sekarang di ASWARA tengah hangat orang bercerita tentang aqmal, kawan sekelas aku. ramai yang mahu tahu apa yang berlaku sebenarnya pada dia, aku sendiri tahu dari kawan-kawan. kasihan juga tengok aqmal, sedih bila dapat tahu keadaan dia. dia seorang yang sangat cerdik, walau jarang masuk kelas tapi dia boleh jawab setiap soalan lecturer. cik dollah pun sayang kat dia walau dia selalu datang kelas lambat.
bila dapat tahu dia sudah ".....", aku dan kawan-kawan sekelas mulanya terkejut tapi kami faham situasi dia sebenar. dia terlalu tension dan ada masalah family sebab tu dia makin tertekan sehingga menyebabkan dia... kami plan cuti semester ni mahu melawat aqmal, tapi ianya masih dalam perancangan. mahu lihat keadaan sebenar aqmal. aku doakan aqmal boleh di pulihkan dan sihat seperti sediakala. kau KUAT mal!!!
kelas kami makin hari makin kurang, mana tidaknya ramai yang sudah tiada. amir hamzah sudah berhenti dan sibuk berkerja. maybe rezeki dia dapat job besar. hope kau berjaya amir. lepas amir berhenti azim pula buat hal, entah mana hilang mamat ni. kes sadli pula, katanya tak boleh tangkap dengan apa yang di ajar sem ni, jadi dia extend. hilang lagi seorang. baby pula katanya sudah tukar fakulti, fakulti teater. biarlah jika itu jiwa dia dan paling memberi kesan pada kami adalah mus'ab.
hilangnya mus'ab memberi kesan mendalam pada kami seperti hilangnya aqmal. biarlah mus'ab membawa diri demi kebaikkan dia, aku doakan dia baik-baik saja. walau aku pernah ada krisis dengan dia, tapi sebelum dia menghilangkan diri kami sudah berbaik semula. sedih pula bila melihat keadaan dia dan dia tinggalkan anith macam tu saja. tapi sekarang kami tahu dia dimana dan keadaannya. dia extend katanya. alhamdulillah masih boleh berjumpa dengan dia lagi.
musab ghaib mcm tu je..
ReplyDeletems 1st dulu mmg die ghaib mcm tu je skng kitorg dh tau katne die ..
ReplyDelete