DAKWAT MERAH DALAM LUMPUR HATI

Pada siapa mahu aku kisahkan pergerakkan emosi ini,
Emosi beralun tanpa tempo yang tepat,
Sering berlarian mencapai kord yang sedap,
dalam perasaan yang tertimbus dek lautan hitam,
terjerumus dalam pasir yang kesat..

tembok dinding perasaan sudah hampir hancur,
mahu di bina belum mampu membeli batu,
membiarkan dinding usang tanpa pembaharuan baru,
memberi sedikit ruang busuk untuk takungan lumpur,
mustahil untuk dinding berdiri teguh seperti dahulu..

air jernih tumpah,
emosi berkeladak dengan lumpur hitam,
perasaan di timbus simen bangunan,
kekuatan, kedamaian hilang pada pandangan,
hanya muncul dalam banyangan..

setitik dakwat merah tumpah memenuhi ruangan lumpur,
makin lama makin berkilat jadinya,
dakwat merah itu cuba mengepong emosi gila ini,
perasaan yang tidak berentak berhenti,
memberi ruangan emosi menari cermat,
supaya dakwat merah ini sentiasa cantik berkilat bertakungan dalam dinding usang..

aku menarik nafas..

pertemuan dalam kebenciaan menjadi punca keserasian,
timbul konflik jiwa dalam membentuk sebuah ikatan persahabatan,
emosi bergaduh dengan perasaan,
membiarkan jiwa tertekan,
konflik jiwa yang penuh pengembaraan..

masih baru untuk aku bina dinding batu yang sudah usang ini,
janggal rasanya,
aku kuatkan diri dengan lenggokkan jiwa sunyi,
penuh kekejaman,
aku pasti ia akan berakhir,
suatu hari nanti..

kebahagian menunggu, kesengsaraan berlalu, usaha perlu..

BANDUAN TERHORMAT

kalian pernah menonton teater??
ini teater hasil karya sahabat baik aku.. Umairah Hussin
aku santapkan mata kalian dengan gambar-gambar semasa show berlangsung..
moga kalian terhibur :)

Anip Latip sebagai Hafiz

Hairi Safwan sebagai Mat

Fudal nuada sebagai Osman







aku kisahkan sinopsis cerita ini sedikit bagi kalian mengerti dan fahami apa itu BANDUAN TERHORMAT. sahabat baik aku mengarah sebuah teater eksperimental di mana tiada set digunakan hanya imiginasi pelakon dan penonton. kisah ini mengisahkan 3 banduan yg menunggu saat terakhir di hukum gantung atas kesalahan yang mereka tidak lakukan. mereka di tempatkan di sel terakhir dimana mereka berkenalan dan bercerita tentang kisah masing-masing. Hafiz ditangkap atas kesalahan membunuh kakak angkatnya tanpa sengaja, Osman ditangkap atas kesalahan merompak kedai emas dan membunuh tanpa niat dan mat di tangkap atas kesalahan dadah walaupun dadah itu bukan miliknya.. mahu tahu lebih lanjut tentang jalan cerita ini, saksikan video di bawah.. :)

Part I

Part II

semoga anda enjoy :)

KONFLIK JIWA

lama aku tidak menjenguk ke dalam diari teknologi ini, apa khabarnya entah. seronok berkerja sehinggakan tiada masa untuk menaip lenggukkan jari di papan kekunci. mahu berkisah apa masih tiada cerita. apa yang pasti, sepanjang aku bernafas sentiasa ada kisah cuma kisah itu tidak lagi aku mahu suarakan kerana ada saja mulut yang mengundang kecelakaan..

aku kadang kala tidak tahan, namun aku gagahi biar mulut itu mengata bercerita entah apa-apa, yang pasti aku sendiri tahu kebenarannya. jangan ada siapa yang peduli, kerana kini aku mahu sendiri. sendirian bersama kisah dan kenangan.

bila berkaitan perasaan, aku malas mahu kongsikan kerana ada yang menjaja cerita bukan-bukan. hingga kini mulut masih terus bergerak terkumat kamit bercerita, menyakat. aku.. biasa-biasa saja tanpa sebarang reaksi ataupun teruja. YA memeang dulu aku suka namun kini perasaan itu mulai jauh dari hati. biar kenangan perasaan ini tersimpan dalam diari cinta lama..

kini..

aku boleh tersenyum, boleh juga menangis kerana aku sudah kuat menjalani hidup tanpa sesiapa disisi. tiada siapa fahami dan mengerti, aku duduk mengimbas kembali perjuangan aku ke tangga kini. perasaan lama aku buang jauh, timbul perasaan baru.. pada seseorang yang mulia lagi istimewa.

dia lelaki yang berbeza dari lelaki di luar sana..

dia baik, keanak-anakkan, manja namun panas baran dan mudah melenting itu sikapnya. aku bukan suka bukan juga cinta tapi kasih dan sayang untuk aku sampaikan padanya. bagaimana hendak aku ceritakan.. biar aku saja yang mengerti perasaan ini, si pembaca blog jangan pula membuat kiraan andaian jika anda tidak tahu hujung pangkal perjalanan perasaan ini.

masih merindui kenangan bersama dia.. 

moga kami di pereratkan lagi perkenalan seorang sahabat kepada seorang sahabat.. amin.

**hormon ketika ini tidak stabil, sering mahu bersendirian.. murung.. di tegur ramai orang, atas alasan aku penat dan sakit. namun biarkan orang hanya memikirkan apa yang aku nyatakan tanpa mencari sebab puncanya kehadiran ketidakstabilan ini..