sambutan bufday ain dan bola sepak

kisah ini tentang semalam (28/7/201)

BUFDAY AIN CHELSEA

semalam adalah hari lahir kawan aku, ain chelsea atau nama sebenarnya ain fatini. malam hari lahirnya, kami satu rumah sudah awal-awal wish. malam tu ain dapat call free, habis semua member-member dia call termasuklah si erul. memang teruja la bila bercakap dengan erul, yelah si erul nie kuat bercakap, macam-macam topik kitorg borak. aishhh.. lama tak jumpa dia sejak dia masuk AF9 dulu. alhamdulillah dia masih kenal kami lagi, kalau dia tak kenal memang kena sekeh r dengan aku. :)

malam tu juga si shahrin call aku bagitau plan nak kenakan si ain nie. dia soh aku bawa baju spare untuk ain, macam biasa la ada acara yang dirancang. pagi tu, aku dengan gopoh-gopoh masukkan baju ain dalam beg, kata aku.. aku nak balik klang, padahal dalam beg plastik tu baju dia, bukan baju aku. dia tertipu disitu.. HAHAHAHA...

selepas kelas bangsawan, kami mulakan plan. kek dah beli, share duit 1 kelas. masa kami tengah meeting KSP(kilang skrip production)  amin dengan syed keluar kelas ambil kek. habis meeting, apa lagi kek dibawa masuk.. ain meniup dengan hajat dia akan KURUS tetapi.... korang rasa apa??

ain telah dibaling tepung dengan banyaknya.. habis satu badan dia penuh tepung!!

HAHAHAHAHA.. aku pun join r, tapi aku pun kena baling gak. MENCIK!!! haha.. kelas kotor, si shahrin dengan syed kemas. 

-inilah kek yg dibeli oleh kami-
-selamat hari jadi ain-

lepas sambut bufday ain kat aswara, kami satu kelas gerak ke dataran merdeka untuk menyaksikkan bola MALAYSIA vs SINGAPORE. time tu ramai giler orang kat dataran, memang semuanya bersemangat. siapa lagi kalau bukan kita yang sokong harimau malaya!!

walaupun harimau malaya kalah ditangan singapore, tapi pada aku harimau malaya dah buat yang terbaik untuk game nie. harimau malaya perlu memasang strategi baru untuk game akan datang. semoga harimau malaya sukses!! GO HARIMAU MALAYA BOLEH!!!

firstday study seronok tapi ada palatnya

mula sudah minggu pembelajaran di aswara :)

pagi-pagi lagi aku bersama teman serumah (edd, nisha, ain, ummi, asean, nad) awal-awal lagi sudah ke aswara. kelas sudah bermula walaupun hari pertama. first kelas bangsawan I dengan cik rosman. first kelas dah ada note, ermmmm... cepat sangat belajar lorh. hehe!

tak kisah la tu..

aku sebenarnya agak bengang masa time lunch. mana taknya aku dan nisha dapat tempat duduk lepastu ada pulak junior kerek macam palat terus duduk dekat meja kitorg. agak-agak r der, junior tak respect senior ke? BABI!!!! dah la gemok, aku memang hot.

lantak ko la, memang aku tak akan respect ko!!

fuhhh..fuhhhh..fuhhhh... relax eeka!! firstday dah spoil kan mood aku. HUH!! dah la malas nak cakap pasal benda bongok nie! 

firstday yang mengembirakan sebab dapat jumpa kawan-kawan :)

entri kali ini lebih serius

ENTRI INI BERKENAAN AARON AZIZ

entri kali nie aku mahu berkisah tentang aaron aziz yang telah mengejarkan umrah bersama isterinya diana halik baru-baru ini. dari sumber aaron aziz fan mania - "‎# alhamdulillah..aaron n wife telah selamat sampai..:)"

aaron bersama isterinya ketika melakukan umrah

aaron aziz sudah selamat sampai dari mengejarkan umrah. alhamdulillah, akhirnya dapat juga aaron bersama isterinya melakukan umrah setelah berapa lama dorang rancang. capai juga hajat aaron untuk melakukan umrah. :)

aaron dan isteri selamat pulang

*korang perasan tak, aaron aziz nie suke giler pakai topi kan. i loike!!!! die nampak kacak bila bertopi.

