Aku masih didepan lappy. Mencari kata-kata untuk aku adaptasikan pada kalian. Jariku yg tadi terhenti kerana ketandusan kata..menari semula. Aku mula menaip. Satu persatu idea muncul dalam fikiran ini. Hermmmm.. Dr mana aku nak mulakan ini. Aku masih mencari permulaan cerita untuk ku reka. Hah!!
Lamunan aku terhenti taktala melihat kelibat 'dia'. Aku hanya merenung manja padanya, mungkin senyuman ku hanya terukir dihati bukan dibibir kerana itu dia melihat ku pelik.
'Awak..' dia menyapa.
Aku yg mengelamun seketika tadi tergamam melihat 'dia' didepan mata. Arghhh!! Kacau.
'Awak pandang saya. Kenapa ye?' Dia bertanya.
Mungkin kerana dek pandangan aku, dia tidak selesa. Aku larikan seketika pandangan mata ini dari melihat wajahnya.
'Ermmm..awak nie ok ke tak??' Sapa nya lagi.
Mungkin melihat aku diam tanpa sebarang kata, dia melabuhkan punggungnya disebelahku. Dan aku..terkejut tidak terkata.
'Saya macam penah jumpa awak la sebelum nie'..'Tapi dimana ye' Dia seperti sedang berfikir. Dan aku hanya diam memandang kearah padang permainan yg dipenuhi kanak-kanak.
'Awak buat apa tu'..Matanya tertumpu pada sekeping lukisan ditanganku.
'Pandai awak melukis..Eh itu macam..'
Cepat-cepat aku larikan lukisan ku dari pandangan matanya. Dia yang melihat gelagatku hanya tersenyum dan aku..tersipu malu. Apa tidaknya,lukisan yanga ku lukis itu adalah wajahnya. Aku memberanikan diri memandang mukanya. Lalu menyusun ayat untuk berkata-kata.
'Maaf saya tak berniat apa-apa.Saya cuma..' Belum sempat aku berbicara sepenuhnya dia lantas bertanya 'Lama ke awak pandang saya? Sampai siap satu lukisan. Hehe' Dia ketawa manja. Arghhh!! Mahu mengejek aku la tu. Ngomelku sendirian.
Sambungnya lagi 'Kenapa awak tak tegur saya? Kalau awak tegur saya boleh la saya mengabdikan muka saya yang kacak ni untuk awak lukis. Tak perlu awak renung saya dari jauh. Hehe' Dia ketawa kuat.
Ahh lelaki ni buat aku termalu sendirian. Kalau nak mengejek aku tunggu la sehingga aku pergi dari sini. Aku yang tidak tahan melihat dia mempermainkan aku,aku bangun lantas mengorak langkah menuju ke kereta. Namun tanggan ku disambar pantas.
'Awak nak pergi mana?' Tanyanya pelik.
'Saya nak cepat ada kerja lain perlu dibuat' Aku cuba sedaya upaya melepaskan tanganku dari genggamannya. Namun dia hanya melihat gelagatku sahaja.
"iskhhhh..kuatnya genggaman dia nie. Tangan kingkong betol la" Luahan kata yang aku lepaskan dalan hatiku sahaja. Tidak terluah untuk berkata padanya.
'Awak, besok awak datang sini lagi?'
'Tak tahu lagi. Boleh tak awak lepaskan tangan saya. Sakit lah!!' Kataku agak tegas.
'Opss.. Maaf,tak perasan pula. Hehe' Dia tersengih. Meluat pula aku tengok.
'Besok kalau awak Kita jumpa lagi ye. Boleh lah awak tatap muka saya sambil melukis. Hehe' Sememangnya aku terhibur dengan kata-katanya. Aku tersenyum.
'Kalau saya takde apa-apa kerja saya datang lah'
'Okey pukul 6 petang besok saya tunggu awak dekat sini okey' Beria-ia dia mahu bertemu aku.
Aku menjawab ringkas 'Ok' Lalu aku pergi meninggalkan dia yang tersengih-sengih kegatalan,namun dia nampak comel bila buat begitu. Hehehe. Aku tersenyum sendirian.
'Awak jumpa besok' Dia menjerit kuat. Aku menoleh kebelakang, dia melambai-lambai mesra padaku. Dan aku hanya tersenyum padanya,tangan masih teragak-agak mahu membalas lambaiannya. Ermmm.. Besok jumpa lagi awak. Kataku sendirian.
Hari ini bagiku sangat indah. Sudah lama aku menanti dia menegurku dan hari ini angan-anganku menjadi nyata. Dan aku tidak sabar menanti hari esok.
Bersambung..