hakmilik

melihat sesuatu yang membahagiakan buat hati makin bahagia walau kita tidak merasakannya. bila lihat sesuatu yang indah hati berbunga kembang namun keindahan itu hanya pandangan bukan perasaan. jika suasana romantik tercipta kita tersenyum gembira tapi kita hanya memandang cuma tanpa merasa.

mata : "aku cemburu tengok kawan-kawan dah ada pasangan!!"
hati : "kalau ada jodoh dengan dia, adalah.. jangan risau. tuhan sudah tentukan"

betul kata hati, hidup kita sudah ditentukan ilahi. takdir, qada dan qadar juga sudah ditentukan. bila fikir balik kata hati memang betul. buat apa ikut nafsu mata jika kita hanya menambah benci di dada melihat orang bahagia sedangkan kita akan merasainya namun hanya masa tentukan segalanya.

aku menunggu saat itu tiba. berjumpa seseorang untuk mencipta sebuah kebahagiaan yang sudah lama aku runtuhkan dahulu. andai tuhan tentukan dia datang menjelma, aku akan beri segalanya. kasih sayang, cinta murni, kejujuran nurani yang paling penting memahami tentang kehidupan dia.

"jangan diikutkan emosi nanti mati!!"

janganlah ikutkan emosi jika apa yang diharapkan tidak menepati sebaliknya bersyukur diberi petunjuk. setiap yang terjadi ada hikmahnya, setiap yang berlaku ada jalan ceritanya. syukur aku tidak sebegini, aku kuat menghadapi segalanya. ikutkan hati ini, aku akan mati. mati dari dunia realiti.. aku kuat!

"andai sudah tersurat sebegitu, terima saja dengan redha"

benar! terima setiap apa yang berlaku dengan redha. jangan disalahkan atas benda yang berlaku sehingga menyebabkan ada yang menderita. jika benar dia bukan untuk aku, aku redha. mungkin ada yang lebih baik dari dirinya untuk aku terima. aku sudah jumpa!

TUTUP TIRAI....

langkawi da best!!

aku sudah pulang ke KUALA LUMPUR. selama 3 hari 2 malam aku di LANGKAWI bersama family bercuti makan angin hilangkan stress. perjalanan kitorg mengambil masa setengah jam dari lcct ke airport langkawi.

bila aku di langkawi, aku lihat laut, aku lihat pulau, aku rentas hutan, aku hirup udara segar, deruan air terjun dan kepulan awan di langit buat aku rasa sangat tenang. hidup lapang sementara cuma, aku lari dari kesibukkan kota KL.

bila aku lihat kepulan awan, aku teruja sangat. cantik sungguh ciptaan allah.  bila lihat kepulan awan nie, aku lihat ada sebuah tamadun yang tinggal di atas langit. terlalu indah untuk aku luahkan dengan kata-kata. tenang walaupun aku gayat. HEHE.. andai aku dapat tinggal atas awan, aku mahu bawa dia bersama. berdua tanpa sesiapa. indahkan.. bahagiakan.. jauh dari masalah kota jahanam.


pantai. laut. ombak. pulau. sangat tenang. sangat indah. teruja bila aku lihat ciptaan allah. pantai bersih dihiasi laut yang biru jernih, di serikan dengan ombak kecil dan tercipta sebuah pulau yang indah. ya allah sangat tenang bila melihatnya. udara yang segar aku hirup dalam-dalam. hilang masalah aku. seronoknya jika aku bersama dia ketika ini melihat suasana yang indah tapi apakan daya.. tiada sesiapa. diam.. perhati..


walaupun aku demam tapi aku gagahi rentas hutan lipur untuk melihat telaga tujuh. tapi hanya separuh je mampu aku jalan, belum sampai puncak. untuk ke atas memang mengambil masa yang lama, berpeluh tapi itu yang buat demam aku makin surut. lama tak buat aktiviti lasak. jika ada dia boleh juga sama-sama mendaki puncak gunung, tapi.. mungkin suatu hari nanti.


