perasaan bercampur aduk,
tiap kali aku pejamkan mata,
aku hanya mahu dia muncul dalam mimpi-mimpiku,
aku tak mahu bayangan wajahnya hilang,
tiap kali aku renung wajahnya,
aku tahu dia cuba sembunyikan sesuatu di sebalik senyumannya..
sesungguhnya aku benar-benar mahu menegtahui,
apa yang sedang bermain di jiwanya,
namun.. aku tidak mampu..
kerana dia bukan tercipta untuk ku.
aku hanya mampu merenung dia dari kejauhan,
tidak lagi mampu membalas senyuman,
aku pasrah,
jika ini takdirnya..
namun melihat dirinya yang sebegitu,
buat aku sebak, sayu..
aku benar-benar mahu memiliki hatinya,
aku akan jadi pendengar setia jika dia mahu,
andai satu hari dia ditakdirkan dengan aku,
aku berjanji..
dia tak akan ku sia-sia kan..
dia akan ku beri kebahagian sepenuhnya,
dia budak setan yang ku sayangi..
tiada peganti dia melainkan dia sahaja..
No comments:
Post a Comment