aku tertanya-tanya,
kelibat siapakah di sebalik kegelapan malam itu,
hanya berdiri merenung aku,
dalam hujan rintik,
kabus memenuhi ruang kegelapan,
cukup mencipta suasana seram.
aku kaku tanpa kata,
hanya merenung tajam,
membalas kembali tenungan itu,
yang aku rasa ada kelainan..
aku masih berdiri di tempat yang sama,
semakin lama ku tenung,
semakin berdebar jantung..
aku melangkah setapak kebelakang,
aku kaget kerana dia juga turut melangkah setapak kedepan,
terlintas di fikiran untuk lari,
namun aku hanya lari dalam bayangan aku sendiri..
pelik.. siapa dia??
yang mampu mencipta fantasi,
membuatkan aku dilanda emosi..
yang aku rasa seperti diburu wajah misteri..
aku lari dalam kepekatan malam,
hujan masih sama..rintik-rintik..
kelibat itu hilang dari pandangan mata,
kemana agaknya?
aku berhenti.. memerhati..
namun tiada apa ku temui..
aku menoleh ke belakang..
terkejut!! jatuh dalam pelukan..
siapa?
kegelapan malam membuatkan aku tercari wajahnya,
tak ku nampak juga,
aku menyentuh pipinya,
seperti penah ku rasa,
rambutnya.. tebal..
siapa dia?
aku masih dalam pelukannya,
tanpa sepatah kata,
dia tersenyum manja..
senyuman itu.. adakah dia?
aku terjaga dari lena..
adakah mimpi semata-mata..
atau ada hikmah disebaliknya..
aku diam dan meneruskan lena..
No comments:
Post a Comment