kemeriahan hari raya


HARI NIE HARI RAYA (30/8/2011)

so macam mana dengan raya korang hari nie? BEST??
opkos lah bestkan, mana taknya beraya bersama keluarga tercinta :)

alhamdulillah..
raya kali nie aku diberi nafas lagi dibumi ciptaanNYA..
dan aku berharap aku masih mampu beraya untuk tahun seterusnya bersama kalian semua.

MACAM MANA DENGAN DUIT RAYA??

tak sangka aku dah besar masih lagi dapat duit raya..
HAHAHAHAHA :)
al maklumlah aku kan belom berkerja, so masih ada peluang untuk kutip duit raya..

BERAPA DUIT RAYA DAPAT?

duit raya taklah banyak macam dulu,
lebih kurang tolak hitung adalah dalam RM xx.xx
tak banyak pun..
lepaslah kalau nak beli nai bungkus :)

alhamdulillah..
janji dapat duit raya kan..

************************************************

sebenarnya raya bukanlah untuk mintak duit raya, tapi pada aku adalah beraya bersama keluarga tercinta. time macam nie lah kita bermaaf-maafan, merapatkan yang jauh dan dekat, mengeratkan silaturahim yang terputus. jadi kesimpulannya raya tetap meriah walaupun aku dah takde atok dan nenek. hari nie aku gembira sebab dapat meraikan hari raya bersama keluarga dan sanak saudara. 

AKU ADA IMPIAN :)

impian aku..
errrr...er....errrrrr...
aku...
aku nak...
aku nak beraya..

APA!!!!!

aku nak beraya dengan REMY ISHAK sangat-sangat..

TAPI..

hanya dalam mimpi jelah.. :(

insyaallah kalau ada rezeki tak mustahil eeka.. :)
chill la..
(sedapkan hati)

************************************************

apa pun hari aku panjatkan kesyukuran pada ilahi,
sesungguhnya aku bahagia hari nie..

*hampir 3tahun beraya tanpa kekasih hati. erk? *motif
KORANG SEMUA


klik link kat atas nie..
nie video korang main bunga api haritu..
aku dah edit..

pada korang..korang..korang.. yang tengah baca nie..
boleh gak klik tengok video nie..
dah tengok komen-komen okey :)

main bunga api..
lalalalalala~~~

pada KILANG SKRIP PRODUCTION :

jumpa lepas raya, ujian cik arief jangan lupa buat..
assigment takde kan??
apa lagik erk nak cakap..
HAH!!
kelas bengkel produksi dah kena picthing idea kan..
so..
ermmmm...

soalan :
siapa tahu buat skrip untuk docu?
aku nak tahu sebab aku tak tahu, selalu buat skrip lakon layar je...

SELAMAT HARI RAYA


dikesempatan ini aku ucapkan :

SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR DAN BATIN..

aku ada ucapan untuk korang,
klik link bawah nie


TENGOK JANGAN TAK TENGOK :)

JOM SHARE CERITA 
story tentang raya dulu-dulu..

kenangan manis :
aku ingat lagi kenangan manis aku beraya time kecik-kecik dulu. mana taknya beraya sakan sebab nak collect DUIT RAYA. pergi beraya kat rumah orang yang tak kenal pun boleh jadi, semata-mata nak kumpul duit raya. lepas habis raya, kira duit siapa paling banyak. duit raya yang dah kumpul banyak-banyak tu buat beli basikal. masa tu rasa puas sangat :) kalau boleh putarkan masa kanak-kanak dulu, seronoknya..

kenangan pahit :
kalau tak silap aku kisah ni masa aku darjah 4 ke 5. aku lupa. aku ni ganas dan buas. dekat rumah arwah nenek aku ada pokok besar. aku suka panjat pokok tu, tiap kali balik rumah nenek aku mesti nak panjat pokok tu. nak dijadikan cerita, time tu raya ke 2 rasanya. kami saudara mara berkumpul kat rumah nenek aku untuk bertolak ke kuala pilah beraya rumah induk kat sana. tengah panjat, tiba-tiba aku dengar mak aku panggil sebab dah nak gerak. aku kelam kabut turun takut kena tinggal. tengah turun tu seluar aku tersangkut kat dahan pokok yg baru potong. apa lagi KOYAK!!! mak aku tengok mengamuk. padan muka aku, hari tu aku beraya dengan seluar koyak. sob..sob..sob.. :(

*ala time tu kecik lagi. HEHEHE..

