bangun pagi nie aku terasa sesuatu, aku rindu. rindu siapa? aswara sudah mula bercuti sempena tahun baru cina. ramai kawan-kawan sudah mula pulang ke kampung, ada juga yang tidak balik atas alasan tertentu dan aku berat hati mahu tinggalkan aswara sebentar lagi. rindu pada keriuhan mereka, rindu mahu bergosip bersama mereka. rindu..
dalam pada aku rindu, aku masih keliru dengan situasi aku. kenapa? entah lah, aku malas mahu fikir benda remeh sebegini. mungkin sebab aku terlalu memikirkan kerja. kadang tertanya-tanya aku sendirian kenapa perlu merasa sebegini sedangkan aku endah tak endah saja. keliru..
untuk seketika, aku malas mahu berblogger. terlalu banyak urusan perlu aku selesaikan. maaf pada pembaca aku perlu menyendiri sekarang. mungkin hanya seketika..
No comments:
Post a Comment