Minngu exam sudah bermula, apalagi masing-masing pulun study untuk lulus dan aku pula masih di depan laptop bermain facebook dan menonton movie. HAHA! bukan malas nak study tapi pada aku, mood sangat penting bila mahu study. so if aku ada mood nak study aku study la.
lega bila sudah selesai satu paper, paper BM. alhamdulillah aku dapat jawab semuanya dengan baik tanpa menggaru kepala mencari jawapan. mungkin orang kata "eh eeka kau tak study pun leh jawab ke?". aku senyum jela, sape kata aku tak study. aku study dari awal sem lagi, sebab tu aku jarang masuk bilik. so bila dah minggu exam, takde la kelam kabut nak study so time nie lah time to rest otak aku ni. :)
aku masih ada 4 paper lagi. penulisan lakon layar, penyuntingan I, penata bunyi I dan rekaan produksi I. tak sabar rasanya mahu habis exam. banyak benda mahu buat nanti. habis je exam, aku tolong PeTA napi. first time kerja untuk produksi teater, entah macam mana rasanya. maybe berbeza dari produksi filem, tengok jelah nanti.
lepas habis PeTA teater, jiman ajak follow shooting dia. dia mengarah cerita cinta lelaki parkour. HAHA! cerita yang aku paling suka. macam biasa stuntman dia mestilah amir hamzah. stuntman terhebat tu. HEHE! hope time shooting tu aku free.
lepas segalanya selesai ada lagi satu shooting, shooting naem pulak. aku cuma tolong dia buat pengarahan dia je, jadi apa? mestilah jadi tukang pegang kamera. naem buat cerita cinta, best juga skrip dia. tak sabar nak tengok hasilnya.
cuti semester nie, aku fikir-fikir mahu kerja. kerja apa, RAHSIA. yela mahu cari duit untuk bayar pendaftaran sem depan. aku masih menunggu pinjaman, hope dapat :)
TITIK..bukan dot dot dot..
No comments:
Post a Comment