shortfilm pengarahan

aku perlukan idea untuk menulis,

kisah manusia pada zaman moden ini,

naluri pada lelaki cinta pada wanita,

bagaimana untuk aku cipta fenomena sebegini,

yang aku rasakan berat untuk aku angkat..

aku cuba.. idea datang lah.. muncul lah..

CUPPPPP...

menulis kerana jiwa bukan terpaksa.

entah

ketika ini aku masih termangu mencari idea untuk menulis. entah kenapa idea yang aku ada tiba-tiba hilang begitu saja. mana harus ku cari kesemuanya yang hanya datang sekelip mata, tanpa aku buat apa-apa. aku bingung mencari idea semula. huh.. aku mengeluh lagi. untuk sekian kalinya aku mengeluh bukan kerana kekeringan idea tapi kerana fikiran yang berkecamuk dek masalah yang melanda. namun, tiada siapa mengerti. aku sunyi. 

MAK, ABAH & ADIK-ADIK :
rindu pada kalian tidak boleh dibendung lagi. kerana kesibukan aku, sudah lama tidak aku pulang menjenguk kalian. maaf atas kerja-kerja yang banyak. kalian sentiasa tetap ku sayangi. selamanya.....

KAWAN-KAWAN :
andai saat ini adalah yang terakhir untuk aku, aku mahu kalian mengerti yang aku begitu menyanyangi kalian. walau kita baru berkenalan atau sudah lama berhubungan, kalian tetap dihati kini dan selamanya. aku sayang kalian juga..

AWAK :
biarpun ini kali pertama kita bersemuka, aku juga mahu kau tahu yang aku sudah mula menyayangi diri kau. melihat kau dari kejauhan sudah cukup buat aku bahagia. kau adalah lelaki istimewa buat aku.. i miss u..

PASUKAN WAYANG KULIT

ini kelas aku

dip fakulti filem & video batch 2010/2011

pasukan wayang kulit I

tak lama kami akan perform wayang kulit kat cafe beringin

jadi saksikan lah kami nanti

HAHAHAHAHA..

aku masih tak boleh ketchup main geduk

takut dowh!!!! macam mana..

huhuhuhu...

doakan aku ye semua

GO GO GO TEAM FILEM

permainan jiwa

PERMAINAN

satu permainan telah ku atur

hanya memerlukan peluru untuk menembak

ketika itu aku mahu lihat kau lemah

dek kerana aturan strategi aku

HAHAHAHAHAHAHA...

aku semakin berjaya memperlihatkan kelemahan kau

hanya dengan satu kata yg mendalam makna

buatkan kau terlupa akan aturan dunia

kau sememangnya BODOH!!

sudah terjerat dalam perangkap yg aku cipta

HAHAHAHAHAHAHA...

kau hanya memperlihatkan kelemahan kau pada aku

sedangkan aku..

hanya ingin mempermainkan jiwa kau

kau.. kau.. kau..

sememangnya kau sudah salah faham

permainan ini aku cipta untuk memperBODOHkan kau

BODOH..

kau patut menerima hukuman sebegini

kerana kau pernah cipta permainan yang sama dulu

HAHAHAHAHAHAHA..

aku terus ketawa melihat kau BODOH!!

air..motor..


awak, tadi saya nampak awak. tengah beli air. awak cumel sangat dengan topi hijau awak tu..hehe. saya tak berani tegur awak, saya malu dan takut. yela siapa saya nak tegur awak kan, tak layak langsung. lepas tu saya nampak awak lagi naik motor dengan awek awak. saya tak pandang sebab saya tahu awak tak kan pandang saya. awak, ikhlas dari hati saya..saya nak kawan dengan awak. tak salahkan awak..tapi tiap kali jumpa saya, awak tak pernah senyum, tak pernah tegur. saya tak kisah awak, cuma saya sedih je. awak tiap kali saya tengok muka awak, hati saya sayu je. tak tahu la awak. awak nie unik dan istimewa pada saya. nak kata ensem.. tak kot, cuma awak jambu je. awak putih.. awak sesungguhnya orang yang menyukai kita lebih ikhlas dari kita menyukai orang tu. saya benar-benar ikhlas dengan awak. tapi awak.. saya faham awak top kat aswara. awak..izinkan saya melihat awak dari jauh. saya taknak wajah awak hilang dalam mimpi saya. awak, saya seronok kenal awak.

