hari nie mood aku sangat rajin untuk baca blog kawan-kawan aku. entah kenapa sejak dua menjak nie jiwa aku asyik dilanda resah gelisah, seperti ada sesuatu perasaan yang sukar aku tafsirkan. apa agaknya? aku masih mencari. berbalik pada blog kawan aku, ada yang semakin bahagia ada juga yang sedang berduka. mungkin aku buka orang yang mudah menunjukkan rasa sayang atau erti kata lain, aku tak suka jaga tepi kain orang. tapi bila baca blog kawan aku nie, aku rasa tersentuh. selama nie aku tengok dia happy tak sangka disebalik senyum dia ada kesedihan. aku tahu dia sangat tabah, apa taknya dia sanggup dengar masalah aku sedangkan masalah dia.. dia tak pernah cerita dengan aku. mungkin sebab sikap aku yang endah tak endah membuatkan kawan aku tak berdaya nak cerita dengan aku. entah lah...
ya tak dinafikan sikap aku memang tak suka menyibuk hal orang, tapi tak salah jika ada yang mahu bercerita. aku pendengar setia. walau aku buat endah tak endah hal kawan aku namun pada masa yang sama aku ambil tahu hal dorang dalam diam. tapi bukan jenis aku mahu jaja cerita dengan semua orang. aku diam dan menunggu untuk mereka bercerita.
tak dinafikan sejak aku belajar di aswara, hidup aku makin bahagia tak seperti di unisel dulu. kat aswara aku rasa tenang, ada kawan-kawan yang sanggup hidup susah senang dengan aku. sesungguhnya aku benar-benar gembira bertemu kalian di sini. aku tak pandai nak tunjuk aku sayang kalian tapi dari gerak dan bahasa tubuh aku kalian akan tahu. terima kasih kawan-kawan kerana bagi aku kekuatan dan kegembiraan kala aku kesedihan.
apa lagi ingin aku ceritakan. terlalu banyak yang aku rasai ketika ini. biar aku simpan hingga aku benar-benar rasa ingin bercerita.
kadang-kadang tak semua kisah kita boleh kongsikan bersama ...
ReplyDeleteboleh aku tahu siapa yg berduka tu ???
ReplyDeletebetol kata kau ijie tp pd aku kalau dh terok sgt baik berkongsi bg jiwa tu tenang . ada la seseorg , kau x perlu tahu k :)
ReplyDelete