entah

ketika ini aku masih termangu mencari idea untuk menulis. entah kenapa idea yang aku ada tiba-tiba hilang begitu saja. mana harus ku cari kesemuanya yang hanya datang sekelip mata, tanpa aku buat apa-apa. aku bingung mencari idea semula. huh.. aku mengeluh lagi. untuk sekian kalinya aku mengeluh bukan kerana kekeringan idea tapi kerana fikiran yang berkecamuk dek masalah yang melanda. namun, tiada siapa mengerti. aku sunyi. 

MAK, ABAH & ADIK-ADIK :
rindu pada kalian tidak boleh dibendung lagi. kerana kesibukan aku, sudah lama tidak aku pulang menjenguk kalian. maaf atas kerja-kerja yang banyak. kalian sentiasa tetap ku sayangi. selamanya.....

KAWAN-KAWAN :
andai saat ini adalah yang terakhir untuk aku, aku mahu kalian mengerti yang aku begitu menyanyangi kalian. walau kita baru berkenalan atau sudah lama berhubungan, kalian tetap dihati kini dan selamanya. aku sayang kalian juga..

AWAK :
biarpun ini kali pertama kita bersemuka, aku juga mahu kau tahu yang aku sudah mula menyayangi diri kau. melihat kau dari kejauhan sudah cukup buat aku bahagia. kau adalah lelaki istimewa buat aku.. i miss u..

No comments:

Post a Comment