lari topik kejap :)

habit aaron ketika belakon :

*korang perasan tak ketika aaron aziz belakon, dia ada satu habit masa belakon dia akan buat. APA DIA!!!!! masa belakon dia gemar genggam tangan kiri atau kanan die dan ramas-ramas. itu apa yang aku perhatikan. cuba korang tengok betol-betol korang akan nampak :)

kembali ke sekolah

i'm SENIOR now!!!
student 2nd year filem & video

pada junior filem & video aku harap korang boleh NGAM dengan aku.
aku harap kita boleh berkerjasama!!

aku tak KEREK!!
aku tak SOMBONG!!
aku ROCK!!

"kenal dulu baru tahu siapa aku :)"

♥ ASWARA

BUT

managment.. erk!! NO KOMEN -,-

-WELCOME BACK TO ART SCHOOL-
i'm xcited!!

♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥


kenapa sekarang ni profile pic facebook aku gambar mamat nie?!!
mana perginya REMY ISHAK dan aaron aziz??

die nie hero aku yang ke3 , iaitu shah iskandar.

♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ 
♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ 

majlis nikah along ida

 inilah pelamin akad nikah along ida..

kalau korang nak tahu pelamin nie bukan untuk bersanding ye, tapi untuk majlis nikah SAHAJA. nikah pun ada pelamin tau, memang class giler along ida. yela sekali seumur hidupkan so semua majlis nak nampak GLAM. :) kalau korang nak tahu majlis bersanding buat selepas raya, so nie dah kira besar-besaran lah majlis akad nikah, siap pelamin belum lagi majlis bersanding.

aku nak kongsi gamba dengan korang. enjoy k..
photographer & edit : eeka azmi :)



gambar along ida dengan suami dia.. :)
harap kekal selamya.. aminnnnnn....

inilah barang hantaran belah laki dan perempuan..
*psttt.. banyak hantaran sebenarnya, nie je yang aku dapat tangkap..

*barang mahal dowh. CEMBURU aku. hehe..

cantik kan hantaran berbentuk rumah sebijik.
dapat hantaran rumah, memang menangis wooooo..

*hantaran nie dibuat masa malam sebelum akad nikah.

yang ini pulak anak buah aku, anak abang fie..
sebelah tu adik aku..(muka bosan layan dhani) :)
namanya ARDHANI aka dhanie..

*kalau korang nak tau budak ni baru umur 2tahun, tapi tak reti duduk diam, asyik membebel pastu lasak giler. dia nie klon mia sarah la. filem sekali lagi lakonan mia sarah semua dia tiru bulat-bulat. paling aku suka bila dia buat mimik muka dan ayat mia dalam filem sekali lagi "lepaskan dia..."

 *nie jelah gambar yang aku boleh aku tunjuk..
*malas nak upload banyak-banyak.. hehe (pemalas!!)

aku nak kongsi cerita masa akad nikah, paklong aku akad nikah untuk anak dia. masa pak long aku cakap "aku nikah kan di kau dengan anak aku roskhalida bt roslan dengan mas kahwin...." paklong aku agak tergagap-gagap masa lafaz nikah tu sebab paklong aku sebak. jatuh air mata seorang ayah. aku yang dengar pun turut menangis(aku tak boleh tengok orang nangis, bukan cewek k).. tapi yang aku pelik, along ida steady je. tahan nangis kot.. hehe..

paklong aku kata dia sedih sebab 36tahun besarkan along ida, lepastu kena lepaskan kat seorang lelaki yang akan jaga dia, suami dia. sebab tu dia sedih. time aku macam mana pulak kan. aishhhh.. sob..sob..sob..

lepas majlis nie, kami semua layan bola. harimau malaya lawan liverpool. riuh rendah satu rumah macam kat stadium. hope korang enjoy.. baiiiiiii...

