masuk meminang.. gulppp..

sepanjang cuti ni banyak berjumpa dengan kawan-kawan mama dan abah. biasalah cuti sem yang membosankan ikutlah mama and abah berniaga.bila ada customer abah datang mesti soalan biasa yang dorang tanya "tak sekolah ke?" walaupun tiap-tiap hari datang beli makanan tapi masih tanya soalan yang sama. muak juga aku. aku layan jela..

satu hari, ada sorang mamat ni datang beli sarapan. baca perbualan antara mama dan mamat ni:

mamat : anak makcik ke? tak sekolah?
mama : dia blajar lagi kat aswara..
mamat : ouh.. bila nak kahwin?

mama ketawa sebab tengok muka aku yang berubah pelik. erk?? apakah punya soalan..

bukan mamat tu je yang tanya soalan macam ni kat aku, tapi kawan-kawan dan kawan mama and abah pun tanya juga. aku kadang-kadang malas nak jawab sebab aku calon pun tak ada lagi. kata mama, if nak kahwin terus bertunang pagi, tengah hari akad nikah. sampai jauh fikiran mama. aishhhh.. muda lagi la :(

abah pernah tanya aku:

abah : anak cik milah nak datang minang kau, kau nak?
aku : HAHA!!! tak nak!!
abah : anak dia macam anuar zain alaong.. hehe. (abah gelak suka)
aku : malas layan.. (masuk bilik)

bukan tu je abah tanya aku, tiap kali aku balik cuti dia akan tanya dah ada pakwe ke, tak keluar dating ke? adoiiii kata mama, abah tak sabar nak bermenantu. abah kalau dapat menantu takpe, kalau dapat HANTU? haha..

ada jodoh adalah abah, mama. aku pun sekarang tak fikir mana-mana laki lagi dan tak ada seorang pun yang bertakhta di hati aku, aku perlukan kerja yang tetap.

aku pernah tanya mama:

aku : mama kalau kahwin dengan orang jauh boleh tak?
mama : orang mana?
aku : sarawak ke..
mama : jauhnya nanti laki kau tak bagi balik semenajung padan muka..
aku : kalau singapore?
mama : kenapa kau suka orang singapore ke?
aku : adi putra kahwin dengan orang malaysia terus dapat warganegara malaysia, so kalau along kahwin dengan shah iskandar konpom dia dapat warganegara jugak. haha..
mama : jangan nak berangan!! hahaha
aku : nak suami macam seth tan lah..
mama : seth tan takpe kalau setan jangan.. 

:)

aish bila masa aku akan tiba ya.. aku setia menunggu. dapat suami yang betul-betul ambil berat seronoknya kan. aku rasa macam nak bercinta lepas kahwinlah mesti lagi seronok. nak pegang-pegang pun dah HALAL.
amboi eeka azmi...

kisah sebalik cinta lama

aku baru tersedar yang aku hidup dalam alam realiti bukan fantasi..

bila lihat drama itu lagi buat aku rasa terbuai-buai. andai satu saat aku bertemu dengan orang seperti dia alangkah beruntungnya aku, apa tidaknya dia seorang yang sangat baik dan paling penting dia romantik. bila lihat dia tadi aku tersenyum sendiri, mempersona bila lihat senyuman dia. alangkah indah jika aku mampu memiliki lelaki seperti dia.

huhhh...

apa ada dengan cinta? klise kan pertanyaan aku ni..

aku bukan desperate dengan cinta, but aku sangat-sangat-sangat suka akan cinta. kawan aku selalu gelakkan aku sebab aku jiwang sedangkan diorang tak tahu apa yang aku rasa..

bagi aku hidup perlukan cinta. apa tidaknya manusia jatuh bangun sebab cinta, manusia hidup memerlukan cinta. dari awal wujud adam sudah berputik cinta dengan hawa. ya kerana cinta adam dan hawa terciptanya manusia. kerana cinta ayah pada ibu terciptanya kita insan baru melihat dunia dan kerana cintanya kita pada allah kita di beri kehidupan di bumi nyata. semua hidupan berkaitan cinta..

