KELMARIN YANG BERANI

Kelmarin,
Aku cuba beranikan diri untuk beritahu dia "AKU CINTA KAU". sememangnya semangat aku itu tidak kuat dan apabila kawan-kawan memberi semangat untuk aku, aku teruskan niat untuk menyampaikan hasrat hati ini.

sememangnya sejak dua menjak ini, aku mula jatuh hati padanya. Ya dulu aku pernah menyimpan perasaan suka pada dia, namun kini perasaan SUKA sudah bercambah menjadi SAYANG dan berbunga menjadi CINTA.

aku kata padanya aku CINTA dia. aku tak malu untuk memulakan dulu, sedangkan isteri nabi memulakan lamarannya terhadap nabi. tiada istilah perigi cari timba dalam hidup aku. perempuan tidak boleh mengharap sangat lelaki memulakan dulu, lelaki juga ada malu dan egonya.

aku luahkan pada dia.. tapi aku hampa. HAMPA apabila luahan aku di biarkan sepi begitu saja. aku tidaklah mengharap balasan apa-apa darinya tapi aku mahukan jawapan atas persoalan yang aku tujukan pada dia. jawapan itu di biar sepi.

"SELAMA PERKENALAN KITA, KAU PERNAH JATUH HATI KAT AKU TAK?"

jawapan yang terlalu mudah untuk dijawab tapi terlalu berat untuk meluahkan. ya aku tahu dia tidak mahu ada komitmen dalam hubungan yang dia akan jalinkan. aku juga tidak mengharapkan hubungan itu, namun cukup BAHAGIA untuk aku bila dia sentiasa dengan aku dan masih mengaggap aku teman baiknya.

sayang ini memang untuk dia. dia cinta pertama aku, aku benar-benar jatuh cinta pada dia. jika dia juga merasainya aku harap ada takdir untuk kami. ianya nanti bukan lagi satu harapan tapi satu kebahagian yang akan aku beri sepenuhnya untuk perjalanan kisah cinta kami.

aku berharap dia merasai apa yang aku rasai saat ini. aku berikan dia masa untuk berfikir tentang soalan yang aku beri. aku tidak mahu dikatakan gelojoh. sesungguhnya tuhan sudah menetapkan segala jalan cerita kehidupan ini. aku hanya menadah tangan memohon doa dan terus berusaha dan berusaha.

aku harap masih ada sinar bahagia antara aku dan dia. mungkin bukan pasangan bercinta tapi juga pasangan teman baik. 

AKU CINTA KAU
ikhlas : EA

Promo Video Couple :) F.A.iLOVEu

Hai teman, arini aku mahu share sama kalian tentang video yang pernah aku buat untuk orang yang paling aku sayang, iaitu teman baik aku.

video ini sebenarnya aku buat untuk memberi semangat pada dia untuk menempuhi sesi VIVA PeTA Degree Filem & Video. apa itu PeTA? Penialaian Tahun Akhir bagi student tahun akhir ASWARA. jadinya aku buat video ini untuk die.

kisah tentang kami :) hope u olls enjoy. 


SANGAT SAYANG TEMAN BAIK SAYA :)

*bakal imam saya*
F.A. iLOVEu

Audio Class

apa benda kat atas nie eh?

inilah tempat mengedit sound untuk filem. siang tadi aku kelas audio, kami belajar tentang bagaimana mahu buat suround sound macam kat dalam movie dimana ada 5 buah speaker sayap kiri, sayap kanan, center, sayap kiri belakang, sayap kanan belakang.

jadinya untuk semester baru nie, kami diminta buat sound bagi video yang telah kami pilih. seronok sebenarnya belajar sound nie. ENJOY. tapi tulah nak belajar sound nie pecah kepala sebab banyak yang perlu tahu. kalau aku cerita mungkin akan memeningkan kepala kalian saja. jadinya.. buat buat mengerti saja situasi aku ya.


