kekeliruan

melihat dia dari penjuru sudut,
aku lihat,
cantik gerakkan dia,
lembut pembawakannya..
gemalai sungguh alunan rentaknya..

kali ini aku kehadapan sedikit,
melihat lebih dekat wajahnya,
beseri senyumannya,
indah paras rupanya..
bergetar jantung taktala melihat lirikan matanya..

aku terus mengikut alunan rentak dirnya,
ia membuatkan aku makin alpa,
tentang kajian aku terhadap dirinya..

aku hanya sekadar memandang,
tanpa bersuara,
hanya senyuman dan tawa aku hemburkan,
melihat gelagat dia,
melihat mimik mukanya..
buat aku senang untuk mendampingi dirinya..

aku ingat lagi,
indah suasana malam itu,
tidak akan ku lupa sampai bila-bila,
membuatkan terbitnya satu perasaan baru,
untuk berburu merampas jiwanya..
yang semakin hanyut di ratah manusia sejenisnya..

melihat dia malam ini,
puas bagi diriku,
untuk aku bermadu kasih,
perbetulkan segala kekeliruan dirinya..

dia yang bernama CINTA,
dibaluti dengan KASIH SAYANG,
di hindari perasaan BENCI,
di hidangi dengan kekasih baru bernama wanita untuk dirinya..

tiada ungkapan untuk kisah ini

dulu aku pernah bagi kau sesuatu A**** ******. kau masih simpan lagi kah kotak kosong yang aku beri pada kau dulu? jika kau masih menyimpannya, aku ucapkan terima kasih kerana kau menghargai pemberianku dan jika tidak.. aku tidak akan marah kerana itu hak kau dan kotak itu telah jadi milik kau. ingin aku katakan di sini, kotak kosong itu aku beri pada kau bukan untuk suka-suka tapi ada makna di sebaliknya. aku tidak tahu jika kau tidak pernah mengkaji mengapa aku beri kotak itu pada permulaan perkenalan kita dulu. di dalam kotak kosong itu telah aku letakkan sesuatu yang kau tidak mampu melihat dengan mata kasar kau sendiri. jika kau lihat dari mata hati kau, kau akan lihat telah aku letakkan keikhlasan dalam kotak itu. keikhlasan yg tulus untuk berteman dengan kau. tapi aku hampa kerana kau hanya mengambil perkara ini sambil lewa. tidak mengapa, ketika itu aku mengerti kau mungkin tidak tahu mengenai isi kandungan kotak itu kan..

tidak mengapa.. kau masih ingat lagi, ketika hari jadi kau telah aku beri sebuah potret gambar bersama frame sebagai hadiah hari jadi kau yg ke 21. namun kandungan gambar itu juga ada tersirat maknanya. kau juga tidak mengkaji tentang itu. tidak mengapa, aku faham keadaan kau. aku cuma mengharap kau simpan hadiah itu sebaik-baiknya. dan aku ada selitkan sepucuk surat untuk kau baca tentang perasaan aku. aku faham kau jijik membaca surat itu kan, dan kau ada bercerita dengan teman-teman kau. namun aku tidak kisah, sekurang-kurangnya aku berani memberitahu tentang perasaan aku pada kau. 

tapi kini, semuanya pada aku tinggal kenangan. sesungguhnya perkenalan aku dengan kau cukup menciptakan sesuatu yg indah walau kau jarang berbual dengan aku dan terima kasih juga kerana kau pernah memberi aku peluang untuk meminati kau. terima kasih atas segalanya. kini aku telah buang perasaan itu dan aku gantikan dengan perasaan yg baru. namun, walau aku meminati yg lain.. aku tetap tidak akan melupakan kau. kau adalah yg tebaik kerana ada sesuatu yg kau ada mereka tiada. maaf jika selama aku meminati kau, ada menimbulkan perasaan yg kurang enak pada diri kau. sesungguhnya manusia itu di cipta untuk sayang menyayangi sesama manusia. terima kasih sekali lagi..

