babe..

Jiwa masih sama..
Hati masih setia..
Jantung bedebar sentiasa..
Melihat kehadiran dia aku tidak berkata apa.


Aku teruskan jua usaha,
Untuk mendekati dia,
Dalam diam aku bercanda..
Ingin aku susuri lautan jiwanya,
Yg penuh misteri.

casting teater musical

Tadi aku pergi casting teater musical untuk PeTA senior degree teater. Aku tak mengharap pun aku terpilih, tapi bagi aku ini lah peluang aku untuk cuba benda baru. Walau aku student filem, tapi jiwa aku more kepada teater. Teater ini adalah satu jiwa yang akan di luahkan melalui setiap watak yg diterima. Hope aku terpilih nanti walaupun hanya watak sampingan. Doakan aku ye kawan-kawan.

sampaikan salam

Angin aku benar-benar ingin memilikinya,
Awan aku ingin memluk dirinya,
Pantai aku masih setia menunggu cintanya,
Pasir aku bagai terpukau melihat senyumannya..

Jika benar ini dinamakan cinta,
Aku rela berjuang demi sebuah jiwa,
Yang sudah lama aku matikan..

Angin yg sentiasa berlalu pergi,
Khabarkan pada dirinya yang aku benar-benar rindukannya,
Ingin sentiasa berada disampingnya,
Selalu di depan matanya..

Awan yag sering berarak pergi meninggalkan aku,
bawalah kasih ini pergi,
Utuskan padanya.. yang aku benar-benar kasihkan dirinya,
Sentiasa memikirkan dia.

Pantai yang setia menunggu ombak,
Layarkan coretan ini padanya,
Inginku nyatakan pada dia.. aku setia menunggu cintannya,
Walau ku tahu ia hanya angan-angan belaka..

Pasir kau halus bagaikan cintaku,
Yg sentiasa memberi kehalusan pada jiwa,
Untuk aku serahkan pada dirinya..

kau...

Langkah demi langkah ku atur,
Penuh dengan keazaman yang tegar,
Namun masih ada badai yang melanda,
Aku biarkan saja..
Kerna ku tahu ia pasti pergi jua,
Tanpa aku paksa.. dan aku masih berusaha,
Demi menjadi sebuah cerita bahagia,
Dimana aku sudah memiliki hati dan jiwa dia..

Jogging

Dah 2 ari aku jogging. Pagi nie aku jogging dengan abey & hafiz. Mula-mula nak jogging keliling aswara je, tapi memandangkan mood bagus hari ni.. kitorg jogging kat tasik perdana. Suasana masa tu, tenang je. Dikelilingi pokok-pokok, bunyi cengkerik.. aman damai je. Lagipun Tasik Perdana dekat je dengan aswara. dalam 5minit je leh sampai. hehe. Bila dah jogging nie, rasa segar & puas la. Mana tak nye, lari 1 tasik tu. Giler penat!! tapi dalam penat tu badan sihat. :) Aku pun sekarang nie nak diet & kuruskan badan lagi 1 kuruskan pipi. Pipi aku tembam GILER!! Segan.. So apa yg penting, amalkan hidup yg sihat dan control apabila mahu makan. ahaha!! ok itu je. FULSTOP.

KERTAS


Kelas asas lakon tadi aku kena terangkan tentang 'kertas'. Pada korang apa yg ada pd kertas ye. Ramai terkejut bila aku katakan pada mereka kertas ini aku bagi pada seseorang yg pada ketika itu aku ingin memilikinya. Hahaha!! Cerita ini aku reka semata-mata. Aku cerita pada mereka, kerana kertas ini lah cinta kami bersatu. Ada apa dengan kertas kosong??!! Pada aku, aku bagi kertas kosong bersebab. Sebab ketika aku bagi kertas itu pada seseorg yg aku minati, aku ingin die tahu suatu hari nanti kertas ini akan di isi dengan coretan cinta kami. Ketika itu kertas yg kosong akan bertukar menjadi kertas berwarna-warni. mungkin bagi mereka kertas yg kosong itu tetap kosong, tapi pada aku.. kertas yg kosong itu harus di lihat melalui mata hati. Dari situ kita boleh melihat kertas itu berwarna-warni.. Renungkan la..

donno!!

