Jahilkah aku jika aku menyimpan perasaan ini terhadap dia,
Sedangkan dia hanya menganggap aku teman biasa,
Aku mengeluh..mengeluh..dan mengeluh..
Jika dia tahu perasaan yg ku pendam ini alangkah bebasnya aku,
Dari kencaman jiwa yg sering meronta,
Mahukan sebuah kasih sayang bernama CINTA.
Bila melihat dia jantung berdebar pantas,
Mata terpaku bila sepasang matanya memandang aku,
Ketika itu aku bagaikan hilang arah tuju,
Mungkin kerana desakan hati untuk menegurnya tidak terluah,
Apa yg aku mampu..hanya melihat dia dari kejauhan.
Jika dia sedang membaca blog ini,
Aku ingin dia mengerti yg aku benar-benar sudah terpikat dengan dirinya,
Bukan kerana rupanya,
Tapi kerana jiwa seninya yg membara,
Membuatkan aku mahu melihat kehebatannya,
Ketampanan dirinya terserlah ketika dia berbicara,
Budi bahasanya yg penuh adab sopan anak muda melayu,
Kelembutannya terpancar ketika dia berkarya.
Namun segalanya hanya mampu ku pendam,
Bukan kerana aku tidak berusaha memikatnya,
Tapi sebaliknya dia bukan tercipta untuk ku.
Aku hanya tersenyum bangga melihat kemesraan mereka,
Walau hati terluka..namun aku gagahi jua,
Dia hanya teman biasa bukan kekasih yg berasmara.
No comments:
Post a Comment