langkawi da best!!

aku sudah pulang ke KUALA LUMPUR. selama 3 hari 2 malam aku di LANGKAWI bersama family bercuti makan angin hilangkan stress. perjalanan kitorg mengambil masa setengah jam dari lcct ke airport langkawi.

bila aku di langkawi, aku lihat laut, aku lihat pulau, aku rentas hutan, aku hirup udara segar, deruan air terjun dan kepulan awan di langit buat aku rasa sangat tenang. hidup lapang sementara cuma, aku lari dari kesibukkan kota KL.

bila aku lihat kepulan awan, aku teruja sangat. cantik sungguh ciptaan allah.  bila lihat kepulan awan nie, aku lihat ada sebuah tamadun yang tinggal di atas langit. terlalu indah untuk aku luahkan dengan kata-kata. tenang walaupun aku gayat. HEHE.. andai aku dapat tinggal atas awan, aku mahu bawa dia bersama. berdua tanpa sesiapa. indahkan.. bahagiakan.. jauh dari masalah kota jahanam.


pantai. laut. ombak. pulau. sangat tenang. sangat indah. teruja bila aku lihat ciptaan allah. pantai bersih dihiasi laut yang biru jernih, di serikan dengan ombak kecil dan tercipta sebuah pulau yang indah. ya allah sangat tenang bila melihatnya. udara yang segar aku hirup dalam-dalam. hilang masalah aku. seronoknya jika aku bersama dia ketika ini melihat suasana yang indah tapi apakan daya.. tiada sesiapa. diam.. perhati..


walaupun aku demam tapi aku gagahi rentas hutan lipur untuk melihat telaga tujuh. tapi hanya separuh je mampu aku jalan, belum sampai puncak. untuk ke atas memang mengambil masa yang lama, berpeluh tapi itu yang buat demam aku makin surut. lama tak buat aktiviti lasak. jika ada dia boleh juga sama-sama mendaki puncak gunung, tapi.. mungkin suatu hari nanti.


bila lihat ciptaan allah aku bersyukur kerana masih mampu melihat semuanya. sesungguhnya allah maha berkuasa dalam mencipta segala-galanya termasuk juga takdir dan perjalanan hidup kita. jika aku mampu ulang semula kenangan di langkawi akan aku redah segalanya sepuas-puasnya. 

jika aku memiliki hati si dia, aku akan bahagiakan dia.. aku akan jaga dia.. jika benar dia tercipta untuk hadir dalam hidup aku, aku berdoa semoga perkenalan ini kekal selamanya walaupun hanya sebagai teman biasa. 

eh apa aku merepek nie!!! CUKUP!! okey kawan-kawan langkawi sangat seronok rasa macam taknak balik KL. dah la ramai omputih, cuci mata la weh! HEHE.. apa-apa pun aku sangat hanppy dengan percutian ini. seronok bila bersama family. i LOVE langkawi..

p/s: masa penerbangan balik dari langkawi ke lcct, pramugara yang layan aku tadi memang kacak gilerrrrr!! termimpi-mimpi dalam tidur. HAHA.. ouh abang FA yang hensem.. zzzzz

1 comment:

  1. ketenangan itu sentiasa ada bersama kita pabila kita memerlukannya . . .

    ReplyDelete