bunga-bunga cinta kotor

permainan yang di atur bagai dilanda tsunami,
langkah yang menapak terhenti,
kisah yang di cipta tiada lagi idea,
persoalan menjadi tanda tanya kini..

dalam dingin malam,
aku lihat jiwa kosong dalam diri aku,
tiada apa,
kosong tanpa sebarang rasa,
debu penuhi segala ruangan cinta..

dalam mencari makna persoalan,
aku tempuhi garisan kegagalan,
namun garisan itu aku bentuk,
aku bina sebuah kejayaan walau perit ku lalui..

tiada siapa mengerti suara hati ini,
tiada siapa mampu menjawab persoalan ini..
tiada siapa...

bila melihat cinta di depan mata,
jiwa mula gundah gulana,
tak tenteram bak dikacau makhluk berbisa..

sesungguhnya dia kebahagian aku,
dalam diam aku menyimpan sesuatu impian,
untuk memiliki dia..
namun.....
itu hanya khayalan,
dunia indah yang aku impikan penuh kelukaan,
darah luka sudah kering,
hanya perlu diganti oleh zarah darah dia..

aku diam membisu,
melihat apa yang perlu,
berkata untuk senyuman hati aku,
tanpa dia sedar kuntuman bunga sudah terukir penuh dalam bakul jiwa aku..

biar keadaan ini selamanya begini,
tanpa dia mengetahui,
tanggungan yang aku galas,
sarat dengan jiwa-jiwa cinta..

sesungguhnya aku berjiwa-jiwa cinta..

aku budak berjiwa cinta

penatnya aku sekarang, kerja.. kerja dan terus berkerja. namun demi untuk mendapat ilmu segenggam aku gagahi jua untuk menolong rakan-rakan aku berpanas, berhujan dalam menyiapkan PeTA mereka. sesungguhnya aku terharu dengan sikap kerjasama mereka. aku sangat gembira dipertemukan dengan mereka. aku cuba belajar untuk perbaiki diri menjadi lebih baik dari hari ni.

bila penat berkerja, aku perlukan rehat yang cukup. penat. ya sangat penat! namun inilah yang akan aku tempuhi nanti. bila keadaan penat, lemah fikiran melayang entah kemana. melalut entah apa-apa, melihat tanpa bersuara. namun bila ada sesuatu yang teruja, segala kepenatan hilang begitu saja. kenapa ya? 

aku tidak mahu lagi berfikir bukan-bukan tentang dirinya. dia sudah berpunya dan aku mahu cuba menjauhi perasaan ini dari jiwanya. hanya berkawan tanpa mempunyai sebarang perasaan.

mengeluh.. dan mengeluh..

apa makna cinta sebenarnya? pelik kan.. orang sering berkata-kata aku berjiwa-jiwa cinta namun aku sendiri tidak temui sebuah cinta yang aku cari selama ni. apa ya cinta pada kalian semua? huhhhh..

aku masih berjiwa-jiwa cinta..  mencari persoalan yang cuba diselindungi. permainan apakah ini? aku tak mampu baca permainan dia. biarkanlah..

AKU SI JIWA-JIWA CINTA..

tadi

sekejap tadi aku bertemu dia lagi. entah kenapa hati jadi sayu bila melihat dia. 

KENAPA??

bila melihat raut wajahnya aku lihat ada sesuatu bebanan yang cuba dia pendamkan. seperti ada satu tekanan yang amat berat menimpa dirinya. mungkin bagi sesiapa yang melihat mukanya nampak kemas tapi pada aku dari air mukanya nampak dia sedang berserabut, mungkin berserabut dengan kerja-kerja. matanya menunjukkan segala apa yang dia rasa. kasihan melihat dia..

sesungguhnya aku bangga, walau dia sedang mengalami tekanan namun dia masih sanggup menolong rakan-rakannya walau ketika itu aku lihat dia amat penat. mungkin.. aku kurang pasti. entah apa yang aku rasa sekarang? aku tak salahkan perasaan ni untuk mula mengenali dia, tapi dulu.. emmmm...

entah!! aku juga turut berserabut!!
bukan memikirkan dia tapi memikirkan masalah aku sendiri. tiada siapa tahu, tiada siapa mahu mengerti. biarkan aku duduk dalam ruangan kosong ini sendiri bersama khayalan dan mimpi yang penuh misteri!! 

selamat tinggal!! 

sesungguhnya aku rindu kau sinchan. kau hensem tadi!! TADI!! :)

tikaman berdarah , kemanisan berkarya

semalam keperitan bagi aku,
namun hari ini kebahagian yang aku terima..

