takhta cinta

aku masih melihat,
desakan manusia untuk merebut sebuah takhta,
takhta yang sering dipuja,
takhta yang buat manusia alpa,
takhta cinta..

takhta yang direbut bukan takhta biasa,
manusia berbeza mahu memilikinya..

namun bukan semua manusia mampu memilik sebuah takhta bahagia,
masih ada yang terluka kerana takhta,
ada juga gembira memiliki takhta..

setiap manusia memiliki keinginan berbeza,
ada yang mahu takhta cinta nafsu,
ada juga yang mahu takhta cinta buta,
tak lupa juga manusia yang mahu memiliki takhta cinta jiwa..

manusia pelbagai rupa,
topeng membezakan mereka,
apa yang serupa hanya hati yang mahu memiliki..

takhta cinta buat ada yang gila,
gila mengejar sehingga lupa tuntutan akhirat..

taktha cinta nafsu buat manusia gersang,
gersang mahu 'merasa' kelazatan dosa..

takhta cinta buta tak mengenal rupa,
manusia ini kisah tentang jiwa bukan rupa..

namun, tidak semua takhta mampu dimiliki oleh manusia,
nasib penentu segala,
jalan cerita tidak direka,
tuhan penentu setiap perancangan kita..

kita manusia bersyukur atas takhta cinta yang kita ada,
simpan dibalang kaca,
jangan biar pecah kerana pasti ada yang menderita..

No comments:

Post a Comment