cinta perempuan pada seorang lelaki tulus dan suci seperti cinta aku untuk seorang lelaki yang benar-benar ikhlas menerima aku seadanya. sesungguhnya cinta perempuan pada lelaki sangat murni. bagi aku cinta bukan berlandaskan nafsu semata tapi cintai dari menjauhi nafsu setan supaya tiada kemungkinan yang berlaku nanti.

sesungguhnya manusia ada kisah silamnya, begitu juga aku. namun kisah silam itu aku lupakan saja dan aku buka kisah baru untuk kehidupan baru. mungkin aku bukan aku yang dulu, aku sekarang lebih banyak berubah berbanding dulu dan aku akan terus berubah demi cinta nan satu itu.

terokai cinta menggunakan mata hati bukan mata kasar. cinta yang terlihat melalui hati lebih tulus dari cinta yang terlihat melalui mata kasar. berbeza pandangannya, berbeza juga rasanya. cinta tak mampu disentuh tetapi mampu di rasai jika cinta itu benar-benar ikhlas.

lebih baik mencintai orang yang mencintai kita dari mencintai orang yang kita cintai.. prinsip aku(dulu maybe sekarang juga..)

"setiap manusia harus di beri peluang kedua"

ya setiap manusia perlu diberi peluang kedua untuk membina kehidupan baru untuk kali kedua. tiada apa yang perlu di pertikaikan jika seseorang itu memerlukan peluang kedua untuk memulakan hidup baru..cinta baru. bagi aku peluang kedua lebih baik dari peluang pertama. manusia mampu berubah dengan hanya peluang kedua dan peluang kedua itu perlu dihargai dan berubah dengan baik sekali. :)

sesungguhnya aku bahagia kini.. cita-cita aku hampir tercapai kerana peluang kedua ini. dulu peluang pertama belajar aku sia-siakan namun peluang kedua ini aku lebih utamakan dari diri aku sendiri. lihat saja bagaimana aku menggunakan peluang ini sebaiknya.

terima kasih ya allah kerana kehidupan kedua ini. aku tak akan sia-siakannya dan aku akan berubah untuk kehidupan yang lebih baik akan datang.

andai kehidupan baru ini aku diberi peluang kedua untuk memiliki cinta alangkah bahagianya. tak akan aku sia-siakannya. insyallah.. aku makin matang meniti hari-hari baru. alhamdulillah.. 

tatapan mata hanya seketika..

"jika kita cintai seseorang lepaskan ia jika kebahagian mendampingi dirinya tanpa kita dan kebahagian dia adalah kebahagian kita juga.."E.A.

"cinta tak semestinya dimiliki cukuplah hanya mampu dirasai.." - E.A.

"cinta suci ini hak milik suami.." - E.A.


Hawa dicipta dari tulang rusuk Adam,
bukan dari kepalanya untuk dijadikan atasannya,
bukan dari kakinya untuk dijadikan alasannya, 
melainkan dari sisinya untuk dijadikan teman hidupnya,
dekat pada lengan untuk dilindunginya 
dan dekat dihati untuk dicintainya  -adam&hawa-

job ouh job

sedihnya kena tolak job..

apa taknya bukan senang orang nak bagi aku job time-time cuti nie. aku bosan duduk rumah tapi bila ada job terpaksa tolak. bukan apa aku sebenarnya takde transport, yela keje dengan production so kena ada transport kan. masalah yang aku hadapi sebab aku takde transport. sedih!!

thanx pada kiela sebab tawar aku job asst wardrobe tapi sorry juga kat kau kiela sebab terpaksa tolak. mayb bukan rezeki aku kan. aishhhhh.. takpelah lagipun nie drama je, drama je? duit tahu tak eeka!! (nak sedapkan hati).. huhu..

