dulu aku pernah bagi kau sesuatu A**** ******. kau masih simpan lagi kah kotak kosong yang aku beri pada kau dulu? jika kau masih menyimpannya, aku ucapkan terima kasih kerana kau menghargai pemberianku dan jika tidak.. aku tidak akan marah kerana itu hak kau dan kotak itu telah jadi milik kau. ingin aku katakan di sini, kotak kosong itu aku beri pada kau bukan untuk suka-suka tapi ada makna di sebaliknya. aku tidak tahu jika kau tidak pernah mengkaji mengapa aku beri kotak itu pada permulaan perkenalan kita dulu. di dalam kotak kosong itu telah aku letakkan sesuatu yang kau tidak mampu melihat dengan mata kasar kau sendiri. jika kau lihat dari mata hati kau, kau akan lihat telah aku letakkan keikhlasan dalam kotak itu. keikhlasan yg tulus untuk berteman dengan kau. tapi aku hampa kerana kau hanya mengambil perkara ini sambil lewa. tidak mengapa, ketika itu aku mengerti kau mungkin tidak tahu mengenai isi kandungan kotak itu kan..
tidak mengapa.. kau masih ingat lagi, ketika hari jadi kau telah aku beri sebuah potret gambar bersama frame sebagai hadiah hari jadi kau yg ke 21. namun kandungan gambar itu juga ada tersirat maknanya. kau juga tidak mengkaji tentang itu. tidak mengapa, aku faham keadaan kau. aku cuma mengharap kau simpan hadiah itu sebaik-baiknya. dan aku ada selitkan sepucuk surat untuk kau baca tentang perasaan aku. aku faham kau jijik membaca surat itu kan, dan kau ada bercerita dengan teman-teman kau. namun aku tidak kisah, sekurang-kurangnya aku berani memberitahu tentang perasaan aku pada kau.
tapi kini, semuanya pada aku tinggal kenangan. sesungguhnya perkenalan aku dengan kau cukup menciptakan sesuatu yg indah walau kau jarang berbual dengan aku dan terima kasih juga kerana kau pernah memberi aku peluang untuk meminati kau. terima kasih atas segalanya. kini aku telah buang perasaan itu dan aku gantikan dengan perasaan yg baru. namun, walau aku meminati yg lain.. aku tetap tidak akan melupakan kau. kau adalah yg tebaik kerana ada sesuatu yg kau ada mereka tiada. maaf jika selama aku meminati kau, ada menimbulkan perasaan yg kurang enak pada diri kau. sesungguhnya manusia itu di cipta untuk sayang menyayangi sesama manusia. terima kasih sekali lagi..
No comments:
Post a Comment