eh awak, lama saya tak nampak kawan awak. siapa ye nama dia.. ermmm.. biarlah rahsia. mana dia ye? sakit ke dia? dah lama tak nampak dia kat aswara. saya nak tanya awak, tapi takut awak kata saya nyibuk amik tahu hal orang. saya rindu nak tengok mata dia yang bersinar-sinar tu. cool giler!! dia lagi ensem dari awak. haha. tapi dalam hati saya tetap ada awak. buruk mana pun awak, saya tetap sayang. hehe. (poyo).. awak kim salam kat kawan awak tu ye. dia sakit kan. soh dia jaga kesihatan baik-baik ye. u all dah nak PEta. so buat yang terbaik. saya akan follow awak dari belakang.

awak boleh tak saya bagitau awak. kalau saya call awak, sms awak saya bukan nak mengatal dengan awak..tapi hanya sekadar nak tahu perkembangan awak. saya bukan nak sibuk hal peribadi awak, awak jangan pikir bukan-bukan tentang diri saya ye. saya betul-betul ikhlas take care awak. sebagai seorang kawan. saya nak kawan dengan awak...

libary aswara

sejuk,

banyak buku,

ramai orang main facebook,

ada yang sedang print kerja sekolah,

ada orang tengah ngumpat,

sudut sana, ada yang bermanja-manja..

aku..

hanya melihat mereka..

budak cumel

Eeka : HEH!! budak cumel.. kau tau kan aku tak leh tengok kau sakit.. kenapa la kau tak jaga kesihatan kau.. kau buat aku simpati kat kau, sedangkan aku dah mula feedup bila tengok kau!! tapi budak cumel, macam mana pun, kau tetap akan sentiasa dihati aku walaupun aku benci kau, walaupun aku dah mula meluat tengok kau. kau tahukan aku suka kat kau budak cumel tapi kau buat-buat tak tau je. aku sedar siapa aku. jumpa aku pun tak pernah tegur, tak pernah senyum!! budak cumel, kau jaga kesihatan kau..study rerajin..jangan asyik fikir pasal pompuan bodoh,seksi je..fikir tentang diri kau je. walau kau tak tau budak cumel, aku selalu akan sokong kau!! jatuh naik kau, aku akan sentiasa di belakang kau memerhati kan kau. budak cumel, kita hanya ada masa yang singkat untuk berjumpa. jadi aku tak akan sia-sia kan peluang aku untuk sentiasa melihat kau. budak cumel, aku sayangkan kau. aku nak kau bahagia, aku nak tengok senyuman kau..aku takmo kau sakit hati, aku takmo kau demam lagi. sakit kau, sakit aku jugak. budak cumel, bila kau makan macam baby..cumel sangat. suka aku tengok. kau memang cumel. budak cumel, jangan perasan lebih-lebih ye, nanti dah tak cumel. hehe. sampai sini je pesan aku kat kau budak cumel. budak cumel yang manja dan tembam.. :)

cafe

aku duduk di penjuru,

melihat telatah manusia,

datang dengan perut penuh kelaparan..

kelakar sungguh..

pelbagai ragam ada,

apabila kenyang..

hanya senyumanan yg mereka lemparkan..

bahagiakan..

cafe memberi makna pada mereka..

i need love

bila aku melihat mereka bahagia, aku cemburu. mungkin kerana mereka memiliki pasangan untuk bersama suka duka, tapi aku hanya bersendirian tanpa seorang lelaki untuk bersama aku mengharungi hidup ini. kata kawan aku, "buat masa sekarang nie belajar je dulu". kata mama aku pula "kalau nak bercinta tak salah, tapi pandai bahagikan masa". kata abah aku "hati-hati memilih boyfriend, zaman sekarang lelaki tak boleh dipercayai". hurmmm.. aku bingung la. bukan aku ketagih cinta, tapi aku perlukan sesorang untuk menyokong aku dari belakang dan bersama aku susah senang. ketika ini, aku boleh katakan aku sudah jumpa dia tapi dia darjat kami berbeza tarafnya. bila aku di sampingnya, aku rasa aku begitu rendah sekali, mungkin dia dikenali membuatkan aku rendah diri untuk bersama dia. tapi takpe, masih ada masa untuk aku mengenali dia, dan aku berharap dia juga mempunyai perasaan yg sama seperti aku. aku hanya mampu berdoa, berdoa dan terus berdoa. bukan mudah untuk aku menyukai seseorang dan jika aku sudah jatuh suka, aku akan setia pada dia seorang dan aku akan berusaha untuk bahagiakan dia. aku tak akan sia-sia kan pasangan aku. itu janji aku. akan aku tunggu masa itu tiba...

