Shooting Trailer Bangsawan

assalamualaikum..

Rabu lepas aku bersama team Kilang Skrip Production telah selesai shooting trailer untuk bangsawan Seri Teri Buana yang akan dipentaskan bulan jun ini. 

inilah hero bangsawan 

trailer yang kami buat menggunakan green screen, nak tengok hasilnya? nantikan ye. teater bangsawan yang kami pentaskan menceritakan tentang bagaimana Singapura dibuka. bagaimana ya? mahu tahu.. perlu datang menonton.

sesi make up antara Ratu Jawa dan Permaisuri Temasik

sound check

reherseal dulu sebelum shoot.. Seri Teri Buana

aku tak tahu nak cerita apa lagi, apa-apa pon hope korang enjoy dengan cerita aku yang tak berapa best nie ok :) nanti akan aku update tentang bangsawan nie bila sudah hampir hari pementasan. pada kalian yang ingin datang boleh contact aku. akan aku beritahu semua info :)

ASWARA melangkah ke hadapan bersama tradisi :)

twitter

♥ ♥ ♥ ♥ ♥
selalunya orang bagi tiga Love,
sebab maksudnya I Love You
tetapi....
saya bagi lima ketul LOVE nie,
bermaksud..
I Love Love Love you ;)

YA memang aku sangat gembira bila Remy Ishak balas twett aku..
memang dah lama aku nak dia balas twett aku..
agaknya dia kenal ke tidak aku nie lagi kan..
hurmmmmm...

apa-apa pun,
terima kasih pada abang amad sebab sudi balas twett saya,
cukuplah denga ayat "Saya Sayang Kamu"..
saya sentiasa mendoakan abang sukses dalam karier abang,
semoga dipertemukan jodoh yang baik-baik,
dan..
semoga jumpa lagi..

wish me luck to abang..
u make me happy walaupun hanya dengan satu balasan twett saja ;)
LOVE 
PEACE

kisah hari ini untuk hari esok

assalamualaikum kalian,

malam nie aku rasa satu perasaan berbeza. kenapa ya?? pemikiran aku sering berputar memikirkan kehidupan yang bakal aku tempuh esok hari. sebagaimana yang kalian tak tahu, permulaan sem baru untuk sem 4 tahun ini adalah permulaan yang sangat sibuk. mana tidaknya, dengan kerja bengkel yang bakal shooting bulan 3 dan praktis bangsawan setiap hari termasuk hari cuti, pada sabtu pula aku mengajar budak sekolah rendah teater bersama teman. masa untuk keluarga makin kurang.. mungkin aku terlalu rindu mereka.. :'(

bersama keluarga di Lankawi ;) miss..

aku tak tahu mahu luahkan pada siapa masalah yang aku hadapi, aku mungkin nampak happy luaran namun dalaman aku memendam sesuatu yang berat. aku malas mahu berkongsi masalah bersama teman, tidak mahu di bebani oleh masalah aku pada mereka. biarlah aku saja yang tahu..

untuk pengetahuan kalian, batch aku bakal mengadakan show Bangsawan "Seri Teri Buana" yang bertempat di ASWARA tidak lama lagi. jadi aku dipilih dalam extratend untuk menari. agak susah untuk aku melenturkan badan aku yang keras untuk menari mengikut alunan lagu. aku tak berapa yakin untuk menari sebenarnya, malu.. tapi aku cuba buang perasaan ni, ada yang memerhati ketidakkeyakinan aku ini. 

terima kasih pada koreografer aku yang banyak mengajar aku step tarian, walaupun agak sukar untuk aku buat namun dengan tunjuk ajar kalian aku akan buat sehabis baik semasa show nanti. PASTI!!! aku mahu kalian dan teman aku bangga..

apa perasaan yang aku rasa kini ya?? sukar digambarkan..

biarlah sepi tanpa jawapan, biarlah pergi tanpa harapan.. aku terlalu berharap seseorang akan datang semasa show bangsawan aku nanti. kalian kenal dia, REMY ISHAK. aku terlalu mengharapkan dia datang, tapi itu cuma harapan yang tinggal harapan. huhhh..

abang amad ;)

permulaan sem yang sibuk, penambahan kerja yang semakin banyak.. aku hanya buat apa yang di beri pada aku ketika ini tanpa mengeluh, ini yang aku mahukan. aku bersyukur kerana aku masih mampu bertahan dalam bidang yang penuh propaganda ini. aku terus berdoa semoga aku terus diberi kekuatan untuk terus bertahan dalam bidang yang aku inginkan.

selamat bertemu lagi kawan-kawan.. 

assalamualaikum..

bufday syed

syed kepenatan berlari...

hari nie 17/2/2010 bufday membe aku SYED. sebenarnya masa kelas editing tadi pukul 10malam kami plan nak buat suprise kat syed, apa lagi runner kami berlari beli tepung dan telur. kami bawa syed pergi makan, lepak-lepak.. syed ada satu problem dia lepas habis kelas je mesti terus balik, tp hari nie die termakan kata-kata kami sbb kami ckp ada meeting Bengkel Produksi.