6-3 harimau malaya VS liverpool

"hari nie mahu bercerita tentang bola. boleh?..."

petang tadi harimau malaya lawan liverpool, game yang menarik dan aku tengok pemain malaysia sangat bersungguh-sungguh untuk memboloskan bola dalam gawang pasukan lawan. walaupun malaysia kalah 6-3 tapi pada aku malaysia dah berusaha, bukan senang nak lawan dengan pemain profesional kan. cara mainan dorang lagi advance dari kita.

tadi majlis akad nikah along ida(kakak sedara aku), habis majlis kami berkumpul untuk tengok bola. suasana memang riuh rendah tapi seronok. yelah bukan selalu dapat kumpul ramai-ramai dengan saudara mara macam nie. sampai nak pecah anak tekak kami menjerit bila gol. 

*tekak aku perit dan sakit sekarang akibat menjerit :)

game hari nie memang puas hati tengok berbanding game malaysia lawan arsenal. game hari tu, semangat tak macam game harini. yelah mungkin pasukan malaysia masih gemuruh time tu, mana taknya lawan pasukan antarabangsa kot. mana tak gemuruh....

alhamdulillah, kali nie malaysia mampu membolos gawang liverpool 3kali. itu sudah memberi kesan pada kita penyokong malaysia. pasukan malaysia pun dah makin kuat. mana tahu satu hari nanti pasukan malaysia akan masuk piala dunia. amin..

*tak sabar nak tunggu malaysia lawan chelsea dan singapura!! saksikkan...

da best wall post :)

macam selalu aku bila aku bukak fb mesti aku akan baca wall post kawan-kawan aku. maklumlah macam-macam ragam kawan-kawan aku. semuanya banyak yang beremosi. haha. bila aku baca wall post kat fb nie, buat aku senyum sorang-sorang. mana taknya ada tu tulis mengarut-ngarut, ada pulak yang post pasal cinta. kelas ko maria. haha..

masa tengah aku baca wall post dorang, aku tertarik dengan wall post kak elin. wall post dia buat aku tersenyum dan berangan sekejap. nak tau apa dia tulis..

 WALL POST KAK ELIN :
Boy : I wanna be a superhero, guess my name. 
Girl : superman? batman? ironman? 
Boy : *smile* No...Yourman.." 
bila aku baca wall post nie, aku suka giler. yela aku kan berjiwa cinta. apa saja bab cinta, ayat-ayat cinta aku mesti akan suka. indah bahasanya. 
sweet kan...... :) 

*sape yang tak suka jangan banyak bunyi. DIAM!!!

malaysia VS arsenal

pada peminat-peminat bola sepak tanah air, korang mesti tak sabar nak tunggu malam nie kan. mana taknye malam nie LIVE perlawanan MALAYSIA lawan ARSENAL.


aku nie bukannya peminat bola sangat, tapi bila team bola sepak luar negara datang nak lawan dengan malaysia aku jadi teruja. malaysia bakal menentang pasukan bola sepak terkenal ARSENAL, CHELSEA dan LIVERPOOL. walawehhh.. memang nama-nama besar.

malam nie seluruh rakyat malaysia akan menyaksikkan perlawanan antara malaysia dan arsenal. korang rasa-rasa siapa akan menang? tunggu dan lihat..

"MALAYSIA BOLEH!!!"

apa-apa pun aku mendoakan semoga pasukan harimau malaya ni akan menang walaupun seri. walaupun hanya perlawanan persahabatan tapi aku harap  perlawanan nie sehebat macam liga preimere. hehe. GO GO GO MALAYSIA..