insyaallah pasni harap if ada orang bagi job aku harap takde masalah la. aku perlukan duit sebab tengah pokai sekarang ni. huhu..

bila mahu masuk aswara ni? aku dah mula pening lalat duduk membulatkan perut kat rumah ni tanpa membuat apa-apa kerja. sekarang ni aku perlu buat perancangan yang betul.. YA merancang untuk masa depan. MOTIF?? haha..
dah takmo cerita lagi, SEDIH!!

lumpuh tanpa cinta

"aku tak pernah perasan kehadiran kau..sampai satu saat kau...."

kenapa aku tak pernah rasa kehadiran kau? selama ni aku hanya memandang 'mereka' tanpa aku melihat kau. dulu masa kau muncul aku tak pernah rasa kewujudan kau, aku langsung tak toleh lihat kau sedangkan kau terus-terusan memunculkan diri di hadapan aku.

bila kau tiada lagi muncul di depan aku, aku mula mencari-cari. senyuman manis kau, pandangan mata redup kau, tutur kata romantis kau buat aku rindu. rindu pada kemunculan kau dulu..

kini..

kau makin galak berada di hadapan aku namun aku masih buat tak tahu sampai satu saat kau..

aku tahu kau hebat, kau baik.. kini bila kau sudah mula dikenali oleh 'mereka' aku hanya senyum biarpun senyuman itu pahit rasanya.

"sejak haritu aku sentiasa doakan kebahagian kau.."

biar perasaan ini pergi bersama angin..

aku tidak akan menanti lagi dan aku tidak akan menagih simpati.. biar kisah ini aku sendiri yang rasai dan pada kau.. kau sudah mula bertakhta dihati aku walau kau sudah jauh pergi.

************

angin biarkan rindu ini pergi,

jangan kau muncul sekali lagi jika rindu ini terasa sakit untuk dirasai..

andai bulan berganti musim,

biar musim ini sentiasa dapat aku rasai,

andai manis mula menghampiri..

bahang matahari terik membakar diri,

bagai jiwa yang menanti.. namun panas membakar hati..

memberontak jika aku mula berani,

melihat dan berdoa dari jauh kerana aku lumpuh untuk berdiri saat ini,

andai kejamnya jodoh itu,

aku mula mencari sendiri dimana kehadiran jodoh yang baik hati..

bila terbuka sendiri hati ini,

aku yakin kisah ini akan berulang lagi,

waktu itu bukan kau yang muncul kembali,

namun kehadiran orang baru yang menjadi pengganti..

dan aku akan mula menghargai..

selamat hari bapa, abah..

hari nie aku rajin baca blog kawan-kawan aku. hati aku tersentuh bila baca blog ijie bila dia bercerita tentang hubungan dia dan abah dia. sekurang-kurangnya aku beruntung, aku rapat dengan abah walau abah selalu usik aku dan kerana usikkan abah kadang-kadang buat aku malas nak layan abah. abah kecik hati, tapi aku cuma bergurau dengan abah.

adik beradik aku semua perempuan, takde lelaki. abah nak sangat anak lelaki tapi takde rezeki. abah pernah cakap seronok dapat pergi sembahyang jumaat dengan anak laki sebabkan kami perempuan takde siapa leh temankan abah, sekurang-kurangnya abah ijie ada teman ke masjid kan..

bila bercerita tentang abah, aku rasa pengorbanan abah tak terbalas. abah sanggup korban masa dan wang ringgit untuk besarkan kami. walau abah selalu tanya aku tentang boyfriend, aku malas layan tapi aku tahu abah nak berborak dengan aku, abah juga risau. aku di kota sedangkan abah jauh di mata. mesti dia risau.

aku masih ingat lagi, tiap kali mandi mesti abah akan tutp lampu bilik air. dan aku menjerit-jerit dalam toilet sebab gelap. abah nak bergurau. sampai sekarang abah masih mengusik. abah.. abah..