syah, amin dan aku..
aku pun kena tepong!! HAMPEH..

nak di jadikan cerita, lepas tepung dan telur sampai masing-masing blah tapi kitorg kepong syed, dua kereta kepong keliling syed dan.. jadilah dia cekodok. HAHAHA.. setiap awal tahun pembukaan untuk sesi pedajal orang mesti bermula dengan syed dulu. mana taknya die punye bufday paling awal sekali.

bersama abang awie(YASRAN).. 
lepas buat kotor, kena bersihkan ;)

itulah kisahnya, apa-apa pun HAPPY BUFDAY SYED. dah tua dah ko, harap mata ko rabunnya makin kurang. syed nie budak art dalam kelas kami ;) so hope aku doa sukses dalam hidup. amin.. 

si shahrin kepala dalam kejutan nie!! 
BESTTTTT..

bersama ain tembam ;)

menconteng melukis di Galeri Petronas

inilah hasil contengan aku ;)

aku bersama teman iaitu Nisha, Pinky, Anith, Fadh dan ajis menconteng melukis di Galeri Petronas. di sebabkan inilah kali pertama aku bersama teman menjejakkan kaki ke Galeri Petronas rasa excited sangat.. kebiasaannya pergi klcc tak pernah singgah Galeri Petronas dan tak pernah tau pun wujud, JAHIL sungguhkan.. yela selalu datang tengok movie, cuci mata, dating, mana nak tau tempat art macam nie.. hehehe..

apa-apa pun hari nie sangat best, lepas lepak kat klcc kitorang pergi karok. ala karok murah je. terima kasih pada hisham yang ambil kitorang kat klcc, nanti kita lepak lagi okeh ;)

nak tengok gambar contengan kami ;) tengok bawah...






hasil contengan kami ;)

nak lihat muka aku yang cute tak??

comel tak?? hehehe

twitter aku telah di reply oleh Adi Putra

reply twett dari Adi Putra

lebih jelas ;)

okeh aku sangat teruja bila abang Adi Putra reply twett aku, yela bagi aku dia artis popular kot. lagipun aku memang minat giler babi kat dia. Remy Ishak yang aku puja-puja tu pun tak pernah reply twett aku, Retwett pun tidokkk!!! so thanks pada abang Adi Putra sebab sudi reply twett saya ;) taktik saya menjadi ;)

so lepas nie target nak reply twett @ Retweet dari Aqasha, Aaron Aziz dan Remy Ishak. dah lama tak borak dengan abang amad. kalau abang Remy baca, saya hanya nak tahu satu jawapan je, masih kenalkah abang pada saya??saya sentiasa menyokong abang, jaga kesihatan ye dan makan banyak-banyak.. abang Remy kurus sangat :( gud luck ;)

hope kita akan berjumpa lagi ;) bahagia kejap ;)

HATI BERBISIK

lama aku berfikir,
berfikir tentang sesuatu..

hampir setahun perasaan ini pergi,
pergi di bawa angin,
entah kenapa,
angin itu muncul kembali,
perasaan ini dirasai lagi,
untuk kali keduanya,
tanpa dipinta tanpa diminta..

aku takut untuk merasai,
takut kecewa lagi..

biar ianya menjadi sebuah mimpi indah,
tanpa siapa mengetahui,
apa yang pernah aku lalui..

setiap apa yang terjadi adalah rahsia tuhan..

aku berdoa,
berdoa,
dan terus berdoa..

meminta yang baik untuk pertemuan kali kedua ini..

Teater "JETI"


semalam bersamaan 31 Jan 2012 telah berlangsung teater Ekpresi "JETI" arahan syafiq dip teater tahun II. disebabkan dia kawan aku, aku pergi menonton untuk menyokong dia. walaupun pengarahannya masih baru, namun ia tetap menghiburkan. walaupun ada masalah yang timbul semasa pementasan berlangsung, namun ia dapat di handel oleh krew teknikal. pape pon gud job syafiq.

pasal teater JETI ni berkisahkan tentang seorang perempuan yang menunggu kepulangan suaminya di JETI sedangkan suaminya sudah mati. aku tak mahu sentuh bahagian lakonan sebab aku pon tak pandai berlakon. walaupun aku belajar untuk menghandel pelakon, namun aku belajar untuk filem tak sama dengan teater.



pape pon lakonan Akhmal Nazri dan Adeeq Amelyna sangat menghiburkan. pelakon pembantu yang lain iaitu, Mie Yo, Anip Latip dan Sharifah NorDiana. mereka masih baru dalam dunia teater jadi lakonan yang fresh ini boleh dipertingkatkan lagi. Gud Luck kawan-kawan semua.

nak tengok gambar semasa pementasa, lihat bawah :-



nak tengok banyak lagi gambar??
tengok di facebook aku k :)
search: eeka azmi