penatnya aku sekarang, kerja.. kerja dan terus berkerja. namun demi untuk mendapat ilmu segenggam aku gagahi jua untuk menolong rakan-rakan aku berpanas, berhujan dalam menyiapkan PeTA mereka. sesungguhnya aku terharu dengan sikap kerjasama mereka. aku sangat gembira dipertemukan dengan mereka. aku cuba belajar untuk perbaiki diri menjadi lebih baik dari hari ni.
bila penat berkerja, aku perlukan rehat yang cukup. penat. ya sangat penat! namun inilah yang akan aku tempuhi nanti. bila keadaan penat, lemah fikiran melayang entah kemana. melalut entah apa-apa, melihat tanpa bersuara. namun bila ada sesuatu yang teruja, segala kepenatan hilang begitu saja. kenapa ya?
aku tidak mahu lagi berfikir bukan-bukan tentang dirinya. dia sudah berpunya dan aku mahu cuba menjauhi perasaan ini dari jiwanya. hanya berkawan tanpa mempunyai sebarang perasaan.
mengeluh.. dan mengeluh..
apa makna cinta sebenarnya? pelik kan.. orang sering berkata-kata aku berjiwa-jiwa cinta namun aku sendiri tidak temui sebuah cinta yang aku cari selama ni. apa ya cinta pada kalian semua? huhhhh..
aku masih berjiwa-jiwa cinta.. mencari persoalan yang cuba diselindungi. permainan apakah ini? aku tak mampu baca permainan dia. biarkanlah..
AKU SI JIWA-JIWA CINTA..
No comments:
Post a Comment