lama sudah aku tak update blog, mungkin kerana kesibukkan kerja buat aku tiada masa untuk bercerita di sini. mana tidaknya, hidup aku sekarang penuh dengan kerja-kerja produksi sampaikan tiada rehat untuk aku. tapi aku tak pernah mengeluh, sebab jalan inilah yang aku pilih, jadi aku harus terus berusaha untuk mencapai impian aku.

kehidupan aku sekarang sudah teratur walaupun sibuk. semuanya berjalan lancar, aku semakin gembira dengan kehidupan aku sekarang. aku bersyukur kepada allah kerana memberikan aku kehidupan yang cukup indah buat aku. betul kata orang setiap apa yang berlaku itu ada hikmahnya.

sejak aku mula belajar di Aswara, hidup aku lebih bermakna. perkenalan aku dengan teman-teman buat aku kuat untuk menjalani kehidupan aku sebagai anak seni. pertemuan aku dengan 'mereka' adalah pertemuan yang sangat indah walaupun sementara, aku bersyukur.

lama tidak aku ceritakan tentang kisah aku kan. entahlah makin lama makin tidak berminat untuk bercerita, bukan apa masa seringkali tiada. namun apa yang boleh aku kongsi dengan kalian, aku sangat bahagia sekarang. berkenalan dengan seseorang buat aku sentiasa tersenyum walaupun perkenalan kami masih muda lagi. apa tidaknya pemikiran dia buat aku jatuh hati, dia baik. jangan fikir macam-macam, kami hanya berkawan :)

sekarang nie, aku ditugaskan sebagai PM(production manager) untuk filem pendek arahan eric fuzi. aku buat managment!! tak suka tapi itu yang harus aku lalui. sesungguhnya aku seronok dengan kerja aku sekarang walaupun masa tidur aku hanya untuk melelapkan mata seminit cuma. inilah jiwa seni.

aku terlalu rindu untuk bersama teman-teman lama, berbicara, gelak ketawa, mengumpat kisah lama.. aku rindu suasana sekolah. kawan-kawan sudah berubah, masing-masing sudah berkeluarga. aku masih sendirian. :( takpe yang penting mereka tetap berhubung dengan aku. rindu kawan-kawan sekolah..

apa lagi nak cerita, takde pape kot. hah lagi satu, aku rindu remy ishak. lama tak jumpa dia. hahaha :) anoying aku tahu. ok lah itu saja. k bai :)


No comments:

Post a Comment