PENANTIAN




The Making Of "PENANTIAN"

pada hari sabtu yang lepas, aku bersama team Penantian production telah menjalani pengambaran di stesen komuter RASA untuk shooting shortfilm irfan yang di beri tajuk "PENANTIAN". cerita nie berkisahkan tentang adik beradik kembar, aku pun tak berapa nak tahu sangat cerita nie. aku hanya menjalankan tugas aku saja sebagai budak the making of..

hari pertama shooting, 24jam berkerja. mana tidaknya.. calltime pukul 6pagi habis shoot pukul 6pagi. memang 24jam berkerja. PeTA punya pasal. apa tu PeTA?? PeTA tu Penilaian Tahun Akhir bagi pelajar yang dah nak graduate kat ASWARA. jadi memang boleh gila la time PeTA nie.. :)

lepas stesen komuter kami pergi ke Hospital Ukay Perdana. hospital yang biasa drama atau filem buat. kesian krew kepenatan. esoknya calltime kami pukul 4petang, shoot di ASWARA je. kesian aku tengok dorang. tahun depan giliran aku pulak.. macam mana rasanya ye. doakan aku ye kawan-kawan :)


gambar yang ditangkap semasa shooting
hope korang enjoy...
bye3...

GEMERSIK KALBU


Korang tengok tak gemersik kalbu? konfirm mana-mana perempuan yang kat luar sana tak lepas tengok cerita nie kan, apa taknya BEST GILER KOT!!!! lagipun cerita nie ADAPTASI dari novel GEMERSIK KALBU ditulis oleh Anis Ayuni. novel dah best inikan pula bila di visualkan, bagi aku jalan cerita padat. konflik cukup bagus, yelah bila nak visualkan kena terangkan pada penonton dengan lebih details kalau tak banyak yang berkomen-komen kan.. HEHEHE.. apa-apa pun Hero dan Heroin cerita nie memainkan peranan yang sangat bagus. Gud job. sumpah aku terhibur dengan telatah Aqasha. jatuh cinta ;) BEST!!!

p/s: aku nak sangat lelaki macam Sufian :)

 Hero Gemersik Kalbu
dia sangat kacak dan sweet dimata saya
orang yang aku suka macam dia..
bila pandang Aqasha teringat dia..
;)

Hero dan Heroin Gemersik Kalbu
sumpah sweet!!!!!

Andai kau tahu

malam nie aku rindu pada seseorang..
tapi..
entah siapa..

:(
aku mencari dalam gelap malam,
meraba dalam kesunyian,
menangis dalam tidur yang panjang..

dulu aku pernah menyimpan perasaan pada dia,
dia hormat aku,
aku respek dia..

namun..

dia semakin jauh,
jauh..jauh.. dan terus menjauh..
entah kenapa hati aku juga sudah jauh..

setelah hampir setahun melupakan dia,
aku jatuh cinta semula,
pada dirnya yang sudah berpunya,
yang semakin bahagia...

aku pasrah,
bukan mengalah..

aku tahu cinta itu bukan milik aku,
namun aku pinta satu,
semoga dia takkan melupakan aku..
pemberian aku..
perasaan aku..

bila lihat ada yang seiras dia,
aku jadi rindu,
teringat kembali kisah kami..

berkawan lebih baik dari bercinta..
aku tetap rasa dia masih di hati aku..
cuma..

....................... :'(
jika dia jodoh aku insyaallah kami pasti bersama,
aku terus berdoa dan terus berdoa...

aku tetap sayang pada kau ****

Assalamualaikum :)


Obsesiku dari Aqasha

First time dengar lagu nie, macam entah pape. dua kali dengar seronok pula, sweet je :) Lagu ini aku adaptasikan menjadi filem pendek untuk kelas Bengkel Produksi II. aku buat satu cerita romantik komedi, jarang aku buat cerita berunsurkan komedi, sebab aku bukan penggemar cerita komedi. kebanyakkan cerita yang aku buat dulu lebih fokus pada romantik yang serius dan islamic. namun aku cabarkan diri untuk buat sesuatu yang berbeza dari selalu. YA memang cerita aku nampak klise, tapi itu saja yang aku mampu buat. ramai kawan kata cerita aku klise dah biasa orang buat, ada juga yang menyumbang idea. namun itu bukan menjatuhkan semangat aku, aku lagi lebih berusaha supaya cerita ini nampak cantik dan tersusun. susah nak buat cerita ala-ala drama dalam masa 10minit.. tapi i do my best k. Rabu nie picthing idea depan En Dzul :) wish me luck k. Hope cerita aku terpilih dari 20 cerita yang akan picthing nanti.

*****************************************
Matamu bibirmu
pipimu dan juga senyummu
membuat aku lebur
hanyut di dalam ghairah
kernamu

Tubuhmy harummu hatimu
OH semua aku mahu

inginku gigit-gigit cuping telinga kecilmu
luahkan perasaanku
dan membisikkan aku cinta kamu

Hadiahkan asmara di setiap pagi harimu
dengan harapan agar kau tahu
semoga kau tahu.. ku gilakan mu

Auramu pujuk rayu hatiku
sering bergoncang jiwa ini
siang malamku gundah
tiada melihat wajahmu
ku rindu

*****************************************


Ombak rindu - Harris Idola Kecil 3

sedap gak budak nie punya suara, suara dah pecah. besalah dah besarkan.. :) bila aku dengar lagu nie aku mesti ingat seseorang. dia macam biskut, kejapa ada, kejap takde. sampai sekarang aku tak tahu apa yang di lakukan, apa perkembangan terbaru dia.. ermmm... tapi aku sentiasa doakan dia kekal bahagia dan sukses dalam bidang yang di ceburinya.

*****************************************

Jika malam masih lena,
masih ada mata terbuka,
mencari di mana bulan bertapa,
mengira bintang setia mendampingi bulan yang leka..

angin malam menghembus lembut di pipi,
terasa hembusan nafas menusup masuk ke liang roma,
terasa ada belaian pada badan,
menunggu sesorang datang,
dalam kelam malam,
disaksikan bintang kisah cinta melakar lena yang panjang.

Jika dulu dia menghilang,
kini muncul membawa perkabaran,
hanya senyuman yang mampu aku berikan,
pada kisah cinta yang semakin renggang,
tiada lagi sayang pada ruangan hati yang makin menghilang.

*****************************************

selamat bertemu. SELAMAT TAHUN BARU

Hye kalian,

lama sungguh aku tak berblog, hampir berbulan-bulan..
ermmmm....
aku tak tahu hendak menulis apa,
masih sama kehidupan aku seperti dulu..
cuma kehidupan kali ini penuh kesibukkan mengejar impian..

pada kalian yang sudi baca blog aku,
aku ucapkan terima kasih,

pada kalian yang bertanya bila blog mahu di update,
maaf buat kalian tertunggu-tunggu..

aku masih tiada cerita mahu di kongsikan...
apa pun aku sekarang aku sedang bersungguh-sungguh untuk menyiapkan 2 cerita..
filem pendek dan skrip filem..

aku cuma mahu kalian doakan aku sukses selalu...
jika ada cerita akan aku sampaikan buat tatapan kalian :)

Jumpa lagi kalian semua....

sebelum aku lupa : 
sama-sama sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah Izwan Pilus yang baru meninggal dunia 2 hari lepas. semoga rohnya di tempatkan di golongan orang-orang beriman. amin...