perjalanan kini sudah ada duri,
jalan yang riuh sudah bertukar sunyi,
aku masih sendiri..
penat aku melangkah aku berhenti,
aku toleh kiri kanan penuh keseraman,
tiada siapa di sini menemani perjalanan aku,
aku masih sendiri lagi..
sambil berjalan aku melilau mencari sesuatu,
masih belum aku temui,
yang aku lihat hanya dikelilingi duri,
aku masih sendiri..
sampai di persimpangan jalan,
aku berhenti,
dua cabang aku terpaksa lalui,
keduanya penuh cerita tersendiri,
aku buntu,
aku masih sendiri..
hujung cabang kiri aku lihat seseorang berdiri,
melambai penuh keyakinan,
hujung cabang kanan aku lihat seseorang duduk di tepi,
hanya memandang penuh makna mendalam,
aku masih sendiri di sini..
aku makin runsing,
aku sendiri tanpa sesiapa menemani,
mahu melangkanh ke kiri aku takut,
mahu melangkah ke kanan aku bingung,
aku masih sendiri..
aku perlukan seseorang untuk membantu aku menempuhi cabang ini,
tiada lagi yang aku temui ketika ini,
aku masih sendiri..
No comments:
Post a Comment