dia dihati saya

hari ini aku lihat dia, seseorang yang pernah muncul dalam hidup aku. seseorang yang pernah bertakhta dihati aku, seseorang yang sangat unik pada aku. aku lihat dia entah ke berapa kali. dia masih seperti selalu dengan sikap kekwatnya. namun kalau dulu dia memandang aku dengan perasaan meluat, tapi kini aku lihat dia tidak lagi berperasaan seperti dulu. mungkin masih ada lagi perasaan itu namun hanya tinggal suku saja. bila lihat dia, hati jadi sayu. tenang. dia buat hati ini rasa sejuk memandang wajahnya. namun kerana ego dia dan ego aku, mungkin kami masih seperti ini tiada lagi guarau senda seperti dulu. keras kepala!

aishhhhh!!!! pening....

kenapa la dia bersikap dingin dengan aku lagi sedangkan aku cuba untuk melupakan kisah kami. mungkin dia terasa tercabar dengan agenda aku dulu. mungkin aku yang terburu-buru dan bersalah. maafkan lah...

tadi bila aku lihat dia, aku tahu dia juga mahu melihat aku. atau aku terperasan sendiri? entahlah... aku malas mahu berfikir tentang ini namun kemunculan dia tadi buat aku berfikir kembali. sudahlah aku mahu jadikan dia pelakon untuk cerita aku. aku harap dia bersikap profesional nanti.

biarlah hari ini berlalu tanpa apa-apa rasa benci dalam hatinya. aku mahu dia menerima aku sebaiknya dan aku menerima dia seadanya. melihat dia bahagia, gembira.. aku turut rasa tempiasnya. mungkin bagi dia aku sudah tidak pedulikan dia, namun aku sentiasa mengikuti perkembangannya. biarlah ini dijadikan rahsia... maafkan aku andai kau terasa atas perbuatan aku dulu...

"bila tuhan beri kita dugaan, bermakna tuhan uji kita sebab tuhan sayang kita"

No comments:

Post a Comment