hebatkah syafiq yusof?


hari nie aku nak cerita pasal anak pengarah filem yang dikenali iaitu syafiq yusof. apa yang best sangat dengan mamat ni erk? macam yang korang dah tau anak bongsu yusof haslam nie akan direct future film iaitu SAM(saya amat mencintaimu). dia nie baru berumur 19tahun dan study kat KLMU dalam bidang broadcasting & film. 

aishhhh.. muda-muda lagi dah direct future film. AKU JELESH dowh!!!

takpe-takpe maybe belum masa aku lagi. yelah dia ni pun dibesarkan dalam keluarga orang filem, jadi tak mustahil lah dia mampu direct film di awal usia muda ni kan. hope filem dia sebagus filem abang dia, syamsul yusof.

apa-apa pun kita tunggu jela filem pengarah muda ni keluar ye. aku tak sabar nak tengok filem yang diarahkan oleh budak muda nie. cayalah, muda-muda dah dapat title pengarah. bila turn aku pulak eh... aishhhhh.. 

filem yang syafiq arahkan nie berkonsep pycho triller. filem nie dibarisi artis-artis hebat iaitu shaheizy sam, lisa surihani, syamsul yusof, azad jazmin, nasir bilal khan, neelofa, lydiawati dan ramai lagi. filem nie akan start shooting pada 8julai iaitu semalam. so aku harap pengarah muda nie mampu mengarah dengan baik dan lancar.

sinopsis SAM :

Filem ini mengisahkan tentang Sam, seorang lelaki yang bekerja di sebuah syarikat percetakan. Sam bercinta dengan seorang gadis bernama Lisa yang juga rakan sekerjanya. Pelbagai peristiwa manis dan lucu berlaku dalam kisah cinta mereka.

Konflik bermula apabila Lisa sering diganggu oleh Haikal yang menimbulkan pergaduhan di antara Sam dan Haikal. Malah, Sam  turut diganggu oleh kelibat lelaki misteri yang selalu mengganggu dirinya. Sehingga ke satu tahap, Sam dan Lisa diculik oleh lelaki misteri tersebut.

Dalam masa yang sama, muncul seorang lelaki kacak (Jefri) juga menaruh hati pada Lisa.

Persoalannya, adakah mereka terselamat? Dan yang paling penting sekali…siapakah penculik itu?

Segala-galanya bakal terjawab dalam“SAM” sebuah filem cinta bercorak psycho thriller dari pengarah muda Syafiq Yusof.

TUNGGU YOLAH TAYANGAN NYOOOO...

No comments:

Post a Comment