Terbang bersama mimpi dan angan-angan


Rindu dengann semua yg makin hilang, hanya kenangan jadi simpanan. Moga kita bertemu lagi dalam umur yg panjang dan jodoh yg telah ditentukan. Berdebar dengan takdir yg tuhan aturkan. #Redha #Pasrah #Berdoa


jika ada rezeki, pasti kita bertemu lagi. hanya aku minta satu, jangan kau lupakan aku. kisah cinta masa depan untuk kita. selamat tinggal kenangan, selamat datang pembaharuan.

tiba-tiba rindukan pertemuan kami yang pertama, malu tapi mahu. aku berdoa masih lagi ada ruang masa untuk kami berjumpa. amin. moga bertemu dalam suasana berbeza, latar berbeza namun hati yang tetap sama. 

"Cinta itu tentang kehidupan"

KEHILANGAN

"Jangkamasa sesebuah pengenalan itu bukan ukuran untuk kita kenali seseorang, Andai kepercayaan dipermainkan." #Kehidupan

aku makin rasa kehilangan,
kehilangan tawa gembira, kehilangan cerita suka duka,
kehilangan segala rasa..di sini..
gudang ilmu.. 

makin lama aku disini,
makin sunyi dan sedih dengan kata-kata gemaan mereka,
jika kepercayaan kawan-kawan sudah hilang,
jika sahabat baik meniaga cerita,
dan segalanya hanya mempercaya tanpa usul periksa..

aku tak pernah kisah,
penat dengan kata-kata mereka,
aku diam,
makin galak mereka bercerita..

aku makin kehilangan..
kehilangan KEPERCAYAAN pada mereka..

Tentang rasa

"Cinta itu apa yang kita sama-sama rasa"


alhamdulillah..

rasa dulu masih diberi rasa yang sama sekarang,
aku teruskan berdoa..berdoa..dan berdoa..
moga rasa ini dapat juga kau rasakannya..

amin,

moga diberi rasa yang sama untuk kita berdua rasa..

insyaallah..

Sang Pengejar Mimpi


"Mengejar kenyataan dalam angan-angan"

kita bertemu lagi dalam jodoh yang berbeza dalam tahun berbeza dan rasa yang berbeza.
terima kasih untuk balasan yang buat aku tersenym, suara manja yang buat aku tidak tidur malam..
zaman teknologi menemukan kita,
moga ada bahagia yang boleh aku rasa,
walau sedikit,
walau dalam khayalan,
kebahagian yang buat rasa ini makin kuat merasa,

biarkan aku kejar bayang-bayang,
jika ada jodohnya kita..pasti bersama..

aku yakin..

"aku terus mengejar sang pengejar mimpi" #RI

Mohammad Hadi Putera

Kali ini entri aku lebih kepada orang yang aku minati. SIAPA..

Mohammad Hadi Putera

kini bergelar pelakon lelaki terbaik dan seorang bapa kepada Zara Adelia..Adi Putra.


kenapa entri kali ini bercerita tenang dia? Adi putra yang semakin hangat dibual bicarakan oleh gadis-gadis remaja dimana kisahnya tentang kehenseman lelaki yang berasal dari singapura ini.

tidak dinafikan Adi putra ada rupa paras yang menarik, sememangnya aku bukan tergila-gilakan dia tapi lebih kepada meminati pemikiran dia dan perwatakkannya. bila berbicara tentang rupa, dia sangat kacak dan mempunyai daya tarikan. lihat saja bibir dan matanya ada tarikan di situ. 

sememangnya Adi putra TASTE lelaki idaman aku. bukan saja luaran tapi pemikirannya yang matang. bagi aku, dia suka membincangkan tentang sesuatu yang penuh pengisian bukan kata-kata kosong. lihat saja dirinya yang pendiam dan bercakap bila perlu buatkan dirinya istimewa berbanding artis lain.

aku ada satu impian, aku berharap dapat mengacara berduet dengan Adi putra dalam satu rancangan TV membincangkan tentang dunia wanita dan lelaki. rancangan TV dimana temubual oleh profesional. rancangan ini lebih kurang rancangan temubual PRIMADONA dan NONA.

impian itu boleh tercapai jika ada rezeki, usaha dan doa. jika anda baca, anda ketawa silalah kerana ketawa anda adalah semangat aku untuk terus mencapai impian ini.

Insyaallah..


lelaki yang bergelar ayah ini, penuh dengan kasih sayang walaupun kata isterinya dia seorang lelaki yang garang dan tegas. setegas-tegas lelaki itu ada lembutnya bila dia melihat anaknya. #LOVE 


so cute. aku saja upload gambar ni untuk berkongsi dengan kalian. jika tidak suka membaca entri ini dan melihat gambar-gambar ini, sila pergi jauh-jauh dari blog aku. jangan menghina atau mengejek kerana setiap manusia itu dicipta mempunyai rasa yang berbeza.


ZAINAL ARIF dan WAHYU



sehangat asmara yang hangat ditayangkan di Astro mustika HD. cerita yang di adaptasi dari novel sehangat asmara yang di visualkan dan dilakonkan oleh Adi putra bergandingan dengan Rita rudaini. novel yang paling aku gemari pada tahun 2004 dan drama yang paling dinanti-nati tahun 2013. 



cinta qaseh yang ditayangkan di TV3 juga menarik perhatian aku untuk terusan menonton. lakonan Wawa zainal, Adi putra dan Sharizal jazle.

bukan aku menonton satu cerita kerana Adi putra atau artisnya, tapi dari segi kisah kehidupan manusia yang ada disekeliling kita. kata mama, benar kedua cerita ini ada kisah benarnya. setiap cerita itu rapat dengan kehidupan sebenar.

kadang-kadang cerita melayu ini bodoh kadang-kadang ia menarik walau nampak bodoh.. apa-apa pun bagi aku sebodoh mana cerita melayu itu, ianya tetap dalam kelompok industri malaysia dan aku tetap menyokong filem dan drama melayu. nak kata aku bodoh, sukahatilah..

menilai bukan dari sudut ceritanya tapi dari sudut moral dan nilai valuenya..

Assalamualaikum..

#ADP_Adiputra #1Hotlovers

KEMASKINI SESAWANG

Assalamualaikum kalian..

rasa begitu lama tidak menaip kisah-kisah hidup seharian manusia keliling aku. mungkin kerana tiada masa dan terlalu sibuk dengan projek tahun akhir menyebabkan blog ini bersawang tanpa kemaskini entrinya.

kali ini aku curi sedikit masa untuk aku bercerita tentang kehidupan lepas. setelah 3 tahun belajar di ASWARA aku sudah berjaya hampir ke menara puncak dimana impian dan cita-cita aku hampir tercapai walaupun ada yang masih belom aku tunaikan.

Alhamdulillah..

sesungguhnya tuhan beri aku sedikit ruang untuk aku berjaya dan mencapai kejayaan dalam kehidupan aku sekarang ini. jika ada rezeki selepas tamat pengajian, aku ingin melebarkan ruangan bakat pada impian yang aku impikan dari kecil lagi.

Insyaallah..

impian yang aku simpan itu aku berdoa dengan usaha gigih akan terlaksana segalanya. aku sedar untuk menapak dalam industri seni yang kecil ini agak susah untuk aku namun ianya bukan halangan untuk aku. moga impian dan cita-cita aku tercapai satu hari nanti. Amin.

teringin mahu berduet dengan dia..

#Berdoa