sukar untuk aku mengapai cinta si dia. tapi aku akan cuba sedaya upaya.

biarkan

awak,

saya sentiasa menyokong awak,

saya sentiasa di belakang awak,

saya sentiasa mendoakan yang terbaik untuk awak,

saya sentiasa memerhati pergerakan awak,

saya selalu rindukan awak,

saya akan sayangi awak,

saya tak kan sia-sia kan awak,

saya sayang awak,

saya perlukan awak,

saya memahami apa yang awak rasa,

saya akan bersama awak walau apa yang menduga,

saya tak kan tinggalkan awak..

saya sudah mula CINTA kan awak..

awak

sampai bila harus aku simpan perasaan ini..
makin lama makin sakit di hati,
bila lihat dia, hati jadi sayu..
entah kenapa..
ada sesuatu yang menarik tentangnya,
dia unik, dia istimewa buat aku..
aku sentiasa memerhatikan dia,
senyuman dia,
ketawa dia,
kemasaman dia,
semua bagi aku menarik..
aku rindu kau!!

rindu

malam nie aku rindu dia,

aku perlukan dia,

aku sudah mula sayang dia,

aku mahu dia sentiasa disisi..

tapi mustahil..

dia bukan tercipta untuk aku,

dia hanya persinggahan sementara di hati ini,

sampai bila harus begini..

ARGHHHH!!!!!!

BELAJAR

belajar mengerti tentang kehidupan,

belajar memahami tentang kesusahan,

belajar mencipta fenomena baru penuh kepayahan,

belajar bermain dengan angan-angan,

belajar berusaha demi sebuah kejayaan,

belajar mengenal insan dalam percintaan,

belajar menerima takdir perpisahan,

belajar bersyukur diatas kurniaan tuhan..

masih sama

sudah beberapa hari aku menjauhkan diri dari dia..
tapi makin aku jauh, makin dekat bayangan dia..
kenapa harus begini rasanya??
aku tak boleh lupakan dia,
dia begitu istimewa..dia..
huh!!
mengeluh lagi aku tiap kali ingatkan dia..
mungkin dia bukan tercipta untuk aku..
atau dia hanya kelibat sementara untuk menghidupkan dunia aku..
mungkin dia datang memberi satu petanda,
atau hanya datang untuk menduga..
aku bingung..aku sebak..
bila aku lihat wajahnya, aku sayu..
tak tahu kenapa..
huhuhuhuhu..

haritu..aku pergi tengok show dia,
aku lihat dia hebat di pentas..
tapi dari pandangan mata aku dia seperti hilang tumpuan..
entah kenapa aku rasa sebegitu..
seperti ada sesuatu yang dia cuba sembunyikan..
aku masih tiada jawapan dengan setiap persoalan yang aku tujukan..
hermmmmm...
entah la..perlu ke aku muncul dalam hidup dia?
aku rasa dia tak merasa kehadiran aku,
aku yakin..
dan kenapa perlu aku muncul dalam hidup dia..

ya allah,
berilah aku kekuatan..
supaya perjalanan hidup ini mudah untuk di gambarkan..
aku ingin miliki dia,
tapi jika dia bukan takdir ku..
aku rela..
aku undur diri demi kebahagian dia..
jiwaku tiada lagi tertulis namanya..

3 budak gemok

aku nak bagitau korang nie, aku telah di buli oleh 3 budak gemok iaitu nisah, ain & eric. ada ke nisha kata aku suka aliff.. huh!! tak kot. sebab aku hanya suka kat..... dia sorang je. ape lagi dorang bahan aku cukup-cukup, lagi-lagi si eric. ermmm.. xpe xpe aku malas nak layan sebab memang aku tak suka aliff pon. ntah-ntah si ain yang suka aliff cakap aku lak. hahaha.. korang memang giler!! xpe aku tetap akan suka..dia.. hahaha.. siapa dia? tak perlu la korang tau ye.. sebok..

di khianat

kenapa dia sering di khianati..
di jaja cerita sana sini,
adakah kerana dia amat dikenali,
ataupun kisah lampau yang pernah dia lalui..

aku percaya dia tidak seperti yang mereka kata,
aku melihat dia sama seperti rakannya,
cuma kadang kala dia menonjol kerana rupanya..
yang membuatkan kaum sejenisnya.. cemburu..
mungkin.. 

