sudah lama rasanya aku tak berblogger. hampir satu minggu aku tinggalkan blog ini yang sudah mula bersawang. aku menarik nafas penat, apa tidaknya hampir setiap minggu aku shooting. penat itu yang boleh aku gambarkan, hari-hari cuti aku tiada makna untuk aku berehat. tapi ini yang aku mahukan dulu sekarang aku mula untuk mengerti kehidupan sebenar anak seni.
walau penat namun aku puas. puas dengan hasil kerja sendiri, puas melihat kerjasama teman menjayakan produksi. namun masih ada yang kurang senang dengan kerja kami, mungkin dia cemburu atau mungkin dia tidak mampu buat seperti apa yang kami buat. biarkanlah...
selepas melepaskan lelah, ini kerja yang aku hadapkan. berblogger..
masih ada kisah yang menarik yang mahu aku ceritakan kepada kalian, terlalu banyak yang aku lalui seminggu nie. perasaan pula sering gundah, gembira, duka namun itu kekuatan untuk aku teruskan perjalanan hidup.
minggu ni dan minggu depan aku masih bershooting menyiapkan kerja baru. minggu depan aku akan memulakan shooting arahan aku sendiri iaitu "P.O.P" namun aku masih mencari pelakon yang bersesuaian untuk watak lembut. masih tidak jumpa. berfikir dan terus mencari..
pada aku berkerja bukan seperti berkawan. senang nak cari kawan tapi susah mahu cari rakan sekerja. tak semua boleh berkerjasama. kerja.. kerja.. dan terus berkerja..
No comments:
Post a Comment