sesungguhnya kebahagian hari ini adalah teristimewa,
walau hanya bertemu tanpa kata,
cukup buat aku teruja..

mungkin perjalanan kisah hari ini ada hikmahnya,
siapa tahu kemanisan yang datang untuk selamanya,
setelah aku lalui kepahitan jiwa..

hari ini buat aku tersenyum lagi,
biar tiada siapa mengerti,
biar mereka mencaci,
segalanya aku tanggung sendiri..

rahsia hati muncul lagi,
tiada cerita yang akan aku wawarkan,
tidak mahu ada mulut yang memaki..

sedih semalam kebahagian hari ini..

jika aku mampu gapai drama hari ini,
akan aku tamatkan dengan pengakhiran yang bahagia,
walau konflik datang menduga..

terima kasih kepada-NYA kerana memberi kenikmatan dalam kehidupan,
walau tikaman sering aku terima,
itu kekuatan untuk aku terus berusaha..

aku hanya mampu tersenyum dengan drama hari ini..

sesuatu yang indah terjadi,
tanpa dipinta..

- aku hari ini :) -

suara hati


malam nie aku buka untuk dengar lagu nie. tiba-tiba aku tersentuh sangat-sangat. entah kenapa bila dengar lagu nie aku rasa ada satu perasaaan berbeza menyerap masuk dalam darah aku. entahlah... mungkin malam nie aku sedang berjiwa-jiwa. bait lirik lagu nie buat aku rasa tersentuh, dengan alunan lagu yang sedap menambahkan kesedihan yang aku rasai hari nie. mungkin pada kalian aku gembira, tapi hati ini tiada siapa mampu tafsir. entahlah.. aku bingung tentang perjalanan hidup baru nie, masih mentah untuk aku takluki dunia pembunuhan jiwa-jiwa manusia!!  aku meneruskan perjalanan kotor ini...

suara hati - apa yang korang fikir bila aku mula bercerita tentang suara hati? biar hati berkata bila jiwa sudah terbuka untuk bercerita. namun hanya orang terpilih akan aku ceritakan iaitu kamu!! mungkin awak.. entahlah.. aku biarkan...

:)

kali nie aku nak bercerita tentang kerja aku. apa kerja aku? maksud aku bukan lah kerja bergaji tapi kerja yang aku suka buat. semalam aku tolong  budak PeTA filem, aisyah. apa yang boleh aku gambarkan "seronok+sangat penat". seronok sebab aku dapat blaja buat art department. buat set dan penat sebab dari ke pagi sampai tengah malam tak henti-henti kerja. best!!

hari nie aku ada shooting untuk projek membe aku. tolong-tolong pegang kamera je. penat semalam tak hilang lagi sudah bertambah penat hari nie. tapi pada aku, aku sangat enjoy sebab aku suka kerja yang aku buat sekarang. bila dah kerja penat-penat, ada yang tak puas hati dengan aku. kenapa?

entah la aku tak pasti kenapa masih ada yang tak puas hati dengan aku. mungkin diri aku memang sesuai untuk mereka mengata, mengutuk dan cakap sesuka hati tentang aku. namun aku berdoa agar mereka menerima balasan atas apa yang mereka perkatakan. aku insan biasa. 

biarlah hati ini aku seorang je yang tahu. bila aku rasa sedih, marah aku mesti teringatkan SESUATU! itu je yang buat aku tersenyum sorang-sorang. ermmmm... hari nie aku rasa tak bermaya sangat. bila tengok sesuatu aku tak bermaya, aku turut merasainya. kenapa? biarlah.. malas nak fikir. fokus pada apa yang aku harapkan "KEJAYAAN". study-study untuk exam akan datang...

aku berbaju kurung

-time nie aku kat mentakab, pahang-
-pergi rumah asean iskandar, kenduri-
-cantik tak aku berbaju kurung?-
-hehehehehehe....-
aku dah tembam & gemok!!

romantika kawan ku

aku ada satu cerita tentang kawan aku. jadi aku nak share dengan korang cerita nie. korang baca jela ye.

kawan aku ada suka seorang lelaki nie dan laki tu pun suka dengan dia. tapi kawan aku nie tak pernah bertegur sapa dengan lelaki nie, ouh lupa nak bagitau kawan aku tu perempuan. jadi nak dijadikan cerita selama setengah tahun dorang tak pernah bercakap dan bertegur tapi bila jumpa masing-masing curi-curi pandang. kelakarkan cerita kawan aku nie.

pada awalnya, kawan aku nie tak kenal siapa laki yang selalu pandang kerek kat dia. yela tetibe je ada lelaki pandang kerek kat kawan aku nie, kalau korang mesti korang tertanya-tanya kan. jadi kawan aku buat bodoh je sampai satu hari...