bila aku demam abah bagi ubat, abah tak tidur malam. bangun pagi-pagi tengok aku ok demam ke tidak. aku saja buat-buat tak tahu abah ambil berat kat aku. mungkin aku selalu lawan cakap abah bila dah besar ni, tapi sekarang dah kurang. aku dan abah boleh borak-borak, abah kata kau kena jadi pengarah filem sebab abah tak berhajat untuk capai cita-cita abah yang satu ni.

abah rupanya minat filem, abah bagi aku semangat supaya aku tak mudah jatuh. abah bagi aku idea untuk buat cerita, abah bagi aku panduan supaya aku berjaya dan paling penting abah bagi aku kritikkan yang membina. sesungguhnya aku sayang abah..

selamat hari bapa, abah.. dan pada bapa-bapa diluar sana selamat hari bapa juga.

wallpaper poyo!

-WALLPAPER LAPPY AKU-

saja je aku nak tunjuk wallpaper lappy aku..
yela nak bagi HOT sikit blog aku ni..
(macam bongok je ayat!!)


wallpaper pertama abang remy ishak..
abang amad ouh abang amad.. cool..


baru je tukar tadi.. HAHA..
aaron aziz menjadi pilihan kali ini..
cool man..

sebenarnya takde motif sungguh aku tunjuk wallpaper kat korangkan,
tapi yela aku saja nak poyo-poyokan diri aku..
aku tengah bosan dan aku suka dua jejaka kat atas ni..
kacak.. stylo.. cuma berbeza..
sorang hitam manis, sorang jambu..

TAKDE MOTIF!!
kawan hostel aku bagi nama kat lappy dorang..
aku pun ada nama la kat lappy aku ni,
nama dia Hariz Haikal..
macam nama anak je..
tukar lah nama..
nama apa ya? tetttt...
RAHSIA.. diam-diam..

konflik jiwa AA vs RI

dulu masa study kat aswara, tak tahu perkembangan dunia luar. asyik terperuk je dalam hostel, tv lagi la jangan cakap 6bulan kat aswara, 6bulan tak ngadap tv. sampai cerita best pun aku tak tahu. so, bila balik rumah nie aku balun tengok tv, tak sangka pulak banyak cerita best. paling laku sekarang aaron aziz. ermmm.. yela semua drama dia ada, laku giler. zaman kegemilangan aaron nak naik. HAHA.. lagipun dia belakon best!!

dengar cerita aaron aziz berlakon filem OMBAK RINDU adaptasi dari novel. my feveret novel!! tak saba nak tengok filem nie, yela cerita dalam novel memang terbaik so bila dibawa ke visual aku harap lebih baik lagi. tak saba aku tunggu kemunculan filem ni. mana tau lebih hebat dari nur kasih the movie kan :) lagi-lagi dia ambil pelakon hebat aaron aziz, lisa dan maya karin. maya karin? macam mana lah dia bawa watak izzah tu nantikan. tunggguuuuu....


tadi aku tonton cerita stanza cinta, aaron aziz lagi. lakonan dia memang kena la, dia kalau soh pegang watak lelaki romantik, bab-bab tackle perempuan dia memang best. 

bila tengok stanza cinta, aku rasa teringin nak ada laki ngorat aku macam yang aaron aziz buat. dulu mungkin ada yang buat macam ni tapi bila aku tak layan je cakap aku sombong. huh padahal aku nak uji je, ternyata playboykan. ala tu zaman sekolah, zaman cinta monyet.. sekarang dah berubah zaman jadi cara ngorat pun berbeza. kannnnn...

sebenarnya aku takla minat sangat aaron aziz nie, tapi bila tengok muka dia yang bersih dan badan dia yang sasa buat aku teruja untuk meminati dia. HAHAHA.. muka jambuss je.


