aku masih berjalan di atas tali yang hampir putus, dibawah makin bertambah buaya-buaya kelaparan mahu membaham aku. aku sedar jika aku berjalan setapak lagi aku akan jatuh ke dalam mulut buaya dan tali ini akan putus sekelip mata. aku masih berfikir-fikir mahu terus atau patah semula tanpa mengambil emas di seberang sana. aku nekad, apa yang terjadi aku akan usaha untuk mengambil emas itu biarpun aku jatuh ke mulut buaya!! aku pegang pisau, aku mula melangkah namun ada saja halangan. biar aku terus berjalan sehingg tali ini benar-benar putus. aku tetap usaha!! jangan ada sesiapa menjerit memanggil nama aku ketika ini. aku berjalan dan terus berjalan..
aku mengeluh.. kenapa??
malam nie aku lihat langit, bersinar-sinar bintang. aku lihat teruja, cantik. namun mata hanya tertumpu pada satu bintang disebelah bulan. berseri namun terlindung sedikit oleh bulan. entah kenapa hati aku mula sedih. bintang di sebelah bulan kecik pada perlihatan aku namun bulan kelihatan besar. tidak padan bintang itu bertepik di situ. bagai langit dan bumi. persamaan antara dua darjat. bintang seperti di tindas oleh bulan, kelihatan bintang tersorok akibat kekuatan bulan. walau macam mana pun, bintang itu aku lihat sangat setia di sisi bulan tanpa dia berlari sejengkal pun. kesetian bintang menemani bulan kala malam membuatkan aku berfikir-fikir tentang pengertian ini.
aku senyum.. bahagia..
saat ini aku cuba melarikan diri dari gergasi besar. entah kenapa sejak aku sudah mula berfikir-fikir aku sudah pandai membuat keputusan. mungkin keputusan yang betul atau salah. aku cuba berlari dari gergasi yang cuba membaham aku kala dia sedang kelaparan. namun aku takut aku akan masuk ke dalam ruang peluang dia, aku nekad. aku berlari sejauh mungkin dari gergasi itu, bukan takut tapi terpaksa. aku sekecil kuman sedangkan dia besar gagah. walau gergasi ini kelihatan ceria dan baik tapi kisah di sebalik topeng itu hanya aku mampu tafsirkan. aku mula melangkah jauh kemuadian berlari.. lari...
aku ketakutan.. arghhhhh!!!
bersiul-siul aku melihat ada dua harta di depan mata. tidak tahu mahu memilih yang mana. jika aku ambil yang kanan aku rugi yang kiri, begitu juga jika aku ambil yang kiri aku kerugian yang kanan. huh.. mengeluh untuk membuat keputusan. aku teliti harta di depan aku. aku kaji. namun kedua harta ini ada keistimewaan sendiri, walau untungnya sama banyak. bersinar-sinar mataku melihat kekayaan di depan mata namun aku harus memilih takut di bilang tamak. sesungguhnya kedua harta ini buat aku gila, buat aku hidup tak tentu hala.
aku berfikir... tafsir.. nilai...
angin nyaman waktu ini, daun yang berguguran bagai musim panas di london kelihatannya. aku ketawa dalam duka, aku menangis dalam gembira. hidup buat aku belajar erti pengorbanan, erti kesengsaraan. namun trauma untuk hidup bukan diri aku. hidup buat aku kuat, hidup buat aku gagah. melawan segala kekejaman dunia dengan tangan sendiri, dengan kudrat sendiri. sesungguhnya aku hidup bukan untuk mati, tapi untuk mati aku perlu hidup!!
aku lihat udara dalam gelombang zarah-zarah kecil...
boleh aku tanya sesuatu? berjayakah kau mendapatkan emas dengan melintasi tali yang di bawahnya ada buaya-buaya itu ?
ReplyDeletehahaha .... kau mesti tertanya-tanya kan ... tunggu dan lihat je ...
ReplyDeletemesti laaa aku nak tahuuu ! kali ini siapa pulakk admire nyaa ? nak jugak tahuuu!
ReplyDelete