haha.. mungkin jodoh dia dengan lelaki tu kot. kawan aku dipertemukan dalam satu pertemuan yang sangat lucu. disebabkan pertemuan itu kawan aku semakin rapat dengan lelaki tu. sweet tau kalau korang tengok dorang nie. sangat padan. walau sudah setahun masing-masing memendam perasaan, masing-masing tak pernah tahu sesama sendiri menyimpan perasaan "SUKA" sampai tiba satu saat..

korang rasa apa?

tiba satu saat lelaki tu menyatakan hasrat untuk melamar kawan aku sebagai kekasih. cara lamaran lelaki tu sangat la romantik. apa taknya dia menyanyi untuk kawan aku depan kawan-kawan dorang. sweet gila kan. kawan aku terharu sampai tak terkata.

sejak tu dorang hidup dalam kebahagian walau selama setahun dorang memendam perasaan. kawan aku tak berani bagitau dia suka lelaki tu sebab dia takut lelaki tu tak boleh terima tapi lelaki tu rasa dah tak tertahan nak luahkan jadi dia buat la SUPRISE.. happy bila tengok kawan-kawan aku happy. tapi aku...

kawan aku pernah cakap dengan aku, kalau kita minat seseorang kita kena pilih dua jalan. jalan kebahagian atau jalan kesengsaraan. jalan kebahagian dimana orang yang kita minat menerima kita dan menyimpan perasaan yang sama terhadap kita manakala jalan kesengsaraan pula, orang yang kita suka tolak mentah-mentah lamaran kita. jadi sebenarnya kita kena berani untuk tempuh semua nie..

kawan aku kata selama dia dan kekasihnya diam membisu tanpa menegur sesama sendiri, dia rasa sengsara sebab menyimpan perasaan terhadap lelaki tu. tapi disebabkan doa dan kesabaran dia disatukan.. sweet bukan.

seronok jika aku juga ada kisah sebegini. yela siapa tak nak ada kisah happy macam nie kan. orang yang kita suka juga sukakan kita. kawan aku kata, tak salah kalau kita suka seseorang janji tak membunuh diri sendiri. hahaha.. aku suka siapa ya kat ASWARA? entah.. :)

kalau kita asyik suka kat orang je, tapi orang tak suka kita macam mana? boring kan.. agak-agak ada tak orang suka aku kat ASWARA ni? kawan aku kata ada, cuma jangan lepas pandang je. haha.. siapa la kan. aku dah lah kepoh+gangster.. hehe.. eh suka tak salahkan...

seronoknya bila hidup penuh dengan kemanisan walau pahit yang terpaksa ditelan. aku doakan kebahagian kawan aku kekal sampai bila-bila. amin...

jelmaan

hujan baru saja berhenti, petir sudah reda dari api kemarahannya dan aku masih di posisi yang sama menghadap komputer buruk untuk mencari sesuatu yang aku tidak pasti. apa itu? idea untuk menulis, tidak sama sekali.. entah!

dalam keadaan kesejukkan, aku merenung dalam-dalam komputer dihadapan aku. walau sudah lama namun masih bertenaga untuk berfungsi. masih gagah. kepala aku masih serabut tidak jumpa pangkal tali yang memintal otak aku. aku diam lagi. merenung semula skrin putih di hadapan aku.

taktala aku merenung skrin putih muncul satu wajah. aku tertanya-tanya siapa dia? aku lihat dalam-dalam matanya, aku masih tidak mengenali siapa yang merenung aku dari dalam skrin. dia buat aku rasa tak selesa namun renungan dia buat aku rasa berdebar dan senyuman dia buat aku tertawan. siapa dia?

saat aku melihat dirinya dalam skrin putih ini, ada getaran yang aku rasa dalam jiwa ini. apa perasaan ini? entahla! aku cuba untuk abaikan namun makin sakit ditikam-tikam. berkerut-kerut aku cuba mengingati dia, namun aku lupa! siapa dia?

"kau buat apa tu? pandang apa?" ada suara yang menegur.

aku berkhayal lagi. tapi aku hairan dari mana munculnya gambar lelaki itu? lelaki yang buat aku tertanya-tanya apa puncanya dia di pertemukan dengan aku. aku masih berfikir-fikir. SUDAH LA!! malas mahu melayan perasaan bukan-bukan ini.


"aku teringin untuk mengenali dirinya, akan aku cuba dan terus bersabar"

lalok itu aku!! tapi aku tak lalok!!

