milik itu hak mutlak

andai langit boleh ku sentuh,
ingin saja aku pegang lembut untuk merasa..

andai bulan dapat ku genggam,
takkan ku lepas walau sesaat..

andai bintang yang berkelipan dapat ku simpan,
akan aku jagai dalam dakapan penuh kasih sayang..

andai kamu dapat ku miliki,
aku berhasrat untuk membahagiakan kamu melebihi diri aku..

andai suratan menentukan segalanya,
keredhaan yang aku terima..

aku memulakan langkah pertama,
melihat manusia durjana berebut cinta si iblis jahanam,
menyusuri darah kotor,
melangkah di lopak bernanah,
berjalan tanpa menoleh ke belakang yang di penuhi syaitan sialan!!

aku mula mendaki permainan,
penuh dengan kekejaman,
duri yang menghentam bagai pisau belahan,
sakit.. aku sakit..
kerana cinta suci aku gagahi demi sebuah kebahagian..

bila cinta suci di depan mata,
aku capai..
tapi,
tak sampai..

makin jauh,
terus menjauh..
menghilang tanpa sedar,
dek kerana keegoan yang terpancar,
alpa tentang kehadiran cinta..

aku mahu memiliki dan dimiliki,
namun aku terpaksa lalui tsunami cinta yang parah,
usaha demi usaha aku taburkan,
YA ALLAH restui apa yang aku lakukan demi untuk mencipta kebahagian..

aku sudah temui namun belum memiliki..

No comments:

Post a Comment