masih sama

bila aku memejamkan mata,
aku mahu melihat bayangan dia,
aku amati setiap inci wajahnya,
setiap kali itu juga aku jadi serba tak kena..
mengapa?
jantung laju..minda bagai nak gila,
bayangan itu makin ku amati,
makin hilang dari pandangan mata,
mata masih tertutup rapat,
supaya bayangan itu tidak keluar dari minda..
aku lihat segenap muka,
ada yang tidak kena,
kerana aku resah gundala..
aku harus kuat..
cinta bukan tercipta untuk kita,
namun aku masih menanti,
menanti sebuah jawapan yang pasti,
samaada aku akan melangkah pergi,
atau dia aku takluki..

No comments:

Post a Comment