Malam nie mood aku macam dah dibawa lari. Aku tak tahu sebab apa. Pelbagai rasa aku alami sekarang nie. Aku rasa macam aku kejar benda yg tak pasti. Aku bukan putus asa, tapi aku.. Entah lah. Apa perlu aku lakukan YA ALLAH. Diri ini bagai hilang semangat, bagai hilang kekuatan untuk menempuhi hari-hari mendatang. Namun walau macam mana pun, apa yg aku ingini aku akan pastikan aku miliknya suatu hari nanti. Aku ingin genggam sekeping hati yg ikhlas dan suci. Ketika itu aku tak kan biarkan ia pergi lagi jauh dari hidup ini. Aku perlu teruskan perjalanan hidup demi mencapai apa yg aku hajati. Aku tunggu saat itu datang padaku..

 
angin sampaikan rinduku padanya..

Back to ASWARA!! Yahoo!!

Harini aku akan kembali ke jiwa aku,
Dimana telah aku serahkan segalanya disini,
Aku ingin capai apa yang aku impi,
Cinta pada dunia seni tak berbelah bagi..
Aku mahu dilahirkan sebagai anak seni,
Yang mampu memartabatkan dunia seni melayu,
Maju kehadapan..
Aku melangkah masuk kembali ke sini,
Dengan harapan yang pasti..

hari paling indah

Senyum lebar aku petang ni. Sebab apa?? Hahaha!! Sebab rahsia. Tapi seronok jugak kan bila orang buli kita dengan benda karut-karut. Aishhh.. Seronok tak tahu nak cakap. Kelakar pun ada. Macam mana lah leh KANTOI!! Hahaha!! Tapi itu kan hanya mainan semata-mata. Aku tak amik serius pun. Hahaha!! Dah la asyik gelak je.

Kawan VS Raya

Aku melihat ke depan..
Tiada lagi teman.. 
Entah kenapa hati ini terasa di pinggirkan,
Kawan yang dulunya teman rapat..
Kini.. Tiada lagi kata-kata semangat,
Sebaliknya hanya kata-kata dusta,
Yg membuatkan aku terasa bahangnya.

Mereka tidak mengerti mengapa aku ke sini,
Mereka menghina,mengutuk..
Aku hanya diam kan saja,
Tidak mahu mereka terasa..
Tapi hati yang luka..dimana ubatnya??
Aku merintih saban minggu..
Mengenangkan apa yang berlaku..

Ermmm.. Teman..
Raya nie kamu semua tak bertandang ke rumah aku..
Mengapa??
Beraya pun tak ajak..
Malah korang semua beralasan sibuk dengan urusan masing-masing.
Tapi aku tahu.. kenapa semua ini terjadi..
Kerana aku sudah bergelar insan seni..
Korang benci pada seni..
Kita tak sehaluan lagi..
Aku pergi dulu teman-teman..

1 Syawal

     Hujan rintik-rintik membuatkan aku lena tido. Keadaan yg sejuk menyebabkan aku terlajak tido hingga ke tinggi hari. Yelah harini Hari Raya, so kena la bangun awal kan. Jam masih menunjukkan pukul 7pagi. Bagi keluarga aku terlalu lewat untuk bangun di waktu sebegini. Mana taknye nak g smayang raya takut x sempat. Mandi punya siap, punya tepek bedak.. Aku dh cantek berbaju kurung maroon. Bagaikan perempuan melayu terakhir. Hahaha!! Perasan.. 

