lumpuh tanpa cinta

"aku tak pernah perasan kehadiran kau..sampai satu saat kau...."

kenapa aku tak pernah rasa kehadiran kau? selama ni aku hanya memandang 'mereka' tanpa aku melihat kau. dulu masa kau muncul aku tak pernah rasa kewujudan kau, aku langsung tak toleh lihat kau sedangkan kau terus-terusan memunculkan diri di hadapan aku.

bila kau tiada lagi muncul di depan aku, aku mula mencari-cari. senyuman manis kau, pandangan mata redup kau, tutur kata romantis kau buat aku rindu. rindu pada kemunculan kau dulu..

kini..

kau makin galak berada di hadapan aku namun aku masih buat tak tahu sampai satu saat kau..

aku tahu kau hebat, kau baik.. kini bila kau sudah mula dikenali oleh 'mereka' aku hanya senyum biarpun senyuman itu pahit rasanya.

"sejak haritu aku sentiasa doakan kebahagian kau.."

biar perasaan ini pergi bersama angin..

aku tidak akan menanti lagi dan aku tidak akan menagih simpati.. biar kisah ini aku sendiri yang rasai dan pada kau.. kau sudah mula bertakhta dihati aku walau kau sudah jauh pergi.

************

angin biarkan rindu ini pergi,

jangan kau muncul sekali lagi jika rindu ini terasa sakit untuk dirasai..

andai bulan berganti musim,

biar musim ini sentiasa dapat aku rasai,

andai manis mula menghampiri..

bahang matahari terik membakar diri,

bagai jiwa yang menanti.. namun panas membakar hati..

memberontak jika aku mula berani,

melihat dan berdoa dari jauh kerana aku lumpuh untuk berdiri saat ini,

andai kejamnya jodoh itu,

aku mula mencari sendiri dimana kehadiran jodoh yang baik hati..

bila terbuka sendiri hati ini,

aku yakin kisah ini akan berulang lagi,

waktu itu bukan kau yang muncul kembali,

namun kehadiran orang baru yang menjadi pengganti..

dan aku akan mula menghargai..

No comments:

Post a Comment