haisshhh.. kalau den dapek laki sehensem aaron aziz ni kan baguih. yolah dah lah hensem, stylo macam mano la dio ngorat bini dio dulukan. HAHA.. bodoh sampai ke situ aku fikir. 

eh aaron aziz ni kalau jadi gangster memang cool. bagi aku, bagi jela apa watak sekalipun dia boleh bawa. memang terbaik lah dia ni. cuba korang tengok gambar aaron kat bawah nie, smartkan.. meleleh air liur perempuan yang tengok dia, aku tak kot. biasa-biasa aje..


badan dah la ketul-ketul, fuh memang idaman setiap perempuan la. tapi aku, biasa-biasa je (jawapan klise dan poyo).. bila lah nak dapat couple ala-ala aaron aziz nie kan, aku terus berdoa dan berdoa. amin. insyaallah.. aku tunggu kau je yang bernama ......... tettttt..

pasni konpom aku jadi fanatik kat aaron aziz nie pulak, tak percaya tunggu dua tiga hari nanti. HAHAHA.. remy ishak akan jatuh no 2. tapi tak kot, aku minat biasa-biasa je kat aaron aziz ni. sudahlah jawapan klise!

D.I.A.M (konflik jiwa)

jiwa membara

aku rindu sesuatu, aku rindu seseorang, aku rindu.. rindu pada yang tiada, rindu pada yang tidak menjelma tapi rindu ini penguat aku untuk melangkah hari esok dengan lebih gagah..

lebih baik aku membaca, tenang jiwa.. masih mencari idea untuk penulisan aku, tangan kaku tanpa daya untuk meneruskan cerita. mungkin perlu rehat dan masa untuk aku kembali tenang semula. ghaibmu masih ku rasai.. aku sudah mula jatuh cinta pada... biarlah perasaan ini aku saja yang tahu!

ARGHH.. tension dengan sikap manusia. bosan hidup ada orang macam ni. berlalu pergi..

kenapa hati selalu resah gelisah bila mengingatkan tentang kenangan lama? aku mula merindui aswara, kawan-kawan yang selalu buat aku happy, kawan-kawan yang selalu buat aku sedih, aku mula rindu. hanya 2bulan cukup untuk aku tentukan hala tuju aku, aku yakin dengan keputusan aku.. biarlah aku simpan sebagai rahsia. satu masa nanti akan aku bagitahu juga.

gambar siapa?

ERUL AF9

saja-saja godek lappy, tiba-tiba jumpa gamba nie..
aku bersama erul dan tasha..
gambar lama masa sem satu lagi..
tak sangka budak gigi berterabur ni dah terkenal sekarang..
HAHAHA..
ramai juga peminat erul nie kan, aku nie kategori peminat dia ke??
tak kot, support membe tak salahkan..

pada kau erul : kau memang HEBAT!!
semoga kau berjaya jadi penghibur..
ramai budak-budak gilakan kau..
kau TERBAIK dowh..

p/s: kauorang nak cakap aku poyo? cakaplah!! ada aku kesah!!

donno!!

"aku mencari sesuatu tapi masih belum ketemu"

apa yang aku cari? entahlah. bila aku duduk bercuti tanpa apa-apa program aku selalu berkhayal. kadang-kadang entah pape aku fikir. aku masih mahu yang satu itu, tapi aku belum mampu capai namun aku masih berusaha untuk capai yang satu itu. aku tak tahu apa yang aku rasa sekarang.. huh..

apa perasaan aku sekarang? bahagia? kecewa? atau berduka sepanjang masa? aku bukan orang yang suka bersedih walau aku tengah sedih dan aku bukan orang yang reti tunjukkan kebahagian aku. mungkin sudah sikap aku hyperaktif, orang pun jarang fikir aku macam-macam. aku bukan orang lemah, aku bukan orang yang perlu ditindas.. aku berdiri atas kaki sendiri tanpa bantuan kaki-kaki lain.