DALAM TREN YANG SESAK

aku hampir pitam,

nasib baik ada yg sudi membantu..

mungkin kerana terlalu letih dan tak cukup tidur..

terima kasih kepada yg sudi membantu aku,

ktm yg sesak dan padat salah satu punca aku pitam..

dah la kena berdiri selama sejam setengah..

DUGAAN BULAN PUASA :)
tadi nampak kau!!

nak tegur ke taknak.nak tegur ke taknak.nak tegur ke taknak.

akhirnya aku buat keputusan..

BERDIAM dan MEMERHATI :(

sial perasaan aku sekarang berbelah bagi!!

ARGGGHHHHHHHHHHHH....

aku suka kau, tapi aku suka dia.

SIAPA?? sial!!!

huh!!

FULLSTOP aku pilih kau TAPI....

bersambung..

jom usha iklan yang kami buat

LAYAR 8

korang nak tengok produk kami setelah 8 jam berhempas pulas??

walaupun tak seberapa..

TAPI..

kami nak MENANG..(nama group) HAHA!

if korang nak tengok iklan layar 8 kami, klik link bawah ni..


kalau korang nak komen, aku berbesar hati nak baca komen korang..

hope korang leh bagi komen yang membina okeh..

-----------------------------------------------------------------------------------------------------

apa HALANGAN layar 8 yang kami tempuhi?

masalah : pelakon 
penyelesaian : seb baik junior duduk hostel. so main rembat je pelakon..

masalah : idea 
penyelesaian : ada 4 kepala ada 4 idea dan kami gabungkan menjadi 1 cerita. WOW!!

masalah : keadaan sekeliling yang SEMAK!! location..
penyelesaian : kami shot di masjid jamek dalam keadaan ramai orang, jadi masing-masing jg diri masing-masing. HEHE :)

masalah : editing
penyelesaian : habis shot edit offline dulu, TAPII.. lain yang kami nak lain pulak yang dapat. kami REDHA je :)

UCAPAN :
untuk team KAMI NAK MENANG..
best sangat kerja dengan korang,
first time kita bergabung dip filem thn 2 bergabung dgn deg thn 3..
GEMPAK seh!! 
lain kali kita berkerjasama lagi okeh :)

-usha sikit gambar layar 8-


editing bersama khalid

bersama team KAMI NAK MENANG :)

time kena hentam dengan panel

apa-apa pun kitorang dah buat yang terbaik.
PEACE :)
kisah hati hari ini ;(

sedih..

ENTAH LAH..

:((

sedih pasai pa? APA TAK TAU..

----------------------------------------------------------------------------------

aku cerita kisah hati hari ini okeh...

aku rasa rendah diri bila dapat tahu latar belakang orang yang aku suka. aku dengan dia bagai enggang dengan pipit, memang tak akan bersatu. lagipun taste dia terhadap perempuan terlalu tinggi, berbeza dengan aku yang tak berapa nak lawa dan agak.. KASAR!! 

walaupun kami mempunyai minat yang sama TAPIIIIIII....

dia tetap bukan untuk aku. dia terlalu KAYA!!! walaupun dia kaya, aku respek dia sebab dia tak menunjuk walaupun dia anak somebody. 

maybe aku biarkan saja niat aku berlalu pergi. mungkin ada yang lain menanti. TAPIIIIIIIII....

baru aku tahu :

dia seorang yang CEREWET!!!

sangat COMPLICATED dalam kerja..

NAMUN..

aku tetap suka dia..

maybe SAYANG..

CINTA.. tak akan!

TAPIIII.. :(

kenapa saya happy??

HARI NIE AKU HAPPY!!!!

sebab apa??

:)

happy.happy.happy.happy.happy.happy.happy.happy.

----------------------------------------------------------------------------------------

STOP senyum-senyum eeka!!
erk?? -,-

okeh sabtu nie ada layar lapan..
APAKAH ITU??

layar lapan untuk budak filem..
selama 8 jam kena hasilkan 1 produk..
so tahun ni, bertemakan iklan raya..
task akan diberi time hari layar lapan tu..

team aku:
khalid (ketua)
atan
kira
aku lorh..