"kawan-kawan kenapa seminggu nie, kening aku belah kanan asyik bergerak-gerak je. orang kata kalau kening bergerak selalu ada orang rindu, tak pon ada benda baik akan berlaku. betul ke kawan-kawan?" fikir-fikir..

if betul apa yang kawan-kawan cakap "ada orang rindu", agak-agak siapa la yang malang tu kan rindu aku. haha.. aku nie dah la mereng + giler!! kalau ada pun apa salahnya kan, aku pun layak di rindui. (sedang SYOK SENDIRI) :)

sebenarnya aku tak tahu nak update apa. aku nak cerita banyak benda tapi masih belum tiba masanya lagi sebab cerita aku nie PANAS!! hehe.. jom main soal-soal kawan-kawan..

eeka sihat?
SIHAT JE!!

cuti macam mana?
boleh la.. BORINGGGG..

cuti buat apa?
ONLINE..ONLINE dan terus ONLINE..

cuti tak keluar?
KELUAR.. keluar bilik jep!!


cuti nie rindu ASWARA tak?
OPKOS la!!

kenapa rindu ASWARA?
sebab ASWARA BESTTTT!!

eeeee... bosan plak main soal-soal nie. soklan bongok je asyik tanya. bestnya cuti-cuti nie dapat dating, tapi aku mana ada boyfriend! laki pon takmo kat aku sebab aku ni kasar! kepada lelaki di luar sana, mungkin saya kasar luaran je tau.. dalaman lembut gilerr!! hehe.. (promote diri) :)

hampir 4 hari aku duduk rumah. apa tak tau!! asyik ngadap benda sama je. cuci mata pun tak boleh. rindunya manusia-manusia hipokrit kat ASWARA. rindu nak bermain permainan dengan dorang. maklum la ASWARA terkenal dengan kehandalan manusia bertopeng. tak lama lagi manusia di ASWARA akan berperang. aishhh... DUGAAN..

bila cakap pasal ASWARA aku rindu kawan-kawan aku, baik kawan baik atau kawan baik. eh aku mana ada kawan jahat, aku je yang jahat!! kawan aku semua baik, sebab tu aku pun nak jadi BAIK!! tapi tak kan la aku rindu kawan-kawan je kan, opkos la aku rindu someone. siapa? PENEBAR ROTI CANAI la.. sebab pagi-pagi sebelom kelas lakonan aku makan roti canai dulu. hehe :)

aku happy? yela mesti la happy dok bukak fb orang pastu komen ngarut-ngarut. takde kije!! dah la kawan-kawan aku malas nak tulis lagi sebab kalau aku tulis melalut entah pape. bubyee...

masih bermain bersama emosi

hari nie penat sangat. baru habis shot shortilm, dah ada kerja lain. tapi di sebabkan kerja, aku perlu komitmen. tiada keluhan. hari nie sama seperti hari-hari biasa. tiada apa yang menarik. macam biasa aku cuba menyibukkan diri aku supaya aku tidak memikirkan sangat tentang sesuatu sehinggakan makan minum aku terabai. tapi bagus juga sebab aku boleh diet. :)

aku baru selesai tengok show budak tari. show yang sangat menarik untuk lepaskan tension tapi dalam keseronokkan ini masih ada lagi kesedihan. sedih kerana bilik hostel sudah sunyi di tinggalkan kawan-kawan sempena cuti midsem. tiada lagi riuh rendah kedengaran. aku sunyi + boring...

bila duduk dalam keadaan sunyi dan di temani lagu-lagu jiwang buat aku hilang fokus. terlalu banyak perkara aku fikirkan. entah kenapa sejak aku melangkah masuk sem baru banyak benda berubah. banyak fenomena terjadi tanpa di duga dan aku masih boleh bertahan walau badan sudah lunyai di tikam. aku bertahan dengan kekuatan yang cuba aku curi secara diam dari sesuatu aku. tiada siapa ambil tahu.

hari nie, aku chatting dengan mama aku. entah kenapa tiba-tiba jadi sedih. sudah sebulan aku tak pulang, banyak cerita yang aku tak tahu. banyak benda buat aku tersentuh. aku berfikir semula secara normal. aku kawal emosi supaya tiada siapa yang tahu. aku pendam lagi..

hari nie, fikiran melayang jauh entah kemana. aku jadi bingung. mungkin luaran aku nampak gembira tapi dalaman hanya aku dan tuhan saja yang tahu. kemana hilang semangat baru aku? kemana pergi kekuatan yang cuba aku curi dari sesuatu itu? malam ini aku tewas dengan permainan emosi. aku jatuh.

