Pada siapa mahu aku kisahkan pergerakkan emosi ini,
Emosi beralun tanpa tempo yang tepat,
Sering berlarian mencapai kord yang sedap,
dalam perasaan yang tertimbus dek lautan hitam,
terjerumus dalam pasir yang kesat..
tembok dinding perasaan sudah hampir hancur,
mahu di bina belum mampu membeli batu,
membiarkan dinding usang tanpa pembaharuan baru,
memberi sedikit ruang busuk untuk takungan lumpur,
mustahil untuk dinding berdiri teguh seperti dahulu..
air jernih tumpah,
emosi berkeladak dengan lumpur hitam,
perasaan di timbus simen bangunan,
kekuatan, kedamaian hilang pada pandangan,
hanya muncul dalam banyangan..
setitik dakwat merah tumpah memenuhi ruangan lumpur,
makin lama makin berkilat jadinya,
dakwat merah itu cuba mengepong emosi gila ini,
perasaan yang tidak berentak berhenti,
memberi ruangan emosi menari cermat,
supaya dakwat merah ini sentiasa cantik berkilat bertakungan dalam dinding usang..
aku menarik nafas..
pertemuan dalam kebenciaan menjadi punca keserasian,
timbul konflik jiwa dalam membentuk sebuah ikatan persahabatan,
emosi bergaduh dengan perasaan,
membiarkan jiwa tertekan,
konflik jiwa yang penuh pengembaraan..
masih baru untuk aku bina dinding batu yang sudah usang ini,
janggal rasanya,
aku kuatkan diri dengan lenggokkan jiwa sunyi,
penuh kekejaman,
aku pasti ia akan berakhir,
suatu hari nanti..
kebahagian menunggu, kesengsaraan berlalu, usaha perlu..
No comments:
Post a Comment