monolog sendirian

hari ini aku melihat dia. siapa dia? orang yang aku suka. tidak perlu aku menyebut namanya kerana dia sudah mengerti maksud aku. mungkin dulu aku pernah beri kau surat tanda permulaan perkenalan kita, namun setelah kau tolak dan menjauhkan diri dari aku sehinggakan berjumpa tidak bertegur sapa, aku pasrah! aku rela mengundur diri dari memalukan diri aku sendiri. kau tahu kenapa? kerana aku tidak mahu kau memandang jijik terhadap aku, keikhlasan aku terlalu tinggi nilainya ketika itu. namun kau.. tidak mengapa jika kau tidak sudi menerima aku sebagai teman, namun kau harus ingat ketika itu aku terlalu menyanyangi kau. teramat sangat.. dan akhirnya kau sendiri yang menjauhkan diri tanpa memberi aku peluang hanya sekali. tidak mengapa kawan..

(aku menarik nafas panjang...)

kini setelah aku jumpa kau, aku lihat kau.. hanya pandangan mata kosong. tiada suka, tiada minat, tiada sayang dan tiada cinta. huh! mungkin ketika aku melihat kau, kau terperasan sendiri yang aku masih menyukai kau. sebenarnya kau silap kawan, silap sangat.. aku sudah tiada perasaan terhadap kau. maaf aku perlu sedar diri aku ditahap bawah dari kau. kau tinggi darjatnya, kacak paras rupanya namun kau.. aku sudah kaji kau bagaimana sebab itu aku mahu berkenalan dengan kau. tapi kau.. tidak mengapa itu dulu, kini sudah ada penganti yang baru..

(merenung jauh, menghela nafas menyudahkan kata-kata terakhir dengan nafas lega)

mula-mula aku tidak merasa kehadiran dia, namun setelah satu ketika membuatkan aku mula memerhati tiap geraknya. unik budak tu. lebih unik dari kau! ketika itu, aku merasakan ada sesuatu tarikan yang membuatkan aku perlu mengenalinya. kenapa? tidak perlu bertanya sebegitu. biar aku saja yang tahu jawapannya. dia menarik, unik, sensitif, sweet segala apa yang ada padanya sangat menarik perhatian aku. namun untuk aku mendekati dia terlalu sukar, lebih sukar dari kau. aku gigih memerhati dia dan dia memberi respon yang baik pada aku. gembirakan.. ya kerana itu yang aku mahukan, bermain dengan api lebih senang dari bermain dengan air. aku mula merasa kehadiran dia, perasaan aku sukar untuk aku gambarkan. plastik kah aku? tidak, aku benar-benar sudah jatuh cinta padanya dan aku akan sentiasa terus mencintai dia walau dalam diam. aku mahu dia membentuk dirinya sedikit demi sedikit, aku tunggu saat itu tiba. aku tunggu kau wahai insan bernama lelaki..

pengembaraan dunia


Hari nie pengembaraan aku di alam realiti sangat menarik . mana tidaknya , awal pagi lagi kelas pengurusan produksi hanya sekejap saja . jadi tak perlu duduk lama-lama mendengar syarahan cik azlim . ermmm .. aku menarik nafas lega , fuh ! kelas dah takde , jadi hanya tunggu exam pulak . ermmmm .. sebenarnya aku nak citer pasal lain , aishhhh ...

okeh balik semula kepada pengembaraan hari nie , dari pagi tadi aku terasa sangat indah . duduk di cafe , kesemua yang aku suka ada . eh kesemua ? macam ramai je . adalah dua tiga orang yang aku suka . hehe . dan tak pernah aku nampak abang ujang lepak cafe , tapi hari nie . hehe . rezeki tuhan nak bagi aku jumpa dorang . tapi ada juga kejadian yang memalukan . haha . bila pikir balik , rasa nak maki je . tapi bila pikir  2 3 kali rasa kelakar pulak . ermmmm ....

tadi masa makan kat tebing , nisha ada tegur aku . die kata aku tengah merasai cinta yang sangat mendalam . yeke ? mayb kot . tapi pada siapa ? sebab ramai sangat yang aku cinta .. hehe . mayb someone yg sangat unik , yg semua orang tak tahu aku suka dia . HAHAHA ! suka dalam diam . boleh kan .. yela mana-mana budak yg aku suka , mesti aku bagitau membe aku . tapi dia nie .. aku tak bagitau sesiapa pun . hanya tunggu waktu dan ketika saja . :)

okeh itu je yang aku nak ceritakan . hari nie bersamaan 23 / 11 / 2010 . like :)

tiada apa

kenapa dengan aku malam nie ?


kenapa perasaan aku macam nie !


kenapa perlu rasa macam nie !


kenapa ! kenapa ! kenapa !


benci ! babi ! sial ! fuck !


semua aku keluarkan .


tapi masih sama lagi .


Arghhhhhh ! tension .


angin bawa perasaan ini jauh pergi .


pergi meninggalkan aku yang kesepian .


hanya bertemankan dendangan lagu,


buat hati aku tidak keruan,


kerana gangguan nafsu !


*FULLSTOP*

exam asas lakon ! TERBAIK ! rindu giler !

*aku dengan mamad my husband dalam teater ROUNDABOUT*

aku sebagai ISTERI dan mamad sebagai SUAMI . kisah nie sangat konflik pada permulaannya.. hehe.. ramai terpaku melihat lakonan mamad.. korang nak tau nape? yela bila mamat lempuk jd suami sejati, semua berubah.. aku yg berlakon nie, jgn cakap la.. terkaku aku lihat kejantanan die.. hehe.. aku enjoy giler belakon dengan ko mamad.. ko hebat sebenarnya, yang penting kita paling meletop kan!! lagi-lagi adegan tampar tu.. cik kema pon terkejut.. gud job mamad :)


 
antara aksi kami ketika lakonan :)

kelas asas lakon(elektif) 2010/2011

seronok sangat bertemu korang semua . mesti pasnie masing-masing bz dah tak dapat nak meet lagi kan . rindu kat cik kema . hehe . cik kema da best .. pada kawan yg lain gud luck untuk teruskan perjuangan sem depan . korang terbaik wok ..

setiap pertemuan ada perpisahan, sesungguhnya kenangan ini tak kan aku lupakan, aku rindu suasana kelas cik kema . rindu dengan semua orang , rindu dengan gelagat korang . arghhh ! aku harap kita akan jumpa lagi sem depan . rindu weh .. korang rajin-rajin dengar lagu INSTRUMENTAL SEPI . nanti korang akan ingat kat aku . hehe .. rindu giler !

hari ini

hari ini,
aku lihat mereka..
keduanya manis dimata..
tersenyum aku dalam diam.


hari ini,
waktu aku jalan,
aku lihat dia,
orang yang pertama aku suka..
die cumel berbaju putih sedang mempergayakan aksi sendiri..
terpaku aku seketika..
dada berombak,
jantung berdegup kencang..
aku sudah jatuh cinta..
namun,
terhalang dek satu dinding,
dinding darjat yang berbeza,
dia bukan tercipta untuk aku di dunia,
namun aku masih menanti..
sesungguhnya penantian satu penyeksaan..
permainan yg aku cipta sudah di penghujungnya..
aku PASRAH dgn keputusan dia.


hari ini,
aku nampak orang kedua aku suka,
dia tengah kusyuk ngadap lappy,
mungkin dia tak perasan aku,
tapi,
aku mahu dia lihat aku,
lihat aku yang gila, 
tak keruan bila berhadapan dengan dia..
tapi,
fahamkah dia tentang ini??
sedih..YA..
aku masih menanti kata hati kau!!
jangan berdiam jika kau suka..
katakan saja apa yg kau rasa..
aku menerima seadanya..


hari ini,
aku rasa gembira bila dapat berjumpa mereka,
tapi apa pula kata hati mereka?
adakah sama seperti aku juga..
aku mahu mereka rasa apa yang aku rasa..
aku mahu berkongsi cerita bersama mereka..
sesungguhnya aku rindu..
rindu untuk bertemu mereka esok.

buat kau yg istemewa

dari kejauhan aku sudah lihat dia,
berdiri merenung manja terhadap aku,
ketika itu,
aku seperti terpaku,
entah kenapa renungan itu lain bezanya,
jika benar dia tercipta untuk aku,
aku menerima seadanya.

dia manis dimata,
lembut berbicara,
nakal pandangannya..

makin aku pendam,
makin rindu rasanya..

entahlah,
hujan lebat,
buat aku terasa kedinginan cintanya.
hati aku,
terasa panas dek tembakan pandangannya..

kini dia di depanku,
melihat susuk tubuhnya,
terasa ingin berada dalam pelukannya..

indah sungguh,
gelak tawanya..

arghhh!!!
hati merintih sepi,
kenapa dia mendiamkan diri..

kisah raya

okeh hari nie aku nak story citer best kat korang . nak dengar ? sempena hari raya haji nie, aku dan kawan-kawan ku yg lain pergi la beraya rumah M. Nasir . yela Pn Marlia Musa lect kat ASWARA . so die jemput datang rumah die . jadi tak sangka boleh duduk berborak dengan M. Nasir . memang tak pecaya, tapi itulah hakikatnya . bagi aku M. Nasir seorang yg sangat berilmu dalam bidang seni nie . so die banyak bagi pandangan pada kami . seronok jugak kan . tak pernah rasa seronok macam nie . okeh la . tu je nak cakap . hehe . :)

belum terlambat aku ucapkan

"SELAMAT HARI RAYA HAJI"

*aku akan berkorban apa saja demi sebuah kejayaan*

k a s i h

tiada siapa mengerti,

tiada siapa simpati..

atas kerelaan hati,
aku pasrah.. dan berjanji..

tiada lagi kekecewaan yg akan berulang kembali,

aku masih menunggu kata akhir,

biarpun berat untuk aku dengari,

tapi aku gagahi jua..

kerna ku tahu inilah risiko yg perlu ku tanggung,

atas pemergian dirinya..

jauh terlontar dari pandangan mata..

jiwa serta hati yg ikhlas menerima.

tidak mengapa,
masih ada yg ingin mendekati,
aku bukakan mata..
supaya mereka mengenali hati ini..

tidak perlu segan untuk berteman,
cukup hanya senyuman mampu mencipta sebuah kebahagiaan..

aku pasrah,
aku rela..

semua dugaan belaka..

tuhan maha kaya, maha mengasihi dan maha berkuasa..

apa yg berlaku ada hikmanya..

aku percaya,
ini semua mainan dunia.. 

rindu

rindu,
masih sama,
masih rasa,
masih setia.


rindu,
jiwa yang sama,
jiwa yang merasa,
jiwa yang setia.


rindu,
hati yang sama,
perasaan yang merasa,
menunggu dengan setia.


rindu,
senyuman,
pandangan,
teguran,
lambaian,
perbualan,
kehenseman,
kelembutan..

perubahan

aku perlukan perubahan..
perubahan dari kegagalan lalu..

aku mahukan tranfomasi..
tranfomasi yg baru dan moden..
namun masih mengekalkan tradisional melayu..

aku harus berubah,
demi sebuah kehidupan baru..

siapa

aku di hujung sudut,

sedang memerhati manusia pelbagai ragam,

aku tersenyum keseorangan,

aku masih lihat manusia yg sama..

berbaju putih berseluar jeans..

dia cuba melakukan sesuatu,

entah kenapa aku leka melihat dia..

dia cuba mengawal pergerakkannya dari di lihat,

aku dapat menangkap apa yang dia mahukan..

:) cumel bila dia menggelabah..

bumi

makhluk angkasa sudah mula mendarat,

mencari mangsa untuk di peralat,

manusia bumi sememangnya PALAT!!

hanya mengikut arahan dan tidak membantah,

adanya membelot untuk kepentingan diri sendiri,

sedangkan manusia perlu bersatu,

untuk mengekalkan kedamaian bumi,

bagi menghapuskan makhluk jahanam ini!!

***********************************

bumi sudah hancur,


tiada apa yang tinggal,


bagai kiamat melanda,


semua musnah..


kini bumi ditakluki makhluk asing..


***********************************


manusia bumi makin pupus pembiakannya..


permulaan bagi makhluk jahanam untuk memulakan hidup mereka!!

cantik

Cantik,
itu yang boleh aku gambarkan..

tapi..

sampai bila kecantikkan itu mampu bertahan,
sedangkan makin hari..
makin dimamah usia.

masih tidak sedar lagikah..
tentang putaran alam ini,
yang sering berlalu tanpa menghiraukan kita..

cantik,
hanya sementara..

cantik,
hanya dunia semata-mata..

cantik,
pada pandangan mata kasar saja..

tapi batinnya,
biar manusia itu tentukan dirinya!!

"biar buruk rupa, cantik bahasa"

perpisahan

mengapa setiap pertemuan berakhir dengan perpisahan?


aku masih tertanya-tanya atas sebab apa..
mengapa harus sebegini pula jadinya..
entah..
aku bingung.. sedih rasa dihati..


namun dari segi akal logiknya..
pasti ada hikmah sebalik kejadian ini..


mungkin ini bukan atas pemilihannya..
atau..
kerana kerelaan untuk terus memperjuangkan pendiriannya..


apa pun..
pertemuan pertama itu takkan aku lupa..
manis sungguh senyumannya..
cantek paras rupanya..


biarkan ia pergi meninggalkan kita..
untuk kebahagiaan dia..
aku doakan kau berjaya di sana..


kau istimewa..


:) senyuman terakhir untuk kau hensem boy..

sebuah kepastian

ternyata aku silap,
silap membuat perhintungan..

aku tak daya lagi melihat semuanya berlalu begitu saja,
entah kenapa..
aku rasakan bintang itu makin menjauh..

melihat dari kejauhan perit rasanya,
berdiam dari kenyataan sengsara jiwanya,
berjauhan dari melihatnya hati sebak tak terhingga..

entah mengapa..
aku biarkan ia pergi begitu saja,
tanpa meminta jawapannya,
tanpa menoleh mata kuyupnya..

sengsara??
aku katakan YA..

sedih??
aku katakan TIDAK..

kenapa??
kerana ini sudah TAKDIRnya untuk aku..
jalan cerita makin sampai di penghujungnya..

dan aku..

kembali ke dalam jiwa yg baru..
tanpa memandang lagi perasaan lama..
yg berlalu biarkan berlalu..
aku pasrah..
bahagia hidup tanpa dia..

kawan ku

kawanku,

telah dirisik..
aku tumpang gembira.. namun..
keluarganya ambil sambil lewa..

katanya:
"ibuku tidak suka akan kekasih ku itu!!"

kasihan kenang kan nasibnya..
pihak lelaki datang,
tiada siapa beri layanan..

namun..
hati kawan ku kental..
diteruskan juga hasrat kekasihnya merisik,
biar tiada beri layanan..
dia pasrah jika itu takdirnya,

eh.. kau bell..
aku masih ada sebagai teman kau,
jika kau dalam kesengsaraan..
datang pada aku..

aku bukan tuhan..
tapi sebagai pendengar setia setiap permasalahan seorang teman,

bell..
aku harap kau bahagia..
disamping orang yg kau cinta,
sayangi dia..
cintai dia..
aku hanya tersenyum melihat kebahagian kau..

kau makin cantek bell :)

bangkit VS diva

aku bangkit,
bersama semangat baru..

aku bangkit,
bersama jiwa baru..

aku bangkit,
bersama cerita baru..

aku bangkit,
kerana kisah lalu..

aku mahu sedarkan manusia ini!

sering merendahkan manusia lain,
sering menghina kelemahan manusia lain,
sering mempersenda kehidupan manusia lain..

fenomena ini tercetus di sini..
di sekolah seni..
semua mahu menjadi terbaik..
berlagak diva..
bercerita megah saja..
tapi habuk pun takde!!

manusia ini KOLOT!!
tentang percaturan dunia..
HAHAHAHA..
aku ketawa kerana kebodohan mereka..

serangan kerajaan cinta

"MANA KERUSI EMAS AKU!! TIDAK AKAN AKU DUDUK DI KERUSI KAYU INI LAGI YANG MAKIN MEREPUT!! AKU PERLU PEMBAHARUAN!!"

"permaisuri telah patik siapkan bala tentera untuk menyerang kerajaan mereka." : bendahara
"kerajaan mereka terlalu ramai!! kita hanya suku dari mereka" : permaisuri
"bagaimana permaisuri?" : bendahara
"SETIAP PERMAINAN YANG KITA MULAKAN PERLU KITA AKHIRI DENGAN KEMENANGAN!!"

"serang saja mereka. TAWAKAL!!" : permaisuri

"KALAH DAN MENANG DI TENTUKAN OLEH TUHAN!!"

"BERSERAH, BERDOA DAN BERUSAHA"

korang perlu tahu!!

aku si HYPERAKTIF
aku tidak pernah HIPOKRIT dengan setiap apa yang aku lakukan
aku bukan PENGKHIANAT perasaan aku sendiri
aku benci si PEMBELOT jahil
aku sanggup menanggung risiko
bagi aku
"PELUANG HANYA DATANG SEKALI, JANGAN SIA-SIAKAN SETIAP MINIT PELUANG YANG ADA"
tolong jangan mempertikaikan statement aku ni!!
aku tak kesah di pandang serong..
kerna aku sedar siapa aku sebenarnya
aku hanya manusia yang tiada pembangunan kemodenan
KERANA
aku mengekalkan tradisional
dalam detiap perbuatan dan pergaulan
korang kesah..
pergi MAMPOS!!
ini kata-kata paling teruk pernah ku lemparkan..

"SETIAP PERMAINAN ADA RISIKONYA"
"PERMAINAN YANG CANTIK BERMULA DARI STRATEGI YANG TERATUR"

surat layang

telah aku utuskan surat layang untuknya,

namun masih tiada lagi khabar berita,

aku tahu sebabnya..

jalan yang aku susuri kini sudah gelap gelita,

tiada lagi cahaya menerangi setiap langkah ku,

tiada juga terik pancaran matahari membakar kulit ini..

aku PASRAH..

aku kembali berjalan ke belakang tanpa memandang lagi di hadapan,

dengan harapan..

perjalanan ku ke belakang lebih sempurna dari di hadapan.

manusia jahil

Masih wujud sekelompok manusia yang jahil,

jahil dari segi pemikiran,

suka merendah-rendahkan manusia lain,

menghina kelemahan manusia lain,

serta menghanjing manusia lain seperti haiwan!!

manusia sebegini boleh di labelkan sebagai SIAL!!

kerana mereka lupa akan diri mereka,

yang sememangnya seringkali LOSER!!

kerana seringkali cemburu dengan kelebihan manusia lain,

sedangkan diri mereka lemah..

merendahkan manusia lain..kerana diri mereka sungguh HINA!!

HEEE.. manusia sialan..

kau tidak perlu perlekehkan manusia lain,

kerana dirimu tidak ubah seperti makhluk syaitan bertopeng manusia!!

KELAS CIK DZIA

kelas cik dzia hari nie, aku kena present tentang skrip pengarahan yang telah aku buat. korang nak tahu citer apa yang aku buat? cerita aku tentang seorang lelaki yang menghidap penyakit katarok bertemu dengan seorang wanita. ermmm... citer nie tentang love story. tak payah r citer panjang-panjang kan. 

lepas je siap skrip nie, cik dzia bagi kerja pulak. kena wat iklan.. memang poning la pale otak aku nie. kena siapkan skrip, storyboard dan video. ermmmm... mencabarkan tapi syiokkkk.. so nak tengok iklan apa yang aku buat, tunggu la yeeee... byeee... ;p