6-3 harimau malaya VS liverpool

"hari nie mahu bercerita tentang bola. boleh?..."

petang tadi harimau malaya lawan liverpool, game yang menarik dan aku tengok pemain malaysia sangat bersungguh-sungguh untuk memboloskan bola dalam gawang pasukan lawan. walaupun malaysia kalah 6-3 tapi pada aku malaysia dah berusaha, bukan senang nak lawan dengan pemain profesional kan. cara mainan dorang lagi advance dari kita.

tadi majlis akad nikah along ida(kakak sedara aku), habis majlis kami berkumpul untuk tengok bola. suasana memang riuh rendah tapi seronok. yelah bukan selalu dapat kumpul ramai-ramai dengan saudara mara macam nie. sampai nak pecah anak tekak kami menjerit bila gol. 

*tekak aku perit dan sakit sekarang akibat menjerit :)

game hari nie memang puas hati tengok berbanding game malaysia lawan arsenal. game hari tu, semangat tak macam game harini. yelah mungkin pasukan malaysia masih gemuruh time tu, mana taknya lawan pasukan antarabangsa kot. mana tak gemuruh....

alhamdulillah, kali nie malaysia mampu membolos gawang liverpool 3kali. itu sudah memberi kesan pada kita penyokong malaysia. pasukan malaysia pun dah makin kuat. mana tahu satu hari nanti pasukan malaysia akan masuk piala dunia. amin..

*tak sabar nak tunggu malaysia lawan chelsea dan singapura!! saksikkan...

No comments:

Post a Comment