bila aku melihat mereka bahagia, aku cemburu. mungkin kerana mereka memiliki pasangan untuk bersama suka duka, tapi aku hanya bersendirian tanpa seorang lelaki untuk bersama aku mengharungi hidup ini. kata kawan aku, "buat masa sekarang nie belajar je dulu". kata mama aku pula "kalau nak bercinta tak salah, tapi pandai bahagikan masa". kata abah aku "hati-hati memilih boyfriend, zaman sekarang lelaki tak boleh dipercayai". hurmmm.. aku bingung la. bukan aku ketagih cinta, tapi aku perlukan sesorang untuk menyokong aku dari belakang dan bersama aku susah senang. ketika ini, aku boleh katakan aku sudah jumpa dia tapi dia darjat kami berbeza tarafnya. bila aku di sampingnya, aku rasa aku begitu rendah sekali, mungkin dia dikenali membuatkan aku rendah diri untuk bersama dia. tapi takpe, masih ada masa untuk aku mengenali dia, dan aku berharap dia juga mempunyai perasaan yg sama seperti aku. aku hanya mampu berdoa, berdoa dan terus berdoa. bukan mudah untuk aku menyukai seseorang dan jika aku sudah jatuh suka, aku akan setia pada dia seorang dan aku akan berusaha untuk bahagiakan dia. aku tak akan sia-sia kan pasangan aku. itu janji aku. akan aku tunggu masa itu tiba...
sukar untuk aku mengapai cinta si dia. tapi aku akan cuba sedaya upaya.
No comments:
Post a Comment