hari nie tiba-tiba satu perasaan ajaib muncul. kenapa perlu aku merasai perasaan ini lagi!!! tiada siapa mengerti, aku menyendiri. perasaan yang aku sukar tafsirkan, bermain dengan emosi bercantum dalam jiwa, menjadi satu cerita. aku rebah dalam dunia ciptaan aku sendiri, aku tak mampu bermain untuk kali kedua. takut.. takut aku jatuh dalam gaung jahanam itu lagi.. aku takut.

masih ada sesuatu

aku memikirkan sesuatu? mungkin..

entahlah.. aku masih dalam tidak sedar memikirkan perkara itu. perkara yang aku tunggu-tunggu untuk aku rasa nikmat sebuah kehidupan. kenapa perlu berfikir..

aku melepaskan keluhan.. huhhhh..

malam nie aku lihat bintang. tiada. seperti kisah hari ini, tiada apa yang aku mampu cipta. cuma kebahagian bersama teman. sedih. masih mengharap nikmat kejadian semalam muncul hari ini, esok, lusa, tulat dan selamanya.

aku menunggu sesuatu datang hari ini, namun aku hampa. mungkin ada hikmahnya mengapa kisah hari ini biasa saja. melihat kemunculan sesuatu buat hati aku dirundung bahagia, namun aku hanya mampu lihat teman sesuatu itu.

biar kisah hari ini berlalu pergi tanpa aku mereka apa-apa jalan cerita. aku berhenti di suatu sudut untuk mengapai sesuatu itu. aku masih menunggu.. tunggu dan terus menunggu..

sesuatu yang pernah aku puja,
sesuatu yang pernah aku suka,
sesuatu yang membuatkan aku mencipta sebuah kasih sayang,
sesuatu yang buat aku tertunggu-tunggu sebuah jawapan..

mungkin persekitaran aku tidak tahu,
mungkin sekeliling aku penuh tusukan tikaman tajam,
mungkin aku perlu berdiam untuk mencuri sesuatu itu..
mungkin..

aku tunggu sesuatu muncul,
muncul dalam semak keegoan,
mencari sesuatu aku bergabung menjadi dua sesuatu,
dua sesuatu itu aku jaga,
dua sesuatu itu aku lihat sentiasa,
dua sesuatu itu aku akan jadikan satu sesuatu..

biar persekitaran aku cemburu,
biar sekeliling aku terharu dengan kekuatan aku..

apabila sesuatu itu aku biarkan,
ia jadi makin sakit,
pedih,
pelik??
aku biarkan sesuatu itu dalam ketidakpastian,
tentang apa yang berlaku..

bingung..
itu yang aku rasa..

aku letakkan perasaan ini dalam balang kaca,
biar sesuatu itu muncul mengambilnya..

biar perasaan ini lemas dalam balang tanpa sesiapa tahu..

aku menunggu sesuatu itu menyelamatkan aku..

masih menuggu..
ketidakpastian dalam kesulitan...

parkor

hari nie sangat penat. training PARKOR bersama teman amir hamzah, hafiz, kira, eric dan alif. first time buat backflip, pening lalat. time buat rasa nyawa hujung kepala. takut sangat, tapi bila dah buat rasa seronok.

banyak juga aku training tentang parkor nie. masih dalam proses pembelajaran. bagi aku parkor sangat mencabar dan perlukan keyakinan yang tinggi.

thanks to amir hamzah sebab sudi ajar aku. badan sakit? tentulah.. jatuh gedebuk gedebak macam nangka busuk. tapi ini pengalaman bagi aku. yeah!!!

lepas nie training lagi parkor, best!! boleh ringankan badan, boleh kuruskan badan. paling penting badan jadi kuat. aku suka benda lasak. :)

bahagia semalam

semalam aku hari yang paling bahagia buat aku. kenapa? biarlah aku sorang je yang tahu. :)

semalam aku tak sempat nak update blog, aku tak sempat nak berkongsi cerita, tak sempat kerana kesibukkan kerja. tapi aku sangat bahagia semalam. kisah semalam buat aku terbayang-bayang sehingga saat sekarang.

apa yang buat aku bahagia entahlah, mahu cerita.. tak perlu rasanya. kisah semalam buat aku merasakan sesuatu yang agak ganjil, sukar untuk aku tafsirkan. 

ternyata hari ini aku sudah gila, mungkin tiada siapa yang memerhati tingkah laku aku namun aku dapat merasainya. aku tersenyum taktala aku mengingati kisah itu... :)

aku berdoa semoga hari mendatang aku masih mampu merasai kebahagian semalam. mungkin sukar untuk aku luahkan apa yang aku rasa.. kini aku masih merasa debaran semalam.

aku bahagia.. :)