     Lepas je habis makan pagi, aku serta keluarga aku bersiap untuk ke masjid menunaikan smayang raya. Nak dijadikan kisah, malam tadi aku tido lewat. so bila bangun awal mata ngantok ya amat sangat la kan.. Bila kat masjid, tgh dgr khutbah.. aku leh tertido. Tersenguk-senguk aku. Adoii.. Ngantok punya pasal. Hehe!!

     So lepas smayang raya, kitorg 1 keluarga bermaaf-maafan. Macam biasa aku control nangis la kan. Mana taknye tiap-tiap raya je aku mesti nak nangis. Aku sensitif orangnya. Hehehe!! Pastu mula la sesi bergambar, Klik .. Klik.. Klik.. :)

     Lepas tamat segala sesi dirumah, aku serta keluarga aku bertolak ke rumah nenek aku. Aku dah takde atok & nenek. Sedihkan bila tak dpt bermesra dgn atok & nenek. Tapi takpe.. Aku redha. Moga arwah atok & wan ditempatkan digolongan org yg beriman. Amin.. Ok2.. Stop citer sedih nie.. Sambung citer gembira.. Hehehe!! Sampai je kat rumah nenek aku, ramai la sedara mara aku dah berkumpul. So bermaaf-maafan la sesama kami semua. 

     Aku ingatkan aku dah tak dapat duit raya, tapi dapat jugak. Alhamdulillah.. Rezeki aku kan. Hehehe!! Suka aku tau. Tapi biarlah banyak mana pun duit raya yg aku dapat, kemeriahan raya tak dapat ku rasakan. Kenapa eh!! Entah la.. Ermmm.. :(

     Takpe-takpe, kita lupakan kisah tu. Bila dah raya nie banyak la makanan kan. Perut aku nie dah berapa kali sakit, jamban jela jd mangsa aku. Mana taknye.. Melantak macam-macam samapi kembung perut. Aishhh.. Dugaan betol la raya nie. Makanan sedap-sedap belaka. Tak larat nak menghabiskannya. Huhuhu!! Tapi aku puas sebab aku dah berjaya menunaikan bulan ramadhan dengan jayanya. So pasni.. pikir pasal esement lak!! Adoiiii.. Tatata semua..

     Esement ouh esement.. adoiiii...

Raya.. Rindu..

Apa pengertian raya pada aku??
Kali ini aku benar-benar tidak merasa keindahan "Aidilfitri"..
Ermmm... Entah lah!!
Aku serabut memikirkan itu ini,
Sehinggakan raya aku berlalu tanpa kesedaran..
Hati aku terbang jauh memikirkan DIA..
Namun aku tahu, dia hanya ilusi fantasi aku saja..
Tiada kata dua.. Dia hanya khayalan semata-mata..
Tapi aku.. Apa Niee!!! 
Perlu ke aku fikir pasal DIA?? Sedangkan dia gembira disana..
Ermmmm.. Mengelamun lagi aku..

Kawan..
Aku rindu korang semua..
Aku rindu kebahagian kita semua..
Aku rindu gelak tawa kita..
Aku rindu pergaduhan manja kita..
Abey, Munir, Ummi dan Ijie..
Aku nak korang tahu.. Aku sayang korang..
Tiada siapa mampu ambil korang dari aku..
Aku perlukan korang utk perjuangan aku..
Yg belum selesai.. Korang tulang belakang aku..

Wanabee..
Rindu riuh rendah bilik kita..
Walau kita selalu di boikot oleh BLACKY..
Namun kita tetap sama-sama kan..
Aku rindu korang..
Aku rindu nak makan maggie dgn korang..
Aku rindu semua yg kita lalui..
Nad, Asean, Ain, Anith, Wanie, Ying, Edd, Ummi..
Aku nak kita sekeluarga tetap bersama..
Sampai bila-bila..

Kau..
Yg baru ku kenali,
Walau hanya senyuman yg kau beri..
Cukup buatku bahagia..
Aku betul-betul sudah giler dengan kau..
Walau kebahagian seketika, namun aku puas..
Kerana ada nya kau di hati aku.
Kau perlu tahu..
Akan ku korban segalanya demi kau..
Kau indah dimata.. cantik dihati..
Kau telah curi cinta dalam hatiku..
Kau.. :)

serabut!!!!

