Permulaan langkahku sebagai anak seni


Permulaan langkah ku sebagai anak seni.. Satu tajuk yg sangat gempak!! mungkin. Bermula 18hb aku akan berdaftar sebagai student aswara. Yeah!! itu satu-satunya yg aku impikan. Kenapa?? Mesti ramai tertanya-tanya. Kenapa aku beria-ia sgt mahu masuk kesana. Sebagaimana yg anda semua tidak tahu, ASWARA adalah singkatan bagi Akademi Seni Kebangsaan Budaya Dan Warisan. ASWARA menawarkan course untuk mereka yg meminati bidang seni. Terdapat 6 course iaitu Penulisan, Filem & Video, Seni halus, Teater, Tari dan Muzik. Dan aku terpilih dalam kategori Filem & Video. Mungkin ia satu langkah aku untuk mengapai impian aku untuk bergelar RAJA FILEM dan sekali gus merangkul nama sebagai PENGARAH MUDA. Aku mengharapkan sokongan kalian semua untuk aku maju dalam bidang ini :))

Inilah lambang ASWARA. aswara dihatiku!!

No comments:

Post a Comment