SUPERHERO

okeh macam yang korang tau aku nie peminat setia REMY ISHAK kan, tapi asal tetibe aku letak gambar mamat nie eron aziz. ermmmmm.. sejak aku tengok dia berlakon dan sejak nama dia makin disebut-sebut, aku mula jatuh minat pada eron aziz nie. kira die 2nd hero aku la selain remy ishak. 

siapakah superhero korang?

jawapan aku:

  1. my abah la. superhero sejak 23tahun yang lepas. luv u abah azmi.
  2. jatuh no 2, si remy ishak la. walaupun dia hitam legam tapi bagi aku dia menawan, cool. luv u abang amad.
  3. ala ketiga mesti korang tau siapa lagi, mamat kat gambar atas nie la, eron aziz. minat separuh mati muka dan badan dia. hehe. hensem siotttt!!!
  4. yang ke 4 belom ada lagi.. mayb hero aku bakal suami aku kot.. haha. tettttttt..
*merepek disiang hari sambil makan kerepek.

hebatkah syafiq yusof?


hari nie aku nak cerita pasal anak pengarah filem yang dikenali iaitu syafiq yusof. apa yang best sangat dengan mamat ni erk? macam yang korang dah tau anak bongsu yusof haslam nie akan direct future film iaitu SAM(saya amat mencintaimu). dia nie baru berumur 19tahun dan study kat KLMU dalam bidang broadcasting & film. 

aishhhh.. muda-muda lagi dah direct future film. AKU JELESH dowh!!!

takpe-takpe maybe belum masa aku lagi. yelah dia ni pun dibesarkan dalam keluarga orang filem, jadi tak mustahil lah dia mampu direct film di awal usia muda ni kan. hope filem dia sebagus filem abang dia, syamsul yusof.

apa-apa pun kita tunggu jela filem pengarah muda ni keluar ye. aku tak sabar nak tengok filem yang diarahkan oleh budak muda nie. cayalah, muda-muda dah dapat title pengarah. bila turn aku pulak eh... aishhhhh.. 

filem yang syafiq arahkan nie berkonsep pycho triller. filem nie dibarisi artis-artis hebat iaitu shaheizy sam, lisa surihani, syamsul yusof, azad jazmin, nasir bilal khan, neelofa, lydiawati dan ramai lagi. filem nie akan start shooting pada 8julai iaitu semalam. so aku harap pengarah muda nie mampu mengarah dengan baik dan lancar.

sinopsis SAM :

Filem ini mengisahkan tentang Sam, seorang lelaki yang bekerja di sebuah syarikat percetakan. Sam bercinta dengan seorang gadis bernama Lisa yang juga rakan sekerjanya. Pelbagai peristiwa manis dan lucu berlaku dalam kisah cinta mereka.

Konflik bermula apabila Lisa sering diganggu oleh Haikal yang menimbulkan pergaduhan di antara Sam dan Haikal. Malah, Sam  turut diganggu oleh kelibat lelaki misteri yang selalu mengganggu dirinya. Sehingga ke satu tahap, Sam dan Lisa diculik oleh lelaki misteri tersebut.

Dalam masa yang sama, muncul seorang lelaki kacak (Jefri) juga menaruh hati pada Lisa.

Persoalannya, adakah mereka terselamat? Dan yang paling penting sekali…siapakah penculik itu?

Segala-galanya bakal terjawab dalam“SAM” sebuah filem cinta bercorak psycho thriller dari pengarah muda Syafiq Yusof.

TUNGGU YOLAH TAYANGAN NYOOOO...

mimpi dan kawan

pagi-pagi ni bila aku bangun je aku senyum je. rasa bahagia je.. kenapa??

ini aku hanya ingin berkongsi rasa dan ia khayalan semata-mata. harap korang tak kata aku anoying lak ye..

malam tadi aku mimpi seseorang, aku tak tahu siapa. tapi dari bentuk tubuh dia, pergerakkan dia macam aku kenal tapi aku ragu-ragu. kan hanya mimpi so ia mainan tido je kan. aku mimpi seseorang yang boleh buat aku bahagia walau seketika. sampai sekarang aku masih senyum mengingati balik mimpi malam tadi. aishhhh... :)

****************************

sudah sebulan cuti semester, tinggal lagi sebulan saja mahu masuk belajar balik. rasa tak sabar untuk kembali belajar, berjumpa teman-teman. sangat rindukan kalian semua..

RiNDu kOrAng SeMua!!!!