*gud luck untuk semua team :)

happy.happy.happy.happy.happy.happy.happy.happy.

harinie saya happy

secret admire

Untuk pertama kalinya aku memberanikan diri aku untuk....

UNTUK APA????

APA YANG AKU BERANI SANGAT NI!!!

first time aku berkongsi dengan korang rahsia yang lama aku simpan..

MAHU TAHU???

baca nie(kalau malas jangan baca) :

aku suka seorang budak nie, lama dah aku suka dia. memang tak di nafikan dulu ramai yang aku suka, tapi suka tengok muka je tapi dia nie lain sangat. aku rasa dia tak lah hensem sangat, tapi pada aku rupa bukan ukuran, paling penting hati babe. hati tunjang utama.. (poyo) :)

kenapa aku suka mamat nie eh??

sebab muka dia memang muka lelaki melayu. kulit gelap-gelap, muka manis bila senyum paling utama dia stylo. hehehe ;p dia ada ciri-ciri lelaki idaman aku. dia minat sama dengan aku. aishhhh...


lama sudah aku minat kau..
sejak pertama kali aku tengok kau, aku asyik tersenyum je..
kau sweet sangat... aku nak berkawan dengan kau..

TAPI....

kau pemalu sangat..
aku takut nak dekat dengan kau..
kau baik, pendiam.. beza dengan aku..

*pst : kalau kau baca blog aku nie, aku harap bila kau jumpa aku.. kau tegur la aku eh.. sebab aku malu nak tegur kau. tak tahu :)

*MAAF JIKA ADA AYAT-AYAT YANG MENGELIKAN*

Malaysia student Asyraf Haziq brutality attacked then robbed in London

video nie tengah hot kat youtube!!

SEBAB..

rakyat malaysia kita di buli di London!! Fuck!! tengok jela..


Video nie tentang seorang student malaysia kena belasah kat London. London kan ada buat rusuhan, so mamat nie nak pergi beli makanan berbuka, alih-alih makan diri dia balik. dia dibelasah, dirompak! babi punya omputih tu, basikat fixie die ambil, pastu PSP dalam beg selumber dia curi. di sebabkan si Asyraf ni kecik dan dalam keadaan kesakitan yang amat sangat jadi dia hanya mampu memandang saja. kesian juga budak ni, omputih semuanya badan besar, dia badan kecik.

lagi kesian, asyraf kena jalani pembedahan sebab rahang giginya patah. ramai juga yang simpati dan menderma hampir RM 58,000. rakyat london yang tengok video ni, semuanya bersimpati dan kesal dengan sikap rakyat diorang. apa pun rakyat malaysia turut prihatin dengan kejadian yang menimpa asyraf ni. 

jadi pada student-student malaysia yang kat oversea tu, jaga diri baik-baik supaya perkara macam ni tak berlaku kat korang. bila dah jadi macam ni, memang parah la.

*pst : si asyraf ni dah jadi bualan mulut rakyat malaysia dan london. media london sanggup tunggu depan hospital untuk temuramah asyraf. popular tanpa sedar, tapi si asyraf ni katanya dia rimas jadi popular. hehe.. kalau video nie tak tersebar maybe kita pun takkan tahu apa yang berlaku kat asyraf kan. 

aku simpati dan turut berdoa semoga asyraf cepat sembuh dan baik-baik saja di sana. amin...

LEPAKING

LEPAKING AT OLD TOWN

semalam aku, ain, ummi, edd, asean dan nad lepak kat OTWC bangsar. sebenarnya saja-saja je lepak sana cuci-cuci mata tengok lelaki-lelaki kacak. HAHAHA.. banyak gak cerita yang kitorg bualkan (padahal satu aswara). nie semua plan asean, aku ikut je. malam-malam minggu seronok gak lepak cuci-cuci mata ni kan ;)


menu air feveret aku :)
old town white coffee - hazelnut (COLD)

seronok lepak dengan korang ;)

 bersama dengan cik yah dan cik nab

edd, asean dan ain fat :)

lain kali lepak lagi okeh...
*pssttt suka abang yang senyum tengok kita tu.. hope jumpa dia lagi.

sinematography

AKU SUKA SINEMATOGRAPHY

mungkin ramai tertanya-tanya sinematography tu apa? okeh aku perjelaskan. sinematography nie adalah subjek utama dalam pembikinan filem, lebih senang korang faham adalah subjek untuk jadi kameraman. macam mana yang korang tahu, aku minat gila bab-bab kamera ni. bukan senang nak jd sinematography wanita tau sebab kena tahu add math, kena tahu baca cahaya. aku memag agak bodoh sikit dalam kelas teori tapi alhamdulillah dalam kelas praktikal aku faham keseluruhan yang lecturer ajar.