"pelangi itu indah, seindah kebahagian yang aku berikan nanti.."

pelangi indahkan, pernah dengar lagu pelangi petang? ermmmm.. andai kau yang hadir untuk aku, kebahagian seindah pelangi akan aku beri pada kau. biar matahari dan bulan cemburu, bintang pula menjauhkan diri. walau pelangi muncul sekejap cuma, namun ia tetap indah untuk ditatap..

bila orang bersoal-soal tentang cinta dengan aku, apa aku boleh buat? orang kenal aku sebab aku jiwang, mungkin ya mungkin tidak pada aku. aku suka berbicara tentang cinta. salah ke? terdesak sangat ke aku nak cari cinta? tak kot..

eka.. eka..eka..
usaha selagi mampu!!

nora elena dikritik hebat. komen?

lepas je aku tengok episod akhir NORA ELENA tadi, ramai yang post kat wall fb pasal cerita tu. ramai jugak pengaruh yang tonton drama romantik ni kan. tak sangka peminat terasa terbuai-buai dengan pembawakan jalan cerita yang menarik dan pelakon yang kacak dan cun.


walaupun aku follow cerita nie dipertengahan cerita, tapi bagi aku cerita nie sangat best. yela adaptasi dari novelkan, tapi tak boleh tandingi novel 'kasih yang suci' la. novel lebih menarik sebenarnya dari cerita sebenar, itu pendapat aku.

bila aku tengok watak nora elena, aku rasa dia tak beri banyak impak sebenarnya. yang menghidupkan cerita ni aku rasa aaron aziz, sebab aaron nampak memberi satu lakonan yang baik berbanding saleha. saleha nampak macam pura-pura lebih elok ayatnya saleha macam control lakonan dia. pada aku nampak boringggg...

tapi okey la tu, junior sekolah aku dah jadi artis terkenal. berlakon dengan aaron aziz pulak tu. ermmm.. aku je yang kerja belakang tirai je, dapat tengok tak boleh feel-feel. hehehe.. tapi bagi aku cerita nora elena nie sangat best!!!

tapi aku tahu ada juga yang tak suka cerita nie, katanya cerita mengarut. mungkin dorang tak pernah rasa menonton drama melayu, dorang tak pernah feel sebab tu bila tengok dorang kata cerita bodoh. orang filem sendiri cakap cerita tu cerita bodoh apa kes? jiwailah setiap karya yang terbit.. 

mungkin aku terlalu minat cerita melayu, walaupun cerita tu macam haram tapi aku tetap suka. lagipun cerita melayu taklah teruk mana pun, kalau nak kata cerita melayu klise..tak logik, aku tengok cerita orang putih lagi klise, lagi tak logik. cerita omputih banyak guna CGI, banyak guna benda-benda canggih sebab tu orang kita suka sedangkan uniknya satu cerita itu dari pembawakan cerita itu sendiri pada penonton..

kalau ada yang tak senang dengan kata-kata aku, takpelah.. ignore je. lagipun macam mana malaysia nak maju sedangkan industri sendiri di kutuk-kutuk. sedar kita tak setaraf nak disamakan dengan hollywood tapi orang filem kita berusaha untuk maju macam dorang, so korang support lah supaya pengarah-pengarah muda mampu buat cerita yang baik. betul tak?

bukan senang nak jadi seorang pengarah dan bila dah belajar untuk jadi seorang pengarah sentiasa ambil peduli persekitran industri seni kita, jangan dok bangkang je. kritik membina bukan menjatuhkan..

p/s : korang fikirlah sendiri.. korang tak bodohkan!!

pelangi petang

"ku sangka panas hingga ke petang rupanya hujan di tengah hari, namun selesai hujan berhenti muncul pelangi indah berseri"

apa maksudnya pada korang?

