"aku baru sedar dia muncul"
kemunculan dia depan mata buat aku berfikir-fikir tentang dirinya. dulu aku tak pernah sedar adanya dia, aku selalu fikir kawannya. namun sekarang hati aku berkata dia bukan kawannya!! aku tak suka orang jauh, aku selalu ejek kawan aku sebab belajar bahasa negeri kekasih dia. sekarang aku pula yang terkena, aku pula yang mahu belajar bahasa negeri dia. aku terkena..
dia tak HENSEM pun, tak CUMEL pun tapi dia SWEET sangat. muka bersih ala-ala REMY ISHAK (hahaha..) paling penting die berkaca mata. lelaki yang palik aku suka, lelaki berkaca mata. bila lihat dia aku rasa berbeza, dia pemalu orangnya. cakap pun malu-malu, bila chatting baru tunjuk sikap gila-gila. HAHA.. perangai dia jauh beza dengan kawan dia yang gila tu, mayb lain orang lain cara. betul tak kawan-kawan?? :)
"alamak dia ada dalam kelas tu, alamak dia ada kat cafe, alamak dia ada dalam dewan, alamak.. alamak.."
banyak alamak bila nampak dia, tapi tu yang buat aku suka. HAHA.. ramai kata aku ni suka sangat puji laki, suka sangat minat laki.. SALAH KE!! tak salahkan, suka tak bermakna cinta. lagipun aku ni takde orang suka, harap orang gila je suka aku. HAHA. ramai kata aku kasar, macam jantan termasuk kawan dia yang gila-gila tu. dia senyum je. CANTEK senyum dia!! MENAWAN..
"kejar selagi boleh.."
tak boleh nak kejar sebab aku perempuan, dia lelaki. takkan perigi nak mencari timba pulak kan. relax je dulu, paling penting kami sudah berkawan. jumpa pun berborak tak malu-malu macam dulu. kadang tu segan juga sebab dia malu-malu. HAHA..
"awak minat sama macam saya minat.." to be continued..
No comments:
Post a Comment