ini bilik recording pula dimana, jika mahu record lagu atau soundtrack boleh buat kat dalam nie. ada lagi satu bilik untuk penyanyi dan pemuzik berkarya. nampak macam seronokkan tapi susah. aku belajar PRO TOOLS dari semester I dari kelas Audio I, kelas Audio II dan kini kelas Audio III aku masih tak mahir menggunakan PRO TOOLS. pecah kepala gak weh. tapi aku sangat enjoy :)


selesai kerja dan kelas, apa lagi recording suara sendiri la. melepaskan tension kami karoke ramai-ramai. bukan selalu dapat buat macam nie. lepas nie kena record suara orang pula. rupanya sedap juga suara aku kan :)

itu je untuk hari ini. ASSALAMUALAIKUM..

SERABUT SIAL

Hari nie aku tidak boleh membuat kesimpulan tentang mood aku sendiri. apa yang sebenarnya aku sedang fikirkan?

KENING KIRI ASYIK BERGERAK TANPA HENTI DARI MALAM TADI HINGGA KINI..

kenapa agaknya YA?

aku sedih. sedih sebab apa? entah aku sendiri tidak tahu. fikiran ini sering memikirkan sesuatu, sesuatu yang aku tak pasti. pada luarannya memang aku sedang bergembira tapi dalamannya. aku runsing memikirkan tentang sikap pelik aku kini.

aku sebenarnya sedang ligat berfikir tentang sesuatu.
sesuatu yang aku tahu dan aku cuba untuk membuang jauh dari pemikiran aku. tentang seseorang.

KENAPA aku sering TERINGAT tentang dia??

sedangkan dia.. NAMA aku tidak langsung bertakhta dihatinya inikan pula untuk dia memikirkan tentang aku di fikirannya. MUSTAHIL ini berlaku..

kerana aku terlalu berfikir, aku mula penat dan lemah untuk teruskan kerja-kerja yang tergendala. mana tidaknya, setiap hari aku akan fikir benda yang sama tentang dia. 

SUMPAH ini pertama kali terjadi dalam diri aku apabila aku benar-benar sayang seseorang dan tidak mahu kehilangan dirinya. 

seronoknya jika dia SEDAR!!

MAAF pada yang tertunggu-tunggu hasil nukilan dan kerja yang aku wajib lakukan, akibat ketidakwarasan berfikir kerja ini semuanya tergendala. MAAF KALIAN.

aku cuba menyiapkan satu persatu kerja, namun..

dia sudah berpunya agaknya. jika YA dia sudah berpunya, MAAF kerana menyimpan perasaan ini terhadap awak. perasaan ini tak mampu untuk di ikat. awak sering berlegar di fikiran saya.

MAAF.. MAAF..MAAF..

Musuh SAMPAH!!

Bukan aku lemah,
Bukan aku tidak tabah,
Bukan aku tidak kuat..
Bukan aku.. Bukan aku.. Bukan aku..

Kekuatan mula di bawah ketidakwarasan,
Ketabahan mula terkikis dengan pisau tajam musuh,
Fizikal dan mental terus berusaha untuk tidak gila!!

Aku menyusur akal ke depan..
Melihat keadaan akan datang..
Membuang angan-angan sampah kelmarin..
Untuk aku melangkah Gah di sisi musuh yang mencaci..

Langkah ini aku susur penuh longlai,
Tiada pautan,
Penuh kesukaran..

Biar hati menangis sekarang kerana musuh jiwa yang kuat menghina,
Biar aku kelihatan lemah,
Biar mereka mentertawakan aku sepuas-puas..

Aku tekad untuk membunuh jiwa musuh yang suka menghina,
Aku tekad membidik hati musuh yang busuk,
Segalanya aku bertekad..

Musuh di keliling aku musuh paling SIAL!!!