bila lihat ciptaan allah aku bersyukur kerana masih mampu melihat semuanya. sesungguhnya allah maha berkuasa dalam mencipta segala-galanya termasuk juga takdir dan perjalanan hidup kita. jika aku mampu ulang semula kenangan di langkawi akan aku redah segalanya sepuas-puasnya. 

jika aku memiliki hati si dia, aku akan bahagiakan dia.. aku akan jaga dia.. jika benar dia tercipta untuk hadir dalam hidup aku, aku berdoa semoga perkenalan ini kekal selamanya walaupun hanya sebagai teman biasa. 

eh apa aku merepek nie!!! CUKUP!! okey kawan-kawan langkawi sangat seronok rasa macam taknak balik KL. dah la ramai omputih, cuci mata la weh! HEHE.. apa-apa pun aku sangat hanppy dengan percutian ini. seronok bila bersama family. i LOVE langkawi..

p/s: masa penerbangan balik dari langkawi ke lcct, pramugara yang layan aku tadi memang kacak gilerrrrr!! termimpi-mimpi dalam tidur. HAHA.. ouh abang FA yang hensem.. zzzzz

sunting MALANG

"fuhh..."

aku baru balik dari shooting arahan jiman najmi. projek pengarah dia cerita bertajuk 1 MALANG. apa yang malang pon aku tak tahu, nak tahu tunggu. :) apa yang boleh aku kata kan ketika ini aku sangat PENAT tapi SERONOK. seronok berkerja dengan senior-senior.

untuk pertama kalinya, aku buat makeup effect. buat makeup untuk zombi. aku nak berterima kasih pada fendi dan jiman sebabnya dorang la yang ajar aku buat makeup ni. yela aku ni mana la reti nak makeup orang, diri sendiri pon tak reti nak makeup. hehehe..

-inilah hasilnya (budak baru belajar)-

"ingatkan budak senior nie sombong...."

firstly masa sampai aku cuak gak tengok senior aku. cuak bukan sebab takut tapi sebab aku ingat dorang nie sombong. HAHAHAHA.. tapi bila dah duduk kerja sekali dengan dorang, baru aku tahu dorang macam mana. dorang memang happening, lawak paling penting tak kekwat. sumpah seronok kerja dengan dorang..

-team produksi-

"seronok walaupun penat.."

walaupun penat aku sangat seronok hari nie. thanks pada jiman sebab ajak aku join shooting dia dan kepada fendi thanks sebab ajar aku special effect dan pada yang lain korang memang BEST.

"ingatkan senior tahun 2 nie sombong & kekwat tapi sebenarnya.... tak kenal maka tak cintakan"

hari yang menggembirakan. habis je shooting aku tengok makyong kejap tak jadi buat MCP sebab tak larat. kul 11malam family amik aku kat aswara dan paginya aku terbang ke langkawi atas alasan tertentu. penat tapi inilah kebahagiaan..

aku sendiri lagi...

perjalanan kini sudah ada duri,
jalan yang riuh sudah bertukar sunyi,
aku masih sendiri..

penat aku melangkah aku berhenti,
aku toleh kiri kanan penuh keseraman,
tiada siapa di sini menemani perjalanan aku,
aku masih sendiri lagi..

sambil berjalan aku melilau mencari sesuatu,
masih belum aku temui,
yang aku lihat hanya dikelilingi duri,
aku masih sendiri..

sampai di persimpangan jalan,
aku berhenti,
dua cabang aku terpaksa lalui,
keduanya penuh cerita tersendiri,
aku buntu,
aku masih sendiri..

hujung cabang kiri aku lihat seseorang berdiri,
melambai penuh keyakinan,
hujung cabang kanan aku lihat seseorang duduk di tepi,
hanya memandang penuh makna mendalam,
aku masih sendiri di sini..

aku makin runsing,
aku sendiri tanpa sesiapa menemani,
mahu melangkanh ke kiri aku takut,
mahu melangkah ke kanan aku bingung,
aku masih sendiri..

aku perlukan seseorang untuk membantu aku menempuhi cabang ini,
tiada lagi yang aku temui ketika ini,
aku masih sendiri..

kota cinta

"yang buruk itu peneman hidup kau"

dia masih meneruskan lagak egonya tanpa memberitahu apa yang di sedang rasakan. aku sendiri tercari-cari apa yang ada untuk aku ketahui segala rahsia di hati dia. setiap perlakuan dia seperti tiada makna, tiada cerita untuk aku selami. aku masih tidak boleh baca bahasa tubuhnya. aku memerhati lagi.