aku masih mahu mengenalinya,
untuk melihat kisah yang mereka kata..
adakah ia benar belaka..
atau rekaan semata-mata..

kau aku sudah mula sayangi..

pencarian

aku masih mencari cinta,

sebuah mahligai untuk dibina,

sebuah permainan untuk di cipta,

seorang insan untuk di manja..

jika aku memiliki dia,

aku tidak akan mempersiakan dia,

aku akan menjaga dia,

aku akan hormati dia..

kerana aku benar-benar mencintai dia..

jika benar dia telah ku temui,

akan aku wawar pada kalian,

biar kalian mengerti,

diri dia begitu berharga untuk aku..

masih sama

bila aku memejamkan mata,
aku mahu melihat bayangan dia,
aku amati setiap inci wajahnya,
setiap kali itu juga aku jadi serba tak kena..
mengapa?
jantung laju..minda bagai nak gila,
bayangan itu makin ku amati,
makin hilang dari pandangan mata,
mata masih tertutup rapat,
supaya bayangan itu tidak keluar dari minda..
aku lihat segenap muka,
ada yang tidak kena,
kerana aku resah gundala..
aku harus kuat..
cinta bukan tercipta untuk kita,
namun aku masih menanti,
menanti sebuah jawapan yang pasti,
samaada aku akan melangkah pergi,
atau dia aku takluki..

kelibat


aku tertanya-tanya,
kelibat siapakah di sebalik kegelapan malam itu,
hanya berdiri merenung aku,
dalam hujan rintik,
kabus memenuhi ruang kegelapan,
cukup mencipta suasana seram.

aku kaku tanpa kata,
hanya merenung tajam,
membalas kembali tenungan itu,
yang aku rasa ada kelainan..
aku masih berdiri di tempat yang sama,
semakin lama ku tenung,
semakin berdebar jantung..

aku melangkah setapak kebelakang,
aku kaget kerana dia juga turut melangkah setapak kedepan,
terlintas di fikiran untuk lari,
namun aku hanya lari dalam bayangan aku sendiri..
pelik.. siapa dia??
yang mampu mencipta fantasi,
membuatkan aku dilanda emosi..
yang aku rasa seperti diburu wajah misteri..

aku lari dalam kepekatan malam,
hujan masih sama..rintik-rintik..
kelibat itu hilang dari pandangan mata,
kemana agaknya?
aku berhenti.. memerhati..
namun tiada apa ku temui..

aku menoleh ke belakang..
terkejut!! jatuh dalam pelukan..
siapa? 
kegelapan malam membuatkan aku tercari wajahnya,
tak ku nampak juga,
aku menyentuh pipinya,
seperti penah ku rasa,
rambutnya.. tebal..
siapa dia?

aku masih dalam pelukannya,
tanpa sepatah kata,
dia tersenyum manja..
senyuman itu.. adakah dia?
aku terjaga dari lena..
adakah mimpi semata-mata..
atau ada hikmah disebaliknya..
aku diam dan meneruskan lena..

jiwa saya adalah dia

ya allah,
jika aku rasa debaran ini,
aku juga mahu dia merasainya juga..

jika aku rasa kehadirannya taktala aku mahu melihatnya,
aku juga mahu dia tercari-cari aku taktala aku tiada dari pandangan matanya..

jika aku selalu memikirkan dirinya,
aku juga mahu dia memikirkan diriku juga..

jika dia sakit aku merasainya,
aku juga mahu dia merasai ketika aku sakit..

ya allah
taktala aku melihat mukanya aku sebak,
kerana dia cuba sembunyi kisah dukanya dari pandangan orang lain..
namun aku tahu,
mukanya menunjukkan apa yang ditanggungnya..
kenapa perlu berperasaan sebegini?

ya allah
kenapa perlu aku selalu memikirkan dia,
sedangkan dia tidak sedikit pun mengingati aku..
aku sedih.. namun aku tabah..
ini yang aku inginkan..
jadi aku perlu menaggung segala risiko..
aku bersedia..
tapi sampai bila??
biar masa tentuka semuanya....

perasaan lagi

mengapa perlu ada perasaan macam ni?
kenapa perlu semua ini terjadi??
masihkah ada tempat baru dalam hatinya untuk aku..
atau aku tidak layak untuknya..
persoalan demi persoalan tidak terungkai,
jawapan masih dalam ketidakpastiaan..
namun aku sedar,
hidup perlu di teruskan demi sebuah kebahagiaan..
jika benar dia tercipta untuk aku,
kau tunjuk ya allah..
sesungguhnya jawapan yang aku simpan,
perlu dijawab bagi merungkai sebuah persoalan..
huh.. hermmm..
biar perasaan ini berlalu bagai angin yang tiada hala tuju..