: pada aku, bila masuk bab cinta mesti akan keluar pepatah macam nie kan. bagi aku dalam bercinta ada pasang surutnya, ada konflik yang berlaku tapi jika kita sabar, tabah hadapi segalanya.. allah turunkan bahagia pada kita. 

pada aku, putus cinta.. perkara biasa. mungkin takde jodoh antara kita. jadi buat apa tangisi benda yang dah lalu, benda lepas jangan dikenang. apa yang aku mahu sekarang, kehidupan baru.. memori baru. pada korang yang putus cinta, putus tunang, cerai berai jangan sedih-sedih. mungkin setiap apa yang terjadi allah sudah tentukan jalan cerita kita.

mungkin aku pernah lalui zaman cinta yang paling dasyat, tapi tu bukan penghalang aku untuk fobia dalam bercinta. aku tahu tuhan sudah tentukan jodoh aku, jika dengan dia jodoh aku sesungguhnya aku bersyukur jika bukan, aku redha. hanya mampu berdoa dipertemukan dengan seseorang yang betul-betul boleh bahagiakan aku.

eh korang tengok Nora Elena tak?

bila tengok cerita tu, aku teringin nak lelaki macam tu. sayang gila lelaki tu kat isteri dia kan. tapi zaman sekarang susah sikit lah nak cari yang macam tu, lagi-lagi kacak macam aaron aziz tu kan. HAHA..

apa-apa pun aku bersyukur sangat, walau aku melalui banyak halangan dalam hidup namun aku tetap tabah(puji diri sendiri). mungkin ramai kawan-kawan aku tak tahu macam mana aku sebenarnya sebab diri aku sekarang bukan diri aku yang dulu.  aku bangkit demi luka lama. itu kisah lepas malas nak cerita..

sekarang pun aku dah tenang, tak fikir mana-mana laki untuk bercinta. sekarang cinta aku pada penulisan aku dan novel-novel. kalau aku temui cinta pun, biar aku seorang je yang tahu. biarlah hujan yang turun ini berhenti dengan sendiri, dan muncul sebuah pelangi indah dalam jiwa aku.

"cinta aku bagai pelangi yang sentia indah dan berseri untuk diberi pada kau wahai LELAKI..."

cuti

hampir 2 minggu aku kat rumah, selama 2minggu juga aku dah tak berblogger sebab berukband baru je bayar hari ni. HEHE. so selama aku kat rumah, rutin harian aku macam biasalah... kemas rumah, masak dan aku telah mula balik dengan hobi lama aku yang dah lama aku tak buat iaitu membaca novel. disebabkan mama aku kaki novel, so berlambak la novel yang aku tak baca lagi. selama 2 minggu ni aku baru habis baca beberapa buah buku, tak la banyak sangat..

bila baca novel ni, aku rasa hepy jep. kadang-kadang buat aku tersenyum-senyum. apa taknya aku ni berjiwa cinta so bila bab-bab cinta, bab romantik ni paling aku minat bila membaca. HAHA. bagi aku membaca novel beri aku banyak manfaat, biarlah orang kata novel tu cerita tipu, cerita rekaan tapi kadang-kadang kita tak sangka masih ada yang berlaku sama macam novel tau. masyarakat sekarang terlalu banyak agenda. jadi aku lebih berhati-hati dalam segala hal.

bila baca novel kita leh selami masyarakat di luar. masyarakat miskin, masyarakat kaya, dan macam-macam lagi. so banyak info aku tahu pasal hal sekeliling. 

selain aku baca novel, aku buat apa eh. tengok tv la. sekarang nie tengah hangat cerita NORA ELENA. seronok gak cerita tu kan, tapi lagi seronok novel asalnya. aishhhh.. bila aku tengok je cerita tu, aku dok berangan dapat laki mcam aaron aziz tu. dah la hensem, badan mantap, romantik. aishhh lelaki pujaan.. HAHAHA..

kuat berangankan aku ni. tula cuti sem ni memang berangan jela keje aku. aishhhh.. HAHAHA.