalu sayang kalian.

Assalamualaikum Bakal Imamku..


"Diantara 7 petala langit dan 7 petala bumi ada 7 petala cinta" - EA

sesungguhnya cinta itu rahsia tuhan.  
sekuat mana kita setia, 
sehebat mana kita merancang, 
selama mana kita menunggu,
sekeras mana kita bersabar,
sejujur mana kita menerima kekasih kita,
jika Allah SWT tidak menulis jodoh kita bersama kekasih kita,
kita tetap tidak akan bersama dengannya..

aku rindu, sayang pada dia..
pada kenangan kami bersama..
pada kegembiraan yang kami cipta..

semua bagaikan mimpi,
bila waktu mencemburui,
kami terpaksa berjauhan,
setiap pertemuan pasti ada perpisahan..

jauh di mata, makin dekat di hati,
aku sayang..
mungkin cinta..
sebagai seorang sahabat yang setia..

Andai ada jodoh,
kita akan dipertemukan semula..

Assalamualaikum Bakal Imamku..

Mimpi

Mimpi tetap sebuah mimpi,
tidak akan mampu menjadi realiti..

jauh tersasar perasaan ini,
pada impian yang tidak kesampaian,
pada realiti yang tak mampu menjadi kenyataan..

aku duduk memerhati,
hanya mampu mendengar tanpa menyentuh dan merasai,
memahami isi hati,
dia saja pujaan yang aku mulai sanjungi..

tidak mampu mengambarkan perasaan ketika ini,
terlalu sayang,
sayang dan terus sayang tanpa dia mengerti..

aku mengikut rentak,
dia makin menjauhi,
pergerakkan tidak mampu aku baca,
melihat gerakkan makin longlai,
tanpa sempat aku sambut,
dia pergi..

terlalu sayang dia.. :'(
tak mahu kehilangan..

DAKWAT MERAH DALAM LUMPUR HATI

Pada siapa mahu aku kisahkan pergerakkan emosi ini,
Emosi beralun tanpa tempo yang tepat,
Sering berlarian mencapai kord yang sedap,
dalam perasaan yang tertimbus dek lautan hitam,
terjerumus dalam pasir yang kesat..

tembok dinding perasaan sudah hampir hancur,
mahu di bina belum mampu membeli batu,
membiarkan dinding usang tanpa pembaharuan baru,
memberi sedikit ruang busuk untuk takungan lumpur,
mustahil untuk dinding berdiri teguh seperti dahulu..

air jernih tumpah,
emosi berkeladak dengan lumpur hitam,
perasaan di timbus simen bangunan,
kekuatan, kedamaian hilang pada pandangan,
hanya muncul dalam banyangan..

setitik dakwat merah tumpah memenuhi ruangan lumpur,
makin lama makin berkilat jadinya,
dakwat merah itu cuba mengepong emosi gila ini,
perasaan yang tidak berentak berhenti,
memberi ruangan emosi menari cermat,
supaya dakwat merah ini sentiasa cantik berkilat bertakungan dalam dinding usang..

aku menarik nafas..

pertemuan dalam kebenciaan menjadi punca keserasian,
timbul konflik jiwa dalam membentuk sebuah ikatan persahabatan,
emosi bergaduh dengan perasaan,
membiarkan jiwa tertekan,
konflik jiwa yang penuh pengembaraan..

masih baru untuk aku bina dinding batu yang sudah usang ini,
janggal rasanya,
aku kuatkan diri dengan lenggokkan jiwa sunyi,
penuh kekejaman,
aku pasti ia akan berakhir,
suatu hari nanti..

kebahagian menunggu, kesengsaraan berlalu, usaha perlu..