"kalau dah suka katakan saja."
  
melangkah aku ke dunia nyata, aku sedar diri ini bukan milik selamanya. cepat-cepat aku mencari sesuatu sebelum terlambat tapi hampa. harapan dipuja keperitan yang aku terima. bagaimana untuk aku luahkan segalanya, aku masih bermain di ruang yang sama tanpa boleh menembus dinding keegoaan si dia.

"cinta itu buta, katakan saja"
  
senang untuk di tulis susah untuk diluahkan. orang buta sendiri tidak sedar mereka dilamun cinta inikan pula orang celik, bodoh menilai cinta. aku masih berlegar-legar disekitar  kota cinta, mencari kalau-kalau ada cinta yang di buang untuk aku pulihkan semula biar cinta itu subur tanpa sebarang kelukaan untuk kehidupan seterusnya.

"sayang tak bermakna cinta. kau tahu cinta tu apa?"

manusia seperti virus perosak. merosakkan segala apa yang ada. manusia penuh dengan agenda, kekejaman yang berlaku atas sifat sial manusia terhadap manusia lain. ini dipanggil binatang! bila sudah menabur benih cinta, manusia ini tidak jaga sepenuh jiwa malah membiarkan cinta yang tertanam layu begitu saja tanpa ada kekecewaan yang mereka rasakan.

"andai kau milikku, akan aku jaga sepenuh jiwaku. itu janji ku"

kata-kata hanya tinggal air liur di lantai kotor. sudah basuh lantai itu, hilang sudah air liur kotor dari situ. janji tinggal janji. tak semua mampu kotakan janji hanya yang betul-betul ikhlas akan terus memegang janji walau janji itu makin hancur di mamah syaitan.
 
aku sekadar berkongsi apa yang aku rasakan kini. aku terus memerhati, mencatit note di nota kecil sambil berpusing di kota metropolitan yang dipenuhi taik-taik manusia sialan. aku menjengkit kaki agar tidak terpijak taik-taik kotor itu, aku masih di sudut tepi melihat syaitan-syaitan bergelumang dosa kekejaman.

Final Exam Wayang Kulit

aku baru habis show wayang kulit. final exam kami tadi berjalan dengan lancar. alhamdulillah akhirnya tamat sudah pengajian wayang kulit tapi nanti pasti rindu. lepas nie dah tak dapat main wayang kulit dah nanti belajar bangsawan pulak. rindunya wayang kulit nantiiiiiii...

tadi masa kami main wayang kulit, aku rasa SEMANGAT yang pak nasir seru ada dalam badan aku. aku dah macam orang tak ingat dunia. ketuk sekuat hati.

sebelum start show, kami semua duduk di bilik persalinan. baca doa, ambil semangat untuk buat yang terbaik. masa tu aku tengok sorang-sorang dah nak menangis tapi dorang tahan je. bila duduk je atas stage, semua dah jadi bersemangat. semasa kami pasang video, aku tengok kira dah menangis macam tu jugak kawan-kawan yang lain. nak tahu kenapa? yelah dalam video tu ada kami selitkan detik-detik manis, ada gambar mus'ab (kawan kami yang hilang tanpa berita).

mana kami tak sedih bila tengok muka dia ada dalam video tu, pastu pulak rakaman sepanjang kami belajar di videokan. kerana kesedihan yang kami rasa ketika ini, membuatkan kami bersemangat untuk bermain dengan baik.

aku tahan sebak bila lihat kawan-kawan bersatu. tak pernah aku rasakan sebegini. pada team KILANG SKRIP PRODUCTION, korang adalah yang terbaik dikalangan yang terbaik. aku harap kita akan graduate sama-sama nanti. GUD LUCK untuk korang.

pasal mus'ab kita doa sama-sama supaya kita dipertemukan dengan dia walau untuk kali terakhir. aku sayang korang :(

time final exam

milik itu hak mutlak

andai langit boleh ku sentuh,
ingin saja aku pegang lembut untuk merasa..