Sedondon Baju Kotak Kotak

"Aku masih terperangkap dalam jasad semalam
Aku masih trauma dengan kisah kelmarin"

Semalam : Diari cinta hati

Pertemuan semalam ada sesuatu yang tidak kena. mungkin kerana kami sama-sama penat dan terlalu banyak yang mahu di fikirkan. dia dengan kerjanya dan aku.. aku fikirkan apa sebenarnya ya?? PeTA, mungkin.. 

Syaitan   : Bila mahu dating masih ingat PeTA? 
Jasad      : itu bukan apa yang aku fikirkan!!
Syaitan   : Habis apa?! kau fikir dia? kau fikir apa!!
Jasad      : Sigh!

Malas mahu fikir, apa yang aku mahu ceritakan tentang dia yang seronok seronok saja.

Mula dari awal..
pertemuan antara kami semalam buat aku happy sebentar walaupun aku tahu dia gagahkan juga untuk ikut kemahuan aku. sesungguhnya aku kasihan melihat dia sebenarnya..

Aku sangat terharu bila dia sangat teruja menerima pemberian aku. sehelai baju kemeja yang ikhlas aku hadiahkan untuk dia. Baju Couple katanya :) aku seronok bila lihat dia happy, bila lihat gelak tawanya, bila lihat bebelannya. aku rindu segalanya tentang apa yang ada pada dia..

Baju kemeja yang aku beri itu terus ditukar si dia, nampak secocok kami. aku lihat dia tampan dengan pemberian aku, walaupun baju itu tidak kelihatan seperti baju mahal dia tapi cukup buat aku tersenyum apabila di memakai hasil pemberian dari titik peluh aku sendiri. aku mahu berkongsi dengan dia..

Sesungguhnya semalam buat aku bahagia walau sekejap cuma. jika dia tahu Aku benar-benar SAYANG kan dia. kalau dia tahu aku tak mahu kehilangan dia. kalau dia tahu.. itu semuanya kalau.. Sigh!

Mohd Farid B. Arshad : jika awak baca blog nie saya nak awak tahu Saya betul-betul ikhlas sayangkan awak, saya tak mahu kehilangan awak, awak musuh | sahabat baik | teman gaduh | kekasih | cinta hati dalam hidup saya.

-lelaki paling sombong di ASWARA. SUMPAH aku benci dia dulu!!-
Kini
♥ ♥ ♥

Broken Hearts itu pedih


Andai dia tahu,
hati ini sering menjerit nama dia..

Andai dia tahu,
sesaat tanpa melihat wajahnya, jiwa bisa memberontak..

Andai dia tahu,
segala yang aku lakukan untuk mencuri cintanya..

Andai dia tahu,
aku mahu jadi makmum dalam sembahyangnya..

Andai dia tahu,
aku terlalu menyayangi dirinya..

Andai dia tahu,
aku mahu dia membuka kunci cintaku..

Segalanya ANDAI DIA TAHU..

apa yang di tahu??

TIADA APA YANG DIA TAHU..

setiap lagu ada cerita. lagu ini aku berikan pada dia. mungkin dia tidak suka namun liriknya itu penuh makna. sesungguhnya tuhan beri dia padaku untuk terus kuat, kental dalam menempuh hidup baru.. dia sudah lama aku tinggalkan dalam jiwa ku..

tiada apa yang boleh digambarkan

sejak idea aku tidak di sukai Dekan aku sendiri, aku bukan menjauhkan diri dari teman teman tapi aku terlalu rendah diri. cerita aku ditolak kerana ianya drama biasa. YA sememangnya aku tidak kisah jika idea ini ditolak tapi.. susah untuk aku ceritakan. 

