kalian percaya atau tidak "Benci akan menjadi sayang"?? apa yang aku ingin kongsikan adalah kisah aku yang bermula dengan kebencian dan lama-lama timbul rasa sayang. aku jatuh hati dengan senior aku sendiri. ya aku pernah bencikan dia dulu tapi benci tu lama-lama bertukar jadi sayang. pelikkan, mungkin kami rapat ketika produksi shooting.
benar kata orang tua-tua, jika kita tak suka seseorang jangan kita membenci sebab benci tu boleh jadi sayang dan aku percaya kata-kata mereka. namun sayang yang aku rasa sudah bertukar menjadi tawar hati. mana mungkin aku memiliki hati orang yang aku benci kerana dia sudah berpunya. tapi aku tidak sakit hati dan tidak terasa hati cuma untuk lebih mendekati dia aku tawar hati. namun tak mengapa aku sering doakan dia bahagia bersama pilihannya dan kini hati aku bebas dari rasa cinta yang satu itu. rasa sayang pada dia hanya sebagai teman biasa dan cinta itu semakin pudar untuk dia.
alhamdulillah aku boleh lupakan dia, dan aku rasa perjalanan aku mengenali dia manis dan comel macam novel. hehehe.. aku pun dah tak mengharap apa-apa dari dia maklumlah hati aku sudah kosong dan hanya tunggu masa untuk menerima seseorang yang lebih menghargai aku..
inilah gambar terakhir aku dan dia. takdelah comel mana tapi bolehlah disimpan buat kenangankan. lagipun lepas ni kami akan buat haluan masing-masing dan aku harap hubungan kawan kami tak terputus sampai disini. lagipun perasaan aku untuk dia hanya sekadar kawan biasa.
dan kini hati aku mula mengejar impian aku yang satu untuk mencipta nama di industri hiburan satu hari nanti, sebagai apa?? bukan sebagai selebriti tapi sebagai.. hehe.. nantikan. insyaallah.
ada lagi satu, aku sudah mula jatuh hati dengan Nushrul Aliff B. Othman. seorang jejaka yang comel dan sukakan kpop. paling buat aku jatuh hati pada dia, dia sukakan fesyen dan seorang yang sangat bergaya. kata-katanya juga lembut dan senyumannya mampu mencairkan hati wanita yang memandangnya. Aishhh.. Nushrul Alif ♥
inilah Nushrul Alif saya.
Kak Eeka!! Waaaahhhh nsem nsem nya semua jejaka yang dipaparkan. Kak eeka dah habis study di ASWARA yaa? Waaahhh siap crushed dgn senior lagi. hehehe.
ReplyDeleteTakpe! InsyaAllah, ada la nanti Perfect Guy untuk Kak Eeka. Kena bersabar je.. Buat masa ni, Allah di hati sepenuhnya ;]
Kita akan nantikan kemunculan Kak Eeka di industri seni!
sem dpn last sem, dh thn akhir dah. tak sabar nak habis nie. :) hahahaha semua jejaka yg dipaparkan memang hensem tp satu pun tak dapat.
Deletetak payah nk nanti kemunculan lah, macam artis plak kan.. hahahaha.. kite kuli je awak..