andai bulan dapat ku genggam,
takkan ku lepas walau sesaat..

andai bintang yang berkelipan dapat ku simpan,
akan aku jagai dalam dakapan penuh kasih sayang..

andai kamu dapat ku miliki,
aku berhasrat untuk membahagiakan kamu melebihi diri aku..

andai suratan menentukan segalanya,
keredhaan yang aku terima..

aku memulakan langkah pertama,
melihat manusia durjana berebut cinta si iblis jahanam,
menyusuri darah kotor,
melangkah di lopak bernanah,
berjalan tanpa menoleh ke belakang yang di penuhi syaitan sialan!!

aku mula mendaki permainan,
penuh dengan kekejaman,
duri yang menghentam bagai pisau belahan,
sakit.. aku sakit..
kerana cinta suci aku gagahi demi sebuah kebahagian..

bila cinta suci di depan mata,
aku capai..
tapi,
tak sampai..

makin jauh,
terus menjauh..
menghilang tanpa sedar,
dek kerana keegoan yang terpancar,
alpa tentang kehadiran cinta..

aku mahu memiliki dan dimiliki,
namun aku terpaksa lalui tsunami cinta yang parah,
usaha demi usaha aku taburkan,
YA ALLAH restui apa yang aku lakukan demi untuk mencipta kebahagian..

aku sudah temui namun belum memiliki..

kebetulan atau ketentuan?

-DRAMA-

kisah ini drama atau kebetulan?
ENTAHLAH!!
kenapa tanya aku..
banyak benda yang buat aku musykil dengan dia..
EGO sangat kot..
ENTAHLAH!!
haishhh..
apa nie??
i feel EMPTY now!!!
kenapa??
ENTAH LAGI!!! 
dua tiga menjak nie pelik bebenor.. 
kau jadi TOPIK perbualan..
LAWAK siot!!!
ENTAH PAPE NTAH KAN!!

aku masih berfikir tentang DRAMA hari tu... (bersiul!!)

hari ini cerita semalam

aku baru saja balik dari tonton konsert AF9. aku pergi konsert tu sebab nak sokong kawan-kawan aku, erul n amir. apa yang boleh aku katakan persembahan dorang sangat hebat. buat aku teruja dan meremang bulu roma. suara dorang memang mantap, aku harap kejayaan berpihak pada mereka. kami bersusah payah untuk ke sana melihat mereka, semoga pengorbanan kami di balas dengan satu kejayaan yang sangat besar.

bila aku tengok hyrul atas pentas aku macam tak percaya itu dia. lain benar dia. aku suka sikapnya yang gila-gila dan suka terkinja-kinja. rindu pula kat dia.. ermmmm... apa yang boleh aku katakan aku nak kau jadi JUARA erul!!! kau mesti buktikan kau MAMPU... amir pun, kau humble sangat. tak pernah berubah. harap korang berjaya okey!! CHAIYOK!!
-vote 4 erul :)-

balik je dari konsert, aku sangat letih. esok mahu bangun pagi mahu pergi shooting. badan sangat penat, mata sangat mengantuk tapi demi kerja aku gagahkan juga. mungkin orang tidak tahu situasi aku, takde yang cuba fahami aku yang mereka tahu diri mereka saja. letih hidup dengan manusia sebegini. arghhh.. persetankan la mereka, yang penting aku hidup dengan kerja-kerja aku. tanpa mereka aku mampu berdiri!!!

aku termenung sekejap, ingat apa? entah fikiran kosong tiada apa isi dalam otak ni. mahu di isi dengan sesuatu tapi aku tak mampu.. kenapa? entah!! aku sedih pula ingat kisah ini, biarlah mereka tidak tahu apa yang aku aturkan. permainan masih berjalan cuma strategi dan cara bermain sudah di ubah menjadi lebih sempurna. aku senyum kembali.. aku penat sebenarnya. aku tidak mahu lagi bermain dengan permainan dan tak mahu sakiti hati aku sendiri kerana kekalahan aku yang BODOH nie!!

aku mahu berambus!! selamat malam!!

ahad : 2.40a.m. (143,143,143)