SYUKUR

sesungguhnya aku bersyukur pada 3 insan yang sealu memberi semangat pada aku. 

a) Shuhaimi Zulkifli seorang pengkritikan dan peransang idea yang hebat pada aku. Dia membuatkan aku membuka kembali otak yang tersepit dari kegagalan lepas. 

b) Abang Adam. Terima kasih abang sebab selalu bertanya tentang PeTA saya, terima kasih kerana beri saya idea baru, terima kasih kerana sentiasa menasihati saya, terima kasih kerana sentiasa bersama saya sepanjang saya keseorangan dan terima kasih dengan gelak tawa abang. cukup buat saya gembira dalam kepahitan.

c) Orang terakhir ini yang banyak beri aku kata kata semangat, yang selalu mengambil berat tentang aku, sentiasa bebel menasihati kedegilan aku, walaupun kadang kala ia tenggelam timbul namun aku mengerti kesibukkan kerjanya. cukup bila masa terluang dia banyak menghabiskan masa dengan aku bertanyakan tentang study, tentang kawan kawan, tentang cinta, tentang hidup dan tentang segalanya. dia adalah sahabat baik, kekasih, teman bergaduh, teman gelak tawa. sesungguhnya dia adalah insan yang telah menakluki hati aku sejak perkenalan kami yang pertama. terima kasih Fayeed kerana sentiasa di samping aku bersama

walaupun aku merasa rendah diri, cukup ada mereka untuk pulihkan semangat aku kembali. Terima kasih juga pada Pinky dan Anith yang sering melayan kerenah aku. 

tanpa teman teman sebenarnya membuatkan aku lebih berdikari sendiri tanpa mengharap bantuan mereka. mereka hebat dimata aku, aku hanya seorang pelajar yang kuat berangan dan tiada apa yang istimewa.

Nukilan ini ditulis kala sedih :'(

Dia berbaju melayu hitam

Bila mood menulis datang, banyak yang bermain difikiran..

dari mana aku mahu mulakan ya..

Oh ya kisah aku bertemu dengan dia tempoh hari.

Sememangnya aku benar benar mahu temui dia, bila sudah bertemu banyak benda yang kami cerita. Cerita mengenai segalanya, cumanya hati dan perasaan itu belum lagi di kisahkan. mungkin masing masing segan dengan perasaan yang timbul atau sememangnya aku saja yang merasai perasaan ini?

Tidak mungkin..

Aku tahu dia juga merasai apa yang aku rasai. kami sama sama merasai perasaan satu itu. tapi aku masih belum mampu untuk beranikan diri memberitahu.

kisah aku ini aku ceritakan pada mama dan mama cerita pada abah. mama kata bagi hint kat si dia supaya si dia sedar yang aku menyayanginya. ermmm.. tapi mama..

Aku SEGAN!!! aku perempuan..

mama kata, perempuan tidak semestinya berdiam dirikan. sekarang zaman moden, lelaki atau perempuan semuanya sama. perasaan kalau di simpan lama lama boleh mati dalam hati. HAHAHAHA..

mama memang sporting.. ABAH..

abah hanya diam dan mempersetujui apa yang mama kata.

Eh awak kalau awak baca, saya mahu bagitahu awak.. SAYA SAYANG AWAK KETAT KETAT :)

haritu awak pakai baju melayu, serius awak sangat manis dan hensem. saya saja je tak mahu mengaku yang awak nampak segak sebab kalau saya mengaku awak segak tentunya awak kembang semangkuk. bila awak kata "Kau suka aku ya".. awak seronok,tapi waktu tu saya berdalih tapi sememangnya memang saya suka awak. 

Awak suka saya?

Assalamualaikum blogger

Terlalu lama aku tidak menyentuh diari world wide aku, apa tidaknya sejak kebelakangan ini aku sedikit sibuk dan terlalu banyak yang aku fikirkan. aku masih tidak tahu apa yang aku cari sebenarnya. mungkin satu jawapan untuk sebuah kepastian.

Apa apa pun pada kalian yang bertanyakan tentang kisah aku, maaf terlalu banyak kisah yang mahu aku ceritakan cumanya..

Arghhh.. tunggu mood itu datang baru aku ceritakan..