Hari nie aku tak bisa berfikir..
Otak aku serabut..
Serabut memikirkan DIA..
Tapi kenapa perlu Dia yg aku fikirkan??
Ouh perasaan.. Kau muncul kembali..
Setelah aku lontar jauh di dasar dendam..
Mengapa perlu ada perasaan sebegini..
Sehingga aku lemas dalam permainan aku sendiri..
YA ALLAH aku benar-benar inginkan dia..
Kau beri perasaan ini pada ku,
Dan aku benar-benar hargai perasaan ini..
Aku berharap apa yg aku impikan akan termakbul..
Aku dah mula mengenali erti CINTA..
Tapi aku tak pasti..
Aku SERABUTTTTTTTTT!!!!!!!!!!!

Dialog menyentap jiwa

Situasi : Di perkarangan lot parking
Masa : 5 petang
Watak : Gadis A, Jejaka B dan Jejaka C

jejaka C dan gadis A berjalan melalui perkarangan lot parking, lalu di sapa oleh jejaka B..

Jejaka B : Eh korang nak pegi mana??
Jejaka C : Takde pegi mana la, nak pegi makan kat cafe.
Gadis A : Ko plak nak pegi mana nie??
Jejaka B : Nak ajak korang makan sama-sama dengan aku la. aku takde membe..
Gadis A : Weh aku bengang la dengan budak kelas kau!!
Jejaka B : Siapa??
Gadis A : Adalah mana leh bagitau.
Jejaka B : Orangnya macam mana??
Gadis A : Kulit sawo matang macam kau, tinggi.
Jejaka B : Ape dia dah buat kat kau??
Gadis A : Dia dah curi barang aku!!!
Jejaka B : Apa dia??
Gadis A : Di dah curi hati aku. nak wat macam mana skang!!

Jejaka B yang mendengar terus bengang. bengong betul kata-kata itu. HAHAHA!! Jejaka C dan Gadis A ketawa melihat keadaan jejaka B.. wink*

Gelora hati

       Perasaan yang sukar digambarkan ketika ini, membuatkan aku ingin sekali melihat raut muka nya berulang kali. Mungkin kami tidak pernah bersapa, namun hati aku sudah mula jatuh cinta. Adakah ini dinamakan CINTA?? Aku binggung untuk berkata. Entahlah aku takut untuk memulakan sebuah ikatan kerana aku takut dikecewakan. Namun akan aku cuba untuk curi hatinya walaupun sukar, aku yakin aku mampu berjaya. Tapi PASTIKAH?? Aduh lemah.. Entah lah.. Hanya puisi ini yang mampu gambarkan hati aku ketika ini.. :(

Taktala renungan mata itu bersemuka,
Aku kaget..
Melihat senyuman yg mula terbit,
Aku tersenyum padanya..
Ya dia memulakan sebelum aku bermula.

Rindu yg bergelora bagai nak gila,
Hati berkerja melukis rupanya,
Jantung tidak putus berdegup taktala dia di depan mata..
Arghhhh.. inikah CINTA??
Dia mampu buat aku hilang selera,
Mandi terkenangkan dia,
Tido termimpi-mimpikan dirinya..

beralih arah

Sejak pertama kali aku melihat dia,
Hati sudah mula suka..
Entah la.. Adakah ini dinamakan CINTA??

Dia menarik dimata,
Hati bagai nak gila bila mendengar suaranya,
SUMPAH macho..
Dan aku ketika itu hanya mampu tersenyum gembira,
Bila senyuman aku dibalas manja..
Aku di awang-awangan.. :)

Argghhhhhh..
Dia buat aku angau,
Dia buat aku jadi resah gelisah,
Akan ku curi hatinya untuk penuhi kekosangan hati ini,
Pintu hati sudah mula terbuka.... untuknya..