KEMASKINI SESAWANG

Assalamualaikum kalian..

rasa begitu lama tidak menaip kisah-kisah hidup seharian manusia keliling aku. mungkin kerana tiada masa dan terlalu sibuk dengan projek tahun akhir menyebabkan blog ini bersawang tanpa kemaskini entrinya.

kali ini aku curi sedikit masa untuk aku bercerita tentang kehidupan lepas. setelah 3 tahun belajar di ASWARA aku sudah berjaya hampir ke menara puncak dimana impian dan cita-cita aku hampir tercapai walaupun ada yang masih belom aku tunaikan.

Alhamdulillah..

sesungguhnya tuhan beri aku sedikit ruang untuk aku berjaya dan mencapai kejayaan dalam kehidupan aku sekarang ini. jika ada rezeki selepas tamat pengajian, aku ingin melebarkan ruangan bakat pada impian yang aku impikan dari kecil lagi.

Insyaallah..

impian yang aku simpan itu aku berdoa dengan usaha gigih akan terlaksana segalanya. aku sedar untuk menapak dalam industri seni yang kecil ini agak susah untuk aku namun ianya bukan halangan untuk aku. moga impian dan cita-cita aku tercapai satu hari nanti. Amin.

teringin mahu berduet dengan dia..

#Berdoa

No comments:

Post a Comment