LECTURER : cik aaron

AKU MAHU JADI D.O.P. (director of photography)


aku berharap untuk PeTA nanti aku boleh buat sinematography..

if tak dapat aku berharap dapat buat directing..

bukan senang nak jadi sinematography, mungkin setengah orang kata "ala setakat pegang kamera, susah apa??". pada yang tak belajar memang SENANG bercakap tapi pada orang yang belajar BUKAN SENANG mahu mahir dalam sinematography. sinematography bukan belajar TEORI tapi perlu belajar PRAKTIKAL jugak. 

*kawan-kawan doakan aku ye :)

my classmate (sayang korang) :)

senior

lama betol aku tak update blog. bukan sibuk sangat pun, tapi sebab malas dan takde cerita yang best aku nak kongsi. aku br habis siapkan satu video klip, tapi video klip aku macam jahanam. tak best langsung dan TERUKKKK... malu seh bila orang tengok. aku direct aku belakon.

*pst.. if nak tengok video klip aku tunggu aku upload dalam youtube okeh!

ENTRI PANAS

aku minat seorang budak 'SENIOR'
dah lama aku usha, kitorang pun dah berkawan pun..

TAPI!!!!!!

dia seorang yang sangat, sangat, sangat PEMALU!!
macam mana nak ngorat kalau pemalu sangat :(

SEBAB-SEBAB AKU SUKA DIA

1. muka dia sweet sangat, muka lelaki melayu. kulit ala-ala remy ishak

2. dia minat sama dengan aku minat

3. dia pemalu dan lemah lembut (bukan pondan okeh!)

4. senyuman dia manis

5. dia suka pakai topi dan bercermin mata

6. dia taste aku

walaupun orang kata dia biasa, tak hensem tapi bagi aku dia ada daya tarikkan tersendiri. aku sebenarnya nak mintak tolong dia ajar aku sinematography sebab dia teror tapi aku MALUUUUU... malu tapi mahu! :)

harap kau baca budak kaca mata

kalau dulu aku minat lelaki aku akan terus terang, tapi dengan dia aku jadi malu. tak tahu kenapa. macam mana kawan-kawan aku nak mulakan langkah aku ni.. HAHAHA.. 

BIARLAH KAWAN DULU, EH MEMANG AKU NAK KAWAN JELAH!!

*pst.. nak berbuka dengan kau senior!!

muka kau macam SABHI SADDI.. BETUL!! iras-iras la :)

shot shooting bershooting menyunting..

malam nie aku rasa sunyi je walau keadaan sekeliling aku sangat riuh rendah dengan bunyi bising kawan-kawan aku. kami berkumpul di ASWARA untuk ke Genting, shooting bengkel produksi. aishhhh... puasa pun masih berkerja. seronok juga dah rasa macam rombongan. HAHAHA. :)

walaupun bising, aku rasa sunyi sangat. entahlah kenapa eh? memikirkan sesuatu, mayb masa depan aku. sebenarnya aku rindu saat-saat aku bodoh-bodoh masuk Aswara dulu. hehe, rindu jadi junior tapi sekarang bile dah jadi senior aku boring sebab junior semuanya sombong dan POYO. ada yang okey, okey. ada yang poyo, poyo sangat. lantak pi la, tak kenal lagi kot.tak kenal maka tak cinta. :)

eh tetiba rindu lah..

rindu memori lalu..

pagi nanti sampai genting aku nak shot video klip. khas untuk korang yang aku rindui..

aku sangat rindu..

dah jom gerak ke Genting.. Time : 2.30pagi

Shooting Video Klip Alyah - Kisah Hati.

pst** aku direct, aku pelakon *giler glamour* :)          in mood sedih :(