Final Exam Wayang Kulit

aku baru habis show wayang kulit. final exam kami tadi berjalan dengan lancar. alhamdulillah akhirnya tamat sudah pengajian wayang kulit tapi nanti pasti rindu. lepas nie dah tak dapat main wayang kulit dah nanti belajar bangsawan pulak. rindunya wayang kulit nantiiiiiii...

tadi masa kami main wayang kulit, aku rasa SEMANGAT yang pak nasir seru ada dalam badan aku. aku dah macam orang tak ingat dunia. ketuk sekuat hati.

sebelum start show, kami semua duduk di bilik persalinan. baca doa, ambil semangat untuk buat yang terbaik. masa tu aku tengok sorang-sorang dah nak menangis tapi dorang tahan je. bila duduk je atas stage, semua dah jadi bersemangat. semasa kami pasang video, aku tengok kira dah menangis macam tu jugak kawan-kawan yang lain. nak tahu kenapa? yelah dalam video tu ada kami selitkan detik-detik manis, ada gambar mus'ab (kawan kami yang hilang tanpa berita).

mana kami tak sedih bila tengok muka dia ada dalam video tu, pastu pulak rakaman sepanjang kami belajar di videokan. kerana kesedihan yang kami rasa ketika ini, membuatkan kami bersemangat untuk bermain dengan baik.

aku tahan sebak bila lihat kawan-kawan bersatu. tak pernah aku rasakan sebegini. pada team KILANG SKRIP PRODUCTION, korang adalah yang terbaik dikalangan yang terbaik. aku harap kita akan graduate sama-sama nanti. GUD LUCK untuk korang.

pasal mus'ab kita doa sama-sama supaya kita dipertemukan dengan dia walau untuk kali terakhir. aku sayang korang :(

time final exam

No comments:

Post a Comment