bicara hati ;)

hye kalian, kali ini aku ingin berkongsi kisah dengan kalian. kisah yang lama aku pendam, kisah tentang sebuah perasaan yang sukar digambarkan. aku tidak boleh lari dari menyukai lelaki lembut a.k.a gayboy. kenapa? ramai rakan-rakan tertanya-tanya kenapa, tapi aku tiada jawapan utk soalan kalian itu. apa yang aku rasakan, kelompok lelaki ini sangat caring.

kali ini, aku jatuh hati pada seseorang dalam kelompok lelaki lembut. siapa? biarlah ia menjadi rahsia kerana perkenalan aku dan dia terlalu singkat, terlalu awal utk diceritakan. namun apa yang boleh aku gambarkan, lelaki ini sangat baik, ideologinya sangat kreatif. biarpun dia tak sekacak lelaki sejati, namun dia nampak manis dengan senyumannya itu. apa tidaknya muka nampak garang tapi bila senyum, nampak manis.

aku hanya mahu berkawan lebih rapat dengan dia, tapi aku tak mampu. mungkin kerana dia berbeza dengan aku dan mungkin juga kerana sikap aku yang kasar buat dia hanya mahu berkawan bukan berteman. HAHA!! aku sudah biasa tu, aku tak kisah. janji dia sentiasa ingat aku, walaupun.. TAK!!

ermmm... lelaki lembut nie, suara dan lagaknya seperti lelaki biasa tapi bila die terleka mula nampak lenggokkan bicaranya. tersenyum bila aku bebual dengan dia. aishhhh.. ini bukan jatuh hati, tapi SUKA bukan cinta!!

tak kesah lah, yang penting aku sudah pun berkenalan dengan dia.. ada setengah orang tu, dia suka tapi malu mahu berkawan. chill la ;)

OK STOP tentang CINTA..

sekarang nak bercerita tentang REMY ISHAK. my luvely artis ;)

TANIAH sebab menang anugerah Pelakon Filem Lelaki Terbaik. lu memang terbaik bro, hope lu sukses dan hope lu bahagia dengan kekasih lu, TIZ ZAQIYAH. ;)


No comments:

Post a Comment