rindu

perasaan bercampur aduk,
tiap kali aku pejamkan mata,
aku hanya mahu dia muncul dalam mimpi-mimpiku,
aku tak mahu bayangan wajahnya hilang,
tiap kali aku renung wajahnya,
aku tahu dia cuba sembunyikan sesuatu di sebalik senyumannya..
sesungguhnya aku benar-benar mahu menegtahui,
apa yang sedang bermain di jiwanya,
namun.. aku tidak mampu..
kerana dia bukan tercipta untuk ku.
aku hanya mampu merenung dia dari kejauhan,
tidak lagi mampu membalas senyuman,
aku pasrah,
jika ini takdirnya..
namun melihat dirinya yang sebegitu,
buat aku sebak, sayu..
aku benar-benar mahu memiliki hatinya,
aku akan jadi pendengar setia jika dia mahu,
andai satu hari dia ditakdirkan dengan aku,
aku berjanji..
dia tak akan ku sia-sia kan..
dia akan ku beri kebahagian sepenuhnya,
dia budak setan yang ku sayangi..
tiada peganti dia melainkan dia sahaja..

pengertian..

apa pengertian CINTA & SAYANG bagi korang? korang nak tahu apa pengertian CINTA & SAYANG pada aku..

CINTA
pada aku cinta ini hanya akan datang sekali sahaja. hilang cinta, maka hilang juga pertemuan pertama. pada aku, aku hanya cinta pada allah sahaja. satu-satu nya cinta yang tak akan hilang dalam diri aku begitu juga pada kalian semua kan. cinta terlalu besar maknannya jadi jangan sebut cinta jika kita tak mengerti maksudnya.

SAYANG
sayang pula bagi aku sesuatu perasaan yang tak akan luput dalam jiwa kita. sesungguhnya perasaan sayang adalah satu perasaan yang sangat luar biasa berbanding cinta. jika kita sayang kan seseorang tak sama macam kita cintakan seseorang.. sebab apa?? sebab walaupun kita berpisah berbatu jauhnya dengan orang yang kita sayang, sayang kita tak pernah hilang. tapi cinta.. jauh mana dia pergi, cinta kita pasti beralih arah kan. aku sayang family aku, aku sayang kawan-kawan aku, aku juga saya kau wahai BUDAK SETAN.. jika mereka ini jauh dari aku, aku akan rindu. aku akan gila. aku akan sedih. aku mahukan mereka untuk memeriahkan kehidupan aku.

saja-saja

hari demi hari aku kat aswara, aku makin matang mengenali rakan-rakan. aku mengenali persekitaran yang baru, aku mengenali kehidupan aku yang baru dan aku mengenali insan istimewa yang tertentu.  sudah lama aku tak upload blog, bukan kerana malas tapi kerana urusan kerja yang banyak membuatkan aku tak berkesempatan untuk berblogger. ermmm.. takde cerita yang menarik ingin aku ceritakan. mungkin hati sudah tawar untukbercerita ataupun aku penat kerana dek kerja yang berlambak. huh.. aku sangat bahagia disini. exam makin hampir, so aku perlu study banyak. haha. kalau korang nak tahu, kat sini aku banyak exam praktikal macam wayang kulit, caklempong, asas lakon n ada beberapa lagi la.so tak payah risau nak baca buku. relax sudeh.. haha. ok la nak g kelas nie.. jumpa lagi korang.

budak setan

BUDAK SETAN!! I NEED U!!

entah

Lama sudah aku tidak mengupdate blog ini. Entah hati sudah tidak rasa ingin berupdate lagi, kenapa ye. Aku ketika ini mencari sebuah jawapan yang tidak pasti sedangkan aku ada jawapannya. Adushhhh.. Ermmm.. Aku asyik memikirkan budak setan yang buat aku jadi giler. Aku tak suka.. tak suka.. tapi tanpa rela aku pasrahkan hati aku untuk menerima kehadiran dia dalam hati ini. Tapi dia.. tak tahu pun yang aku menyimpan perasaan dengan dia. Dah la malas nak pikir.. Aku tak mau lagi pikirkan dia.. Tapi tak boleh!! Damn!! Chowww!!