hari ini aku melihat dia. siapa dia? orang yang aku suka. tidak perlu aku menyebut namanya kerana dia sudah mengerti maksud aku. mungkin dulu aku pernah beri kau surat tanda permulaan perkenalan kita, namun setelah kau tolak dan menjauhkan diri dari aku sehinggakan berjumpa tidak bertegur sapa, aku pasrah! aku rela mengundur diri dari memalukan diri aku sendiri. kau tahu kenapa? kerana aku tidak mahu kau memandang jijik terhadap aku, keikhlasan aku terlalu tinggi nilainya ketika itu. namun kau.. tidak mengapa jika kau tidak sudi menerima aku sebagai teman, namun kau harus ingat ketika itu aku terlalu menyanyangi kau. teramat sangat.. dan akhirnya kau sendiri yang menjauhkan diri tanpa memberi aku peluang hanya sekali. tidak mengapa kawan..
(aku menarik nafas panjang...)
kini setelah aku jumpa kau, aku lihat kau.. hanya pandangan mata kosong. tiada suka, tiada minat, tiada sayang dan tiada cinta. huh! mungkin ketika aku melihat kau, kau terperasan sendiri yang aku masih menyukai kau. sebenarnya kau silap kawan, silap sangat.. aku sudah tiada perasaan terhadap kau. maaf aku perlu sedar diri aku ditahap bawah dari kau. kau tinggi darjatnya, kacak paras rupanya namun kau.. aku sudah kaji kau bagaimana sebab itu aku mahu berkenalan dengan kau. tapi kau.. tidak mengapa itu dulu, kini sudah ada penganti yang baru..
(merenung jauh, menghela nafas menyudahkan kata-kata terakhir dengan nafas lega)
mula-mula aku tidak merasa kehadiran dia, namun setelah satu ketika membuatkan aku mula memerhati tiap geraknya. unik budak tu. lebih unik dari kau! ketika itu, aku merasakan ada sesuatu tarikan yang membuatkan aku perlu mengenalinya. kenapa? tidak perlu bertanya sebegitu. biar aku saja yang tahu jawapannya. dia menarik, unik, sensitif, sweet segala apa yang ada padanya sangat menarik perhatian aku. namun untuk aku mendekati dia terlalu sukar, lebih sukar dari kau. aku gigih memerhati dia dan dia memberi respon yang baik pada aku. gembirakan.. ya kerana itu yang aku mahukan, bermain dengan api lebih senang dari bermain dengan air. aku mula merasa kehadiran dia, perasaan aku sukar untuk aku gambarkan. plastik kah aku? tidak, aku benar-benar sudah jatuh cinta padanya dan aku akan sentiasa terus mencintai dia walau dalam diam. aku mahu dia membentuk dirinya sedikit demi sedikit, aku tunggu saat itu tiba. aku tunggu kau wahai insan bernama lelaki..
No comments:
Post a Comment