lama aku tidak menjenguk ke dalam diari teknologi ini, apa khabarnya entah. seronok berkerja sehinggakan tiada masa untuk menaip lenggukkan jari di papan kekunci. mahu berkisah apa masih tiada cerita. apa yang pasti, sepanjang aku bernafas sentiasa ada kisah cuma kisah itu tidak lagi aku mahu suarakan kerana ada saja mulut yang mengundang kecelakaan..
aku kadang kala tidak tahan, namun aku gagahi biar mulut itu mengata bercerita entah apa-apa, yang pasti aku sendiri tahu kebenarannya. jangan ada siapa yang peduli, kerana kini aku mahu sendiri. sendirian bersama kisah dan kenangan.
bila berkaitan perasaan, aku malas mahu kongsikan kerana ada yang menjaja cerita bukan-bukan. hingga kini mulut masih terus bergerak terkumat kamit bercerita, menyakat. aku.. biasa-biasa saja tanpa sebarang reaksi ataupun teruja. YA memeang dulu aku suka namun kini perasaan itu mulai jauh dari hati. biar kenangan perasaan ini tersimpan dalam diari cinta lama..
kini..
aku boleh tersenyum, boleh juga menangis kerana aku sudah kuat menjalani hidup tanpa sesiapa disisi. tiada siapa fahami dan mengerti, aku duduk mengimbas kembali perjuangan aku ke tangga kini. perasaan lama aku buang jauh, timbul perasaan baru.. pada seseorang yang mulia lagi istimewa.
dia lelaki yang berbeza dari lelaki di luar sana..
dia baik, keanak-anakkan, manja namun panas baran dan mudah melenting itu sikapnya. aku bukan suka bukan juga cinta tapi kasih dan sayang untuk aku sampaikan padanya. bagaimana hendak aku ceritakan.. biar aku saja yang mengerti perasaan ini, si pembaca blog jangan pula membuat kiraan andaian jika anda tidak tahu hujung pangkal perjalanan perasaan ini.
masih merindui kenangan bersama dia..
moga kami di pereratkan lagi perkenalan seorang sahabat kepada seorang sahabat.. amin.
**hormon ketika ini tidak stabil, sering mahu bersendirian.. murung.. di tegur ramai orang, atas alasan aku penat dan sakit. namun biarkan orang hanya memikirkan apa yang aku nyatakan tanpa mencari sebab puncanya kehadiran ketidakstabilan ini..
No comments:
Post a Comment