assalamualaikum kalian,
malam nie aku rasa satu perasaan berbeza. kenapa ya?? pemikiran aku sering berputar memikirkan kehidupan yang bakal aku tempuh esok hari. sebagaimana yang kalian tak tahu, permulaan sem baru untuk sem 4 tahun ini adalah permulaan yang sangat sibuk. mana tidaknya, dengan kerja bengkel yang bakal shooting bulan 3 dan praktis bangsawan setiap hari termasuk hari cuti, pada sabtu pula aku mengajar budak sekolah rendah teater bersama teman. masa untuk keluarga makin kurang.. mungkin aku terlalu rindu mereka.. :'(
bersama keluarga di Lankawi ;) miss..
aku tak tahu mahu luahkan pada siapa masalah yang aku hadapi, aku mungkin nampak happy luaran namun dalaman aku memendam sesuatu yang berat. aku malas mahu berkongsi masalah bersama teman, tidak mahu di bebani oleh masalah aku pada mereka. biarlah aku saja yang tahu..
untuk pengetahuan kalian, batch aku bakal mengadakan show Bangsawan "Seri Teri Buana" yang bertempat di ASWARA tidak lama lagi. jadi aku dipilih dalam extratend untuk menari. agak susah untuk aku melenturkan badan aku yang keras untuk menari mengikut alunan lagu. aku tak berapa yakin untuk menari sebenarnya, malu.. tapi aku cuba buang perasaan ni, ada yang memerhati ketidakkeyakinan aku ini.
terima kasih pada koreografer aku yang banyak mengajar aku step tarian, walaupun agak sukar untuk aku buat namun dengan tunjuk ajar kalian aku akan buat sehabis baik semasa show nanti. PASTI!!! aku mahu kalian dan teman aku bangga..
apa perasaan yang aku rasa kini ya?? sukar digambarkan..
biarlah sepi tanpa jawapan, biarlah pergi tanpa harapan.. aku terlalu berharap seseorang akan datang semasa show bangsawan aku nanti. kalian kenal dia, REMY ISHAK. aku terlalu mengharapkan dia datang, tapi itu cuma harapan yang tinggal harapan. huhhh..
abang amad ;)
permulaan sem yang sibuk, penambahan kerja yang semakin banyak.. aku hanya buat apa yang di beri pada aku ketika ini tanpa mengeluh, ini yang aku mahukan. aku bersyukur kerana aku masih mampu bertahan dalam bidang yang penuh propaganda ini. aku terus berdoa semoga aku terus diberi kekuatan untuk terus bertahan dalam bidang yang aku inginkan.
selamat bertemu lagi kawan-kawan..
